Friday, August 1, 2025

IKLAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM PRA PERKHIDMATAN (LATIHAN SEPARA PERUBATAN) SESI JANUARI 2026

 









Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Pra Perkhidmatan (Latihan Separa Perubatan) sesi Januari 2026 telah dibuka mulai 31 Julai 2025 dan akan ditutup pada 07 Ogos 2025. Semua calon yang berkelayakan adalah dijemput untuk memohon melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di pautan https://www.spa.gov.my/informasi/iklan-kerjaya dan Facebook rasmi SPA https://www.facebook.com/photo/?fbid=1171031325058473&set=pcb.1171031448391794

Kredit: Makluman daripada post master 


Assalamualaikum,

Ada sesiapa anak-anak yang baru habis SPM dan tidak dapat menyambung pelajaran hah boleh lah mohon. Mana tahu ada rezeki kalian kan. Apa pun cuba lah. Tarikh tutup tak lama ni. 

16 comments:

  1. boleh la cuba, walaupun orang kata kerja kerajaan takde pencen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang politik seboleh2 nak hapuskan pencen walaupun kita orang gaji ciput tapi servis bertahun. Semuga berjaya mohon kerja

      Delete
  2. bagus bagi yg nk sambung belajar prkt diploma medik

    ReplyDelete
  3. Pernah beri cadangan anak-anak kerja jururawat, walau pun lelaki. Tapi dia orang tak berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jururawat lelaki dah ramai malahan dah ada yang jadi sister. Mula2 cam pelik napa panggil orang tu sister lepas tu baru teringat dah ada nurse lelaki. Janggal pada mulanya. Bidang ni perlukan minat bukan saje2 suka-suka mohon takut nanti tak tahan.

      Delete
  4. Boleh la tu mohon bagus jugak nanti dah habis belajar dah ada kerja. Tapi tu la kelebihan kerja kerajaan sekarang dah tak sama macam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun kalau nak mohon kerja kerajaan macam-macam test kena buat. Tu pun kalau dapat belum tahu tetap lagi. Apapun memang sudah berbeza.

      Delete
  5. terima kasih share! macam menarik utk dicuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah tapi kalau boleh ada minat juga dengan pekerjaan tersebut.

      Delete
  6. Mudah-mudahan banyaklah lepasan SPM yang berminat untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki.

    ReplyDelete
  7. Tarikh tutup hari ni..SA dah forward ke anak- anak buah

    ReplyDelete
  8. Tarikh tutup hari ni, boleh lagi kalau ada yang nak memohon last minit. Anak2 saya tak berminat, depa minat jadi cikgu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada minat juga kalau tak susah bila kerja nanti

      Delete