Tuesday, September 2, 2025

Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya

 


31.08.2025-Sambutan Bayi Merdeka Peringkat Hospital Putrajaya 2025.

Tarikh bersejarah negara diraikan dengan sambutan bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos 2025. Seramai 14 bayi perempuan dan 10 bayi lelaki, telah selamat dilahirkan bermula detik 12.04 pagi sehingga ke jam 9.30malam.
Pihak CoopBank cawangan Putrajaya telah berbesar hati menaja kek Sambutan Kemerdekaan di samping turut memberi sumbangan kepada bayi Merdeka ini. Majlis yang diadakan pada jam 2.30 petang itu tadi telah dijalankan di Wad 2B Hospital Putrajaya.
Didoakan semoga bayi-bayi merdeka ini sentiasa diberi kesejahteraan dan membesar menjadi pejuang bangsa, bercita-cita tinggi dan berakhlak mulia. Selamat Hari Merdeka diucapkan pada semua.
MERDEKA!


Assalmualaikum,

Seronok mak n bapa dapat anak merdeka. BIla sambut hari lahir je satu malaysia sambut.



Terima kasih Doktor dan staff Wad bersalin


Meriah sungguh tenguk


Bayi-bayi merdeka









Bayi merdeka semua pun kerumun. seronok tenguk. Seronok juga bau bayi baru lahir.


Pihak bank yang sponsor. Terima kasih. Lain kali sponsor lagi. chia chia chia


22 comments:

  1. Seronoknya jadi anak merdeka yang diraikan. Ibubapa pun seronok, ehhh.. rupanya, misi³ pun seronok juga sambut kelahiran anak merdeka. Tak silap sy, salah seorang abang ipar sy anak merdeka juga.

    ReplyDelete
  2. Wah!! Meriahnya sambutan bayi Merdeka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat semua hospital rasanya bergantung pada hospital masing2 le camne sambutannya

      Delete
  3. Double joy la...dapat baby & lahir pula hari Merdeka. Tahniah!

    ReplyDelete
  4. meriah sambutan besday baby hari merdeka

    ReplyDelete
  5. Subahanallah bayi lahir 31 ogos..kuasa Allah mereka lahir di hari kebesaran negara Malaysia..sangat bermakna..

    ReplyDelete
  6. Bolehlah namakan Rekha Amani, Merlyne, Melisya, Ahmed Nor Meor, seolah-olah bunyi merdeka..hahaha pandai pandai ja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti merdeka boleh tak cikgu. bila dengar je tahu dah anak merdeka

      Delete
  7. Uwaaah banyaaak juga yg lahir di hari merdeka yaaa 😍😍😍. Tahniah untuk para orangtua mereka.. duluuu kan saya teriiiingin sangat lahirkan anak di tgl 29 feb 2016, karena kebetulan tahun kabisat.

    Tapi tak rezeki kak, si adik lahir sebelum tgl 29 hahahahaha . Padahal kan unik, birthdaynya dirayakan 4 tahun sekali 🤣🤣

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Selamat darang ke dunia wahai bayi-bayi merdeka.
    Bertambah rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hepey mak selamat bersalin bapa dapat anak baru.

      Delete
  9. Rejeki ye, lahir di hari yang bermakna buat negara kita. Bila tengok baby baru lahir, hilang segala masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tenguk keletah depa bila dah besor sikit.

      Delete
  10. masa ammi dilahirkan di HB Seremban 46 tahun lepas, arwah mama kata dapat hamper kecik. Ada biskut bagai...yelah sesuailah dengan zaman itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu mana ada meriah sangat tak macam sekarang. Beruntung generasi sekarang. Baru lahir je dah macam2 dapat.

      Delete
  11. Ramainya baby merdeka...best betul la tengok baby baru lahir ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau wangi baby kan jadi kita seronok tenguk dia. Dengan mata terpejam dan kerenah dia masa baru lahir

      Delete