Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Pra Perkhidmatan (Latihan Separa Perubatan) sesi Januari 2026 telah dibuka mulai 31 Julai 2025 dan akan ditutup pada 07 Ogos 2025. Semua calon yang berkelayakan adalah dijemput untuk memohon melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di pautan https://www.spa.gov.my/
Kredit: Makluman daripada post master
Assalamualaikum,
Ada sesiapa anak-anak yang baru habis SPM dan tidak dapat menyambung pelajaran hah boleh lah mohon. Mana tahu ada rezeki kalian kan. Apa pun cuba lah. Tarikh tutup tak lama ni.
boleh la cuba, walaupun orang kata kerja kerajaan takde pencen...
ReplyDeletebagus bagi yg nk sambung belajar prkt diploma medik
ReplyDeletePernah beri cadangan anak-anak kerja jururawat, walau pun lelaki. Tapi dia orang tak berminat.
ReplyDeleteBoleh la tu mohon bagus jugak nanti dah habis belajar dah ada kerja. Tapi tu la kelebihan kerja kerajaan sekarang dah tak sama macam dulu.
ReplyDeleteterima kasih share! macam menarik utk dicuba
ReplyDeleteMudah-mudahan banyaklah lepasan SPM yang berminat untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki.
ReplyDelete