Thursday, February 5, 2026

Pemenang Give Away Baju Raya


 

Assalamualaikum,


Lama kan keputusan Ga baju raya ni tak di umumkan lagi. Maaf lah balik kampung baru-baru ni kena pakage lah pulak demam, batuk dan selsema sehinggakan terpaksa cuti kerana tidak sihat. Ini disebabkan bila malam batuk begitu mengila malahan rasa bagaikan tekak ni rasa nak di buka supaya boleh cuci kuman yang begitu seronok berkubang sehinggakan merasa gatal sangat. Ini juga menyebabkan tidur yang tidak nyaman sehinggakan bila bangun esok paginya rasa nak sambung tidur lagi. hehehehe. Ok lah kita redho ler sakit itu sebagai penyuci dosa.

Oleh kerana masih ada 2 lagi kain yang belum ada pemunyanya tapi sebab dah seminggu lebih saya terus buat pengumuman siapa yang berjaya. Pihak wafiy pun dah minta alamat nak hantar kepada yang berjaya.   

Kita terus pada agenda utama ye.

Tahniah buat semua yang join GA baju raya. Nak umumkan juara yang mendapatkannya iaitu calon-calonnya adalah. eh macam nak menang anugerah tersohor je. hehehehe


No 1 jatuh kepada Sheila Majid opss nama glemernya adalah Ammi 

No 2 jatuh kepada  MA atau di kenali dengan mummy ayu

No 3 jatuh kepada  Puan Mulan

no 4 jatuh kepada  nama glemer adalah cie

no 5 jatuh kepada nick name lydia

no 6 jatuh kepada  Puan rawiwa

no 7 jatuh kepada nama glemer orang bukit aka Nohas (masih alamat lama ke) 

no 8  jatuh kepada sii Nurul

no 9 jatuh kepada belum ada pemenang (sudah ada)

no 10 jatuh kepada belum ada pemenang (sudah ada)


Alhamdulillah ada beberapa nama yang telah ada dalam simpanan saya. Bagi Puan Mulan dan Sii Nurul yang baru pertama kali join boleh lah hantar nama , alamat dan no phone dan email kepada saya notie.bakrian@gmail.com untuk penghantaran hadiah.  

No 9 dan 10 jika ada yang berminat nak kain raya boleh lah email juga kepada saya.  Tapi cepat lah ye. Nak bagi free je ni kain raya. 

37 comments:

  1. Cantiknya kaler.. tp tu lah nnt dpt kain x terbuat pulak... semoga murah rezeki akak asbab menggembirakan org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaler baju atas tu bukan ye boleh tenguk yang Ga akak letak hadiahnya. Aamiin doanya. Semuga Allah lebihkan rezeki supaya boleh share dengan orang lain

      Delete
  2. tahniah semua pemenang notie emel alamat ya

    ReplyDelete
  3. wah...ada lagi kekosongan...cepat2 siapa yang belum tu...
    tahniah kepada yang bertuah... moga cepat sembuh ya kak Notie.. linda pun batuk juga nie, time dia gatey tu, Allah, rasa nak garu je anak tekak ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan. Batuk tak baik lagi ni. Ubat batuk dah habis kena jumpa doktor juga ambil antibiotik. Tenguk kalau seminggu ni tak baik jumpa doktor lagi. Takut penyakit TB pulak. Dijauhkan lah.

      Delete
  4. Alhamdulillah nombor 4. Lepas raya la hantar tailor boleh buat baju raya haji pulak. Hantar sekarang tailor tak terima dah. Terima kasih kak semoga murah rezeki selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doanya. Takpe yang penting dah ada baju baru

      Delete
  5. Alhamdulillah..tahniah kepada semua yg berjaya...ssmoga cepat sembuh kak Notie...musim kot skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doanya. Takut juga sebab penyakit TB dah muncul balik. Padahal dulu kita dah boleh hilangkan tapi sebab banyak warga asing masuk tanpa di nilai penyakit dia tu yang muncul balik dalam kelompok warga Malaysia.

      Delete
  6. Alhamdulillah tahniah kepada semua pemenang 👏🏻👏🏻👏🏻
    Syafakillah Kak Notie 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... terima kasih Kak Notie
    Tahniah buat pemenang yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga cepat baik kak batuknya.
      Faham sangat bila batuk tu rasa nak keluarkan tekak... berus dan kasi keluar gatal².. cuci, kemudian pasang balik.

      Delete
  8. Ehh ada nama kita. Alhamdulillah. Thanks sis. Moga dimurahkan rezeki selamanya.

    ReplyDelete
  9. Saya jadi teringin nak cari tailor yg pandai buat baju kurung lah. Selama ini tak nak beli kain, Krn blm ketemu tailor yg bagus dan cocok dengan saya.

    Congrats utk semua pemenang 🎉🎉. Walau mungkin tak sempat buat utk raya ini, bisa lah buat utk raya haji 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat vietnam tailor dia boleh buatkan baju cepat tau. Kat malaysia jenuh le ni pun dah penuh order tak boleh hantar tailor lagi dah.

      Delete
  10. Terima kasih buat semua pemenang... Terima kasih buat hadiahnya... Semoga dimewahkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat akak... sy dah email juga... Take care kak..

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada semua pemenang. Semoga kak Notie murah rezeki, beri teman bloggers gembira dapat kain raya. Semoga cepat sembuh, kak.

    ReplyDelete
  12. tahniah pada semua pemenang! semoga kak notie murah rezeki sebab suka memberi :D

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah....saya menanti kehadiran kain ni dengan penuh kesabaran di dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang dalam perjalanan. Tungguuuuu Rasanya dalam minggu ni semua dapat lah. Sebab akak dah tanya depa dah pos pun samada pos laju lambat or cepat. Sabor ye semua. hehehe

      Delete
  14. Alhamdulillah, terima kasih notie..selamat diterima semalam...cantikkk..I like...tahniah kpd pemenang2 lain..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak atas pemberian hadiahnya... sy dah terima semalam...
    https://www.siinurul.com/2026/02/terima-hadiah-giveaway-baju-raya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah maaf lah kain yang di tayang dapat corak lain. Tapi jenis sama cuma yang asal dah sold out ganti corak lain

      Delete
  16. Yayyy! Tahniah buat semua pemenang, siap boleh bergaya sakan raya ni

    ReplyDelete
  17. kak notie, terima kasih hadiahnya.

    saya baru sampai dari umrah sabtu lepas. Buka parcel menung jap. eh berhari hari gak menung. check email tak jumpa apa apa. maka harini ku jejaki dirimu sebab nampak beberapa sahabat ada dapat corak camni ada buka blog minggu lepas.

    masyaAllah cantik sungguh kainnya. moga kaknotie dimurahkan rezeki dan sihat selalu.

    ReplyDelete