Tuesday, November 24, 2020

Sejarah di Muar = Sekolah Rumah Tangga

              



Assalamualaikum,

Alkisahnya kat muo dulu-dulu ada lah pulak sekolah rumah tangga, baru aku tahu. Bila aku add anak-anak muar macam-macam cerita sejarah muar yang dolu-dolu timbul. Emmm bagus juga ni. Kiranya menambah ilmu pengetahuan ku mengenai sejarah tempat kelahiran ku.


SEKOLAH RUMAH TANGGA

Diceritakan oleh Kamaruddin Abdullah
(Pengarang buku Pages From My Past)
Pada pertengahan tahun 50an, bandar Muar mempunyai sebuah sekolah yang diberi nama "Sekolah Rumah Tangga". Ia terletak tidak jauh daripada persimpangan Jalan Abdul Rahman/Jalan Majidee/ Jalan Joned. Sekolah ini merupakan sebuah banglo kepunyaan Haji Noah Omar, terkenal dengan nama Hj. Noah Berut. Gelaran "Berut" diambil kerana beliau pernah menuntut di Universiti Beirut. Pada tahun 70an, Hj. Noah diberi gelaran Tan Sri.

Hj. Noah ialah bapa kepada Tun Raha (isteri Tun Razak), Tun Suhaila (isteri Tun Hussein Onn) dan Datin Tik. Disinilah ketiga tiga anak Hj. Noah dilahirkan dan membesar dibanglo ini. Apabila beliau berpindah ke Batu Pahat, dia mengesyurkan agar banglonya dijadikan sebuah sekolah khas untuk anak anak muda perempuan. Sekolah ini ditaja perbelanjaannya oleh beberapa orang Melayu kenamaan Muar. Guru Besar pertama ialah Cikgu Fatimah dan dibantu olih Cikgu Mon.
Sekolah ini mengajar anak anak dara perempuan bagaimana hendak menjadi seorang suri rumah yang baik dan bertanggungjawab. Ia juga mengajar cara memasak dan jenis masakan orang orang Muar, mengajar menjahit, mengajar membuat kuih muih dan bermacam macam lagi yang bersangkut paut dengan hal ehwal rumah tangga.
Pada sebelah petang, ia mengajar orang orang dewasa yang buta huruf; seperti menulis dan mengeja. Ia juga mengajar anak anak muda membaca muqaddam dan Quran.
Pada awal tahun 60an, olih kerana sekolah ini amat berjaya, kerajaan telah bersetuju untuk menaja kos perbelanjaan dan beberapa sekolah yang serupa telah dibuka dibandar Johor Bahru, Batu Pahat dan juga Segamat.
Sekolah ini ditutup pada akhir tahun 60an. Gambar menunjukkan banglo yang satu ketika menjadi Sekolah Rumah Tangga, Muar.

Kredit : Sejarah Muar
Kredit FB Anak-anak Muar


Kalau ikutkan bangunan tersebut telah menjadi asrama perempuan di bawah pengurusan PKAYIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar)

Mungkin juga lanjutan dari tertubuhnya kelas ini, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sekitar tahun 60an telah menubuhkan kelas DEWASA (kelas bagi warga mas yang buta huruf) belajar. Salah satu mata pelajarannya adalah KELAS RUMAH TANGGA (KRT) bagi wanita2 kampung belajar kemahiran memasak, menjahit, menyulam, menganyam dll yang berkaitan dgn wanita). Kelas DEWASA ini diadakan 2 jam setiap sessi @ 3 hari dalam seminggu dan guru2 nye dibayar elaun bulanan mengikut jumlah jam mengajar. 

Aruah mak aku pernah cerita dulu-dulu dia ada pergi kelas tapi dia tak kata kelas rumah tangga. Cuma yang aku ingat dia pergi kelas menulis dan membaca. Dulu-dulu kan miskin mana pergi sekolah. Bila dah kahwin dengan Aruah Bapa aku barulah Aruah mak pergi kelas membaca dan menulis. Dan mungkin juga kelas memasak sebab aruah mak aku juga dulu rajin buat macam-macam untuk menambahkan pendapatan keluarga. Kita orang ingat ada sekali tu aruah mak aku buat bunga pakai kertas crepe, lepas tu diwarnakan dan digubah jadi gubahan bunga. Menang rasanya. Kuih pun kuih macam-macam, kuih koya kuih deram, kuih karas emm apa lagi ya dah lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Nostalgia tu ada tapi samar-samar dalam ingatan. Ni kena tanya kakak-kakak aku lah sebab mereka yang rajin menolong aruah mak aku. Al fatihah buat kedua ibu dan bapa aku.

Tapi yang aku gelak tenguk gambar kat atas tu yang mula-mulanya hitam putih tapi ada orang dah tukar jadi warna pulak ialah sekolah rumah tangga tapi awat orang lelaki yang jadi model. emmmm takan le depa duk mengayat pelajar rumah tangga kut.




































9 comments:

  1. Emmm bagus juga ni. Kiranya menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah tempat ni

    ReplyDelete
  2. bagus sekolah ni kan..mak saya dulu masuk pertubuhan WI..ada gak kelas2 memasak, gubahan..

    ha'ah..gelihati tengok gambar tu, semuanya lelaki..saja kot depa nak posing kt signboard sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan pernah juga join kelas masak memasak dan menjahit yang guru kemas datang ke kampung dok mengajar.

      Delete
  3. Ingatkan ada subjek Sains Rumah Tangga saja, rupanya ada Sekolah Rumah Tangga! Baguskan, idea-idea begini, beri peluang memahirkan diri dalam urusan rumah tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah amie...dah tua baru tahu ada rupanya sekolah rumah tangga.

      Delete
  4. Pelik jugak kan nape lelaki yang jadi model. Mungkin jugak lelaki pun ada masuk sekolah tu. Zaman dolu2 pun orang Muar dah berfikiran moden gitu. Haha. Memandai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang akak muskil sekolah rumah tangga...orang lelaki nak pi belajar masak memasak ke apa. Sultan Johor dolu2 kan dah moden. Laksa johor pun pakai spageti tau hah dah ala-ala western gitu.

      Delete
  5. maaf..di mana saya dapatkan data atau maklumat lebih lanjut

    ReplyDelete