Friday, September 19, 2025

Trip Keluarga Pantai Timur - Hari Pertama

                                           Semua seronok nak jalan-jalan
 
Assalamualaikum,

11.9.2025 - 13.9.2025
Trip Kecil Keluarga Bakri ke Kelantan - Terengganu

Day 1
Bermula dari Tangkak
Gerak jam 11.30mlm
Menuju ke Kelantan lalu Muadzam Shah
Berhenti solat subuh di Hentian Rehat Ajil
Sarapan di area, Setiu
Terus menuju ke Bandar Kota Bharu
Singgah Masjid Mahmodiah utk refresh badan sebelum pegi ke Pasar Siti Khadijah.
Ada yg amek peluang masuk ke Istana Lama sebab ada Pameran Tekstail Diraja sepanjang cuti sekolah. Katanya Istana Lama ni buka hanya 2 kali setahun je kepada awam.
Sesiap belanja, menuju ke Kampung Laut..
Selesai beli serunding..
Kami singgah solat jamak di Masjid Kampung Laut..


Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya percutian keluarga Bakri dapat di jalankan dengan jayanya. Tapi tu lah pada saat akhir dapat tukar bas untuk 40 orang walhal ahli yang nak jalan seramai 26 orang sahaja dan last minit pulak chief travel Kak nong tidak dapat join sebab abang Berahim tidak sihat. Jadi Julie lah yang jadi chief. Tukang deal dengan driver dan bagi makluman pada semua agenda yang di aturkan.

Perjalanan kami akan bermula di Tangkak di rumah Kak jal sebab memudahkan laluan ke Segamat. Mula-mula kena kumpul kat merlimau tempat bas di tempatkan. Sekali bila ramai yang dari Johor dan senang nak kumpul akhirnya tukar ke Tangkak.

Kat Tangkak makan malam Kak Jal sediakan. Layan nasi dengan kari ayam dan sayur campur. Lepas tu aku pulak masak sambal goreng soohon untuk tambahan bekal. Kak jal juga sediakan ketupat segera dengan sambal tumis. Manakala kak Nong yang sepatutnya bawa rendang telah meminta tolong menantunya Mar buatkan rendang. Ni menu kami untuk sarapan di Kota Bharu pada mulanya. Tapi bila dah lambat dan jem semuanya tukar agenda.

Masing-masing risau juga sebab banyak jalan dah mula jem walhal hari Jumaat tu last day sekolah sebelum cuti. Wani dan anaknya dari Taiping. Habis sekolah je zoom terus ke Tangkak. Famili Jol juga sama kena tunggu Faris balik sekolah baru boleh memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Tangkak.

Julie yang masih bekerja pun sama. Aku pulak awal lagi dah cuti sebab nak mengelakkan jem bila balik Tangkak. Kak norra dan famili dari Rawang. Azlee pulak tak pe sebab dekat je kat Asahan.
Keluarga brunei dah seminggu sampai selepas pi langkawi makan angin dulu.

Sepatutnya pukul 9 kita orang mula bergerak sekali basnya rupanya ada hantar orang dan terpaksa tunda waktu ke pukul 10 malam. Mana taknya dari KL turun ke melaka lepas tu ke muar sebelum datang ke Tangkak.

Nasib baik semuanya sampai sebelum pukul 9. Jadi mana yang sampai dulu makan malam dulu lah. Ada yang tumpang solat dan sebagainya. Masing masing pun dah tak sabar nak berjalan naik bas ni.


Ni menu makan malam kami sebelum berjalan.



Oleh kerana bas lambat lagi jadi layan tv dulu.


Lepas tu bila kata tunda ke pukul 10 masing-masing dah tak sabar. Bila kata bas kat muar dan nak sampai tangkak barulah kami keluar.


Masing-masing dah tak sabar. Mana ni bas dah sampai belum.


Akhirnya yeh bas sampai. jom cepat-cepat naik.

Bas sampai dalam pukul 11.30 malam. 


Rombongan cik kiah. 

Dah lama tak naik bas ramai-ramai bersama famili macam ni. Kali akhir dulu rombongan ke langkawi. 

Perjalanan diteruskan melalui Segamat. Katanya berhenti kat Muadzam emm masing-masing sudah lena panjang dalam bas. Sedar juga bila bas berhenti kat stesyen minyak tapi sebab malam tak nampak le kat mana. 

Akhirnya pukul 6 pagi sampai di R n R Ajil Terengganu. Turun untuk solat subuh. Apa lagi menderu lah kami ke bilik air. Masuk je perghhh ramai orang. Masa lalu highway pun nampak kenderaan banyak dan jalan jem sebab dah mula cuti sekolah. Jalan jem termasuk le kami yang menjemkan jalan sebab ramai nak ke pantai Timur.   

Bilik air pun penuh sebab ada yang mandi. Kita orang cuma buang air kecil dan lepas tu cepat2 solat Subuh. Ramai orang kan jadi bersabar le. 

R N R Ajil Terengganu


Banyak kenderaan nak ke pantai timur


                                                   Semuga cuaca cerah le hendaknya.

Selepas berhenti di Rn R Ajil kita orang teruskan perjalanan menuju ke Kota Bharu.

                                      Kat area Setiu rasanya singgah sarapan di sini.


                      Pukul 9 lebih masakan tengahari dah siap. Macam-macam ada.


               Oleh kerana Bekalan sarapan belum di makan jadi makan yang ringan je. Aku order sup campur iaitu daging, perut, urat keting dan tulang. Semangkuk ni harga rm20. Share dengan Kak Jal

sambung......ye

3 comments: