Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM)
menyeru seluruh warga KKM untuk melakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (Mouth Self Examination – MSE)
sempena
Bulan Kesedaran Kanser Mulut (Mouth Cancer Awareness Month – MCAM).
2 MINIT YANG MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA! 

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor.
Kadang-kadang, perubahan kecil di dalam mulut adalah "signal" awal daripada badan kita.
Ambil masa 2 minit sahaja untuk melakukan MSE.
Rujuk poster untuk mengetahui 6 langkah MSE
dan tanda-tanda awal kanser mulut.
Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian sekiranya ada tanda-tanda yang meragukan.
Cegah awal, nyawa terjaga.
#KanserMulut
#KesihatanGigi
#PemeriksaanKendiri
#KKM

Bermacam- macam kanser ada sekarang kan kak..risau dibuatnya...terbaru anak pelakon amyza Aznan meninggal sebab kanser paru paru..sedih betul..SA pun ikut menangis...
ReplyDeleteHaah kalau tenguk pengumpulan data kesihatan cancer sekarang memang semakin menaik dengan pelbagai jenis yang jarang tiba-tiba timbul.
Deletetq share info bermanfaat ini ya awak. ulser tak blh dipandang ringan la kan.
ReplyDeleteKalau ianya terlalu lain simptomnya dan lama tak baik-baik kena pi check.
DeleteTq share... ulser mulut yang lambat baik pun jadi simptom.
ReplyDeleteTu lah kalau bukan biasa-biasa hah pi check doktor
DeleteItulah bila en suami selalu ulser pun sy selalu risau, skrg ni kanser dah mcm² ada yg rare, kanser hidung lah, kanser lidah lah
ReplyDeleteTu lah ianya disebabkan pemakanan kita yang dah banyak bahan kimia dan unsur yang bukan-bukan. Apa pun kena jaga pemakanan juga sebab ianya yang masuk dalam perut kita dan diolah oleh badan kita. Hasilnya ianya menjadi darah dan mengalir seluruh badan. Tu yang kadang timbul sel yang bukan-bukan yang boleh menyebabkan cancer.
DeleteSemoga bulan kesedaran kanser mulut dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan oral 😊
ReplyDeleteTu lah kena iklan lebih sikit
DeleteHaritu ulser saya lama, nk dekat seminggu. Nasib baik skrg dah surut huhu
ReplyDeleteBila ulser jenuh kan nak makan. Nasib baik dah baik
DeleteMekasih atas perkongsian, kak. Seram tengok gambar. Dulu ada cerita yang kanser mulut ni antara puncanya, orang yang suka kunyah buah pinang. Tak pasti betul ke idok.
ReplyDeleteTu pun satu kajian yang telah dibuat dimana paling ramai dapat kanser mulut adalah kaum india yang suka mengunyah sirih. Sebab daripada data yang dikumpulkan depa buat analisis kenapa dan mengapa ianya paling banyak.
DeleteKalau ingat cancer mulut, teringat almarhum suami teman saya. Sedih sangat. Cancer mulut nya dah parah. Awal2 Krn sariawan yg tak sembuh2.. memang harus hati2 dan aware dengan segala tanda tak selesa di mulut.
ReplyDeleteKalau ada yang pelik dalam mulut cepatlah buat check up. kalau di biarkan lama kadang ianya cepat merebak dan dah susah nak diubati.
DeleteOooo...oooo macam-macam pula jenis kanser. Mulutlah pulak ye... kena ambil langkah berjaga-jaga ni kalau ada tanda=tandanya.
ReplyDeleteDulu tak banyak agaknya. Sekarang mungkin bertambah tu yang kena alert supaya dapat detect awal
DeleteBulan kesedaran ni bagus untuk kita semua ambil serius soal mulut
ReplyDelete