Tuesday, September 2, 2025

Pemenang Top Komentor Bulan Ogos di Blog Suria Amanda

 



Assalamualaikum,

Baru naik kerja. Seronok balik kampung rasa macam nak cuti lagi je. hehehehe apa pun Jumaat ni cuti lagi. Tapi bila teringat LP yang banyak perlu di semak emmm hancus semua angan-angan ku musnah. eh macam lagu je.

Lepas tu baru rajin nak pi jenguk kengkawan sekali aku baca kat rumah SA. Eh .... ni...bior betul. wah yang tak tahan dengor tu SA dengan enche abe tersayang tu sebulat suara memilih aku. wahhhh ya beda bedu. Rasa macam nak melompat je Eh pandang kiri kanan kang opsi mate aku ingat apa le tu. Melampau sangat aku nak melompat bagai...... ala bukan apa teringat kata amie dapat hadiah mesti seronok walaupun apa yang kita dapat tak kisah. Sameler kite. Janji dapat hadiah gitu. hehehehe ober no notie oiiiii. Ngalahkan cucu saudara lah pulak gayanya.

Rupanya hari ni birthday Haris Aryan cucu saudara aku kat brunei nun. Cucu Kak jal sebenornya. Nampak maknya up kat reel FB pi celebrate birthday anak sulongnya. Entah pi celebrate mana tah.   
Semuga Hariss Aryan menjadi anak yang soleh dan dengar cakap mak dan ayahnya. Peminat 4 fingers  Crispy Chicken. Selalu nampak  Ayahnya pi KK bercuti dari berunei masuk KK hah memang itu yang di tuntutnya. Aduhaiiiiii anak.

Eh melalut pulak citer.  Apa pun terima kasih banyak-banyak ye buat Sa dan suami. Semuga Allah sentiasa melimpahkan rezeki melimpah ruah serta di kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat SA sekeluarga juga PZ. Aamiin

  



14 comments:

  1. Tahniah...Kak Notie dah menang dulu sebelum tu...menang memberi rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ala Allah yang beri rezeki kita share bersama ler.

      Delete
  2. tahniah ak...
    betul tu, janji namanya hadiah..suka beno kita

    ReplyDelete
  3. tahniah kak naughty...eh notie hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa jumpa remy ishak time birthday dia bila minta sign bila kata notie je dia punya gelak. Dia kata cam remy juga sebab dulu remy pun nakal. aduhaiiii malu ahkak.

      Delete