Assalamualaikum,
Lama kan keputusan Ga baju raya ni tak di umumkan lagi. Maaf lah balik kampung baru-baru ni kena pakage lah pulak demam, batuk dan selsema sehinggakan terpaksa cuti kerana tidak sihat. Ini disebabkan bila malam batuk begitu mengila malahan rasa bagaikan tekak ni rasa nak di buka supaya boleh cuci kuman yang begitu seronok berkubang sehinggakan merasa gatal sangat. Ini juga menyebabkan tidur yang tidak nyaman sehinggakan bila bangun esok paginya rasa nak sambung tidur lagi. hehehehe. Ok lah kita redho ler sakit itu sebagai penyuci dosa.
Oleh kerana masih ada 2 lagi kain yang belum ada pemunyanya tapi sebab dah seminggu lebih saya terus buat pengumuman siapa yang berjaya. Pihak wafiy pun dah minta alamat nak hantar kepada yang berjaya.
Kita terus pada agenda utama ye.
Tahniah buat semua yang join GA baju raya. Nak umumkan juara yang mendapatkannya iaitu calon-calonnya adalah. eh macam nak menang anugerah tersohor je. hehehehe
No 1 jatuh kepada Sheila Majid opss nama glemernya adalah Ammi
No 2 jatuh kepada MA atau di kenali dengan mummy ayu
No 3 jatuh kepada Puan Mulan
no 4 jatuh kepada nama glemer adalah cie
no 5 jatuh kepada nick name lydia
no 6 jatuh kepada Puan rawiwa
no 7 jatuh kepada nama glemer orang bukit aka Nohas (masih alamat lama ke)
no 8 jatuh kepada sii Nurul
no 9 jatuh kepada belum ada pemenang (sudah ada)
no 10 jatuh kepada belum ada pemenang (sudah ada)
Alhamdulillah ada beberapa nama yang telah ada dalam simpanan saya. Bagi Puan Mulan dan Sii Nurul yang baru pertama kali join boleh lah hantar nama , alamat dan no phone dan email kepada saya notie.bakrian@gmail.com untuk penghantaran hadiah.
No 9 dan 10 jika ada yang berminat nak kain raya boleh lah email juga kepada saya. Tapi cepat lah ye. Nak bagi free je ni kain raya.

Cantiknya kaler.. tp tu lah nnt dpt kain x terbuat pulak... semoga murah rezeki akak asbab menggembirakan org lain
ReplyDeleteKaler baju atas tu bukan ye boleh tenguk yang Ga akak letak hadiahnya. Aamiin doanya. Semuga Allah lebihkan rezeki supaya boleh share dengan orang lain
DeleteTahniah kepada yang berjaya:)
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletetahniah semua pemenang notie emel alamat ya
ReplyDeleteAlamak dah ada orang sis. Lambat sikit je
Deletewah...ada lagi kekosongan...cepat2 siapa yang belum tu...
ReplyDeletetahniah kepada yang bertuah... moga cepat sembuh ya kak Notie.. linda pun batuk juga nie, time dia gatey tu, Allah, rasa nak garu je anak tekak ni.. hahaha
Tu lah kan. Batuk tak baik lagi ni. Ubat batuk dah habis kena jumpa doktor juga ambil antibiotik. Tenguk kalau seminggu ni tak baik jumpa doktor lagi. Takut penyakit TB pulak. Dijauhkan lah.
DeleteAlhamdulillah nombor 4. Lepas raya la hantar tailor boleh buat baju raya haji pulak. Hantar sekarang tailor tak terima dah. Terima kasih kak semoga murah rezeki selalu.
ReplyDeleteAamiin doanya. Takpe yang penting dah ada baju baru
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih singgah
DeleteAlhamdulillah..tahniah kepada semua yg berjaya...ssmoga cepat sembuh kak Notie...musim kot skrg ni...
ReplyDeleteAamiin doanya. Takut juga sebab penyakit TB dah muncul balik. Padahal dulu kita dah boleh hilangkan tapi sebab banyak warga asing masuk tanpa di nilai penyakit dia tu yang muncul balik dalam kelompok warga Malaysia.
DeleteAlhamdulillah tahniah kepada semua pemenang 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteSyafakillah Kak Notie 🤲🏻
Terima kasih doanya
DeleteAlhamdulillah... terima kasih Kak Notie
ReplyDeleteTahniah buat pemenang yang lain.
Moga cepat baik kak batuknya.
DeleteFaham sangat bila batuk tu rasa nak keluarkan tekak... berus dan kasi keluar gatal².. cuci, kemudian pasang balik.
Ehh ada nama kita. Alhamdulillah. Thanks sis. Moga dimurahkan rezeki selamanya.
ReplyDeleteHadiah otw
DeleteSaya jadi teringin nak cari tailor yg pandai buat baju kurung lah. Selama ini tak nak beli kain, Krn blm ketemu tailor yg bagus dan cocok dengan saya.
ReplyDeleteCongrats utk semua pemenang 🎉🎉. Walau mungkin tak sempat buat utk raya ini, bisa lah buat utk raya haji 😘
Kat vietnam tailor dia boleh buatkan baju cepat tau. Kat malaysia jenuh le ni pun dah penuh order tak boleh hantar tailor lagi dah.
DeleteTerima kasih buat semua pemenang... Terima kasih buat hadiahnya... Semoga dimewahkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat akak... sy dah email juga... Take care kak..
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteTahniah kepada semua pemenang. Semoga kak Notie murah rezeki, beri teman bloggers gembira dapat kain raya. Semoga cepat sembuh, kak.
ReplyDeleteAamiin doanya
Deletetahniah pada semua pemenang! semoga kak notie murah rezeki sebab suka memberi :D
ReplyDeleteAaamiin doanya
DeleteAlhamdulillah....saya menanti kehadiran kain ni dengan penuh kesabaran di dada.
ReplyDeletesedang dalam perjalanan. Tungguuuuu Rasanya dalam minggu ni semua dapat lah. Sebab akak dah tanya depa dah pos pun samada pos laju lambat or cepat. Sabor ye semua. hehehe
DeleteAlhamdulillah, terima kasih notie..selamat diterima semalam...cantikkk..I like...tahniah kpd pemenang2 lain..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteTerima kasih kak atas pemberian hadiahnya... sy dah terima semalam...
ReplyDeletehttps://www.siinurul.com/2026/02/terima-hadiah-giveaway-baju-raya.html
Alhamdulillah maaf lah kain yang di tayang dapat corak lain. Tapi jenis sama cuma yang asal dah sold out ganti corak lain
DeleteYayyy! Tahniah buat semua pemenang, siap boleh bergaya sakan raya ni
ReplyDeleteTayang baju baru.
Deletekak notie, terima kasih hadiahnya.
ReplyDeletesaya baru sampai dari umrah sabtu lepas. Buka parcel menung jap. eh berhari hari gak menung. check email tak jumpa apa apa. maka harini ku jejaki dirimu sebab nampak beberapa sahabat ada dapat corak camni ada buka blog minggu lepas.
masyaAllah cantik sungguh kainnya. moga kaknotie dimurahkan rezeki dan sihat selalu.