Wednesday, September 10, 2025

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia



 9/9/2025 - Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Putrajaya 2025

Penyusuan susu ibu adalah asas penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Susu ibu merupakan sumber pemakanan yang unik dan sempurna kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi secara optima. Untuk pengetahuan, Hospital Putrajaya merupakan antara hospital di Malaysia yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, yang merupakan satu inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang sambutan ini berlangsung. Majlis perasmian sambutan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Turut berlangsung selepas itu, sesi senaman aerobik sebagai simbol bahawa kesihatan ibu juga perlu dititikberatkan selain kesihatan bayi.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah turut serta memeriahkan sambutan ini.

Assalamualaikum,

Masa pagi 9hb tu masa punch kad nampak le belon kotak2 biru tu. Siap ada pentas kecil tapi masa tu tak tahu ada event apa, Sekali tenguk kat FB HPJ ooooo minggu penyusuan susu Ibu sedunia rupanya.

Dengar pengumuman tapi kita orang sibuk jadi takde le menyibuk tempat orang. hehehehe

Majlis seperti biasa di rasmikan oleh Pengarah HPJ. Suka dengan Dr Suraya ni sebab orangnya peramah dan kalau terjumpa senyum je. Jadi anak buah pun mudah nak mendekati Pengarah. Selalu rasa takut je nak jumpa pengarah walhal dia makan nasi juga macam kita orang. Tapi tu lah kan. Tapi bila Pengarah baik kita rasa hormat pada dia.


Mereka yang terlibat


Jemputan yang hadir


Pengarah bersama Doktor yang terlibat.


Majlis kecil-kecilan je.


Ada senam robik juga


Mereka yang menjadi couch senam robik


Staf yang join sama senam robik

Ada juga Kumbang 3 ekor menyerikan sama acara senam robik


Mereka yang terlibat semasa senam robik


5 comments:

  1. Hahahaha.. betullah, pengarah makan nasi jugak, bukan makan orang. Tapi tu la, asal namanya pengarah mesti terus seram sejuk.

    ReplyDelete
  2. bukan takut tapi hormat hehe.. nampak meriah majlis tu

    ReplyDelete
  3. Ceria tengok orang buat senam robik. 😁

    ReplyDelete
  4. selalu ada gap antara anak buah dgn pengarah ni. tapi dapat pengarah yg baik dan ramah ni, anak buah pun rasa selesa kalau nak bertanya apa2
    bestnya senamrobik!

    ReplyDelete
  5. pengarah yg baik anakbuah mesra n hormat sonok tu ibu2 bersenam robik

    ReplyDelete