Monday, February 23, 2026

Bulan Kesedaran cancer Mulut

 



Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM)

menyeru seluruh warga KKM untuk melakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (Mouth Self Examination – MSE)

sempena

Bulan Kesedaran Kanser Mulut (Mouth Cancer Awareness Month – MCAM).

 

2 MINIT YANG MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA! 👄✨

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor.

 

Kadang-kadang, perubahan kecil di dalam mulut adalah "signal" awal daripada badan kita.

 

Ambil masa 2 minit sahaja untuk melakukan MSE.

 

Rujuk poster  untuk mengetahui 6 langkah MSE

 

dan tanda-tanda awal kanser mulut.

 

Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian sekiranya ada tanda-tanda yang meragukan.

 

Cegah awal, nyawa terjaga.

 

#KanserMulut

#KesihatanGigi

#PemeriksaanKendiri

 #KKM

19 comments:

  1. Bermacam- macam kanser ada sekarang kan kak..risau dibuatnya...terbaru anak pelakon amyza Aznan meninggal sebab kanser paru paru..sedih betul..SA pun ikut menangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kalau tenguk pengumpulan data kesihatan cancer sekarang memang semakin menaik dengan pelbagai jenis yang jarang tiba-tiba timbul.

      Delete
  2. tq share info bermanfaat ini ya awak. ulser tak blh dipandang ringan la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ianya terlalu lain simptomnya dan lama tak baik-baik kena pi check.

      Delete
  3. Tq share... ulser mulut yang lambat baik pun jadi simptom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kalau bukan biasa-biasa hah pi check doktor

      Delete
  4. Itulah bila en suami selalu ulser pun sy selalu risau, skrg ni kanser dah mcm² ada yg rare, kanser hidung lah, kanser lidah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ianya disebabkan pemakanan kita yang dah banyak bahan kimia dan unsur yang bukan-bukan. Apa pun kena jaga pemakanan juga sebab ianya yang masuk dalam perut kita dan diolah oleh badan kita. Hasilnya ianya menjadi darah dan mengalir seluruh badan. Tu yang kadang timbul sel yang bukan-bukan yang boleh menyebabkan cancer.

      Delete
  5. Semoga bulan kesedaran kanser mulut dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan oral 😊

    ReplyDelete
  6. Haritu ulser saya lama, nk dekat seminggu. Nasib baik skrg dah surut huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ulser jenuh kan nak makan. Nasib baik dah baik

      Delete
  7. Mekasih atas perkongsian, kak. Seram tengok gambar. Dulu ada cerita yang kanser mulut ni antara puncanya, orang yang suka kunyah buah pinang. Tak pasti betul ke idok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun satu kajian yang telah dibuat dimana paling ramai dapat kanser mulut adalah kaum india yang suka mengunyah sirih. Sebab daripada data yang dikumpulkan depa buat analisis kenapa dan mengapa ianya paling banyak.

      Delete
  8. Kalau ingat cancer mulut, teringat almarhum suami teman saya. Sedih sangat. Cancer mulut nya dah parah. Awal2 Krn sariawan yg tak sembuh2.. memang harus hati2 dan aware dengan segala tanda tak selesa di mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang pelik dalam mulut cepatlah buat check up. kalau di biarkan lama kadang ianya cepat merebak dan dah susah nak diubati.

      Delete
  9. Oooo...oooo macam-macam pula jenis kanser. Mulutlah pulak ye... kena ambil langkah berjaga-jaga ni kalau ada tanda=tandanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak banyak agaknya. Sekarang mungkin bertambah tu yang kena alert supaya dapat detect awal

      Delete
  10. Bulan kesedaran ni bagus untuk kita semua ambil serius soal mulut

    ReplyDelete