Friday, November 5, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL - Hari 1 kena tinggal flight

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah lepas dah balik kampung dapat jalan-jalan cari makan. Kali ni pertama kali aku pi travel dengan Anim. Dengan Iejay dah beberapa kali. Tapi hari pertama lagi kami dah kena tinggal flight. Aduhaiiiii pagi-pagi dah haru biru jadinya.

Mula plan cuti jalan-jalan nak naik keretapi malam ni Iejay lah punya idea. Dia outstation  dengan opismate dia seminggu di JB.  Jadi hari sabtu petang boleh naik train ke Tumpat, lepas tu sewa kereta dan bermalam di Kota Bharu. Balik boleh naik flight. Keretapi tu naik petang dan sampai Tumpat tengaharinya. Kiranya malam tu bermalam dalam train lah. Itu mula-mula cadangan Iejay.


Bila masuk dalam whatsapp group UB takde orang yang nak join kecuali aku dan Anim. Masing-masing ada hal sendiri. Jadi kami buat group whatsapp lain untuk bincang pasal travel kami. Bila kata nak naik train dari JB , aku fikir macamana ya nak satu train dengan Iejay. Mula-mula aku cadang naik dari KL central pi Gemas boleh naik kat situ. Sekali Iejay check sampai lambat takut terlepas tren ke Tumpat. Anim laju je cadangkan naik flight pi senai awal pagi. Sementara tunggu nak naik tren boleh lepak dulu kat hotel yang berdekatan. Ok jadi Anim pun belikan tiket untuk kami berdua. Tak ambil luggage terus check in tapi Anim punya lepas aku punya takde bar code. Ingatkan takde masalah rupanya itu lah penyebab kami tak boleh teruskan perjalanan.

Ok setel tiket flight KL-JB dan KB - KL dan hotel pula Anim book Hotel Bello , yang dekat dengan stesyen KTM. Tiket tren serta hotel dan transport kat KB Iejay tolong belikan.  Semua kos di KB termasuk duit minyak semuanya dah merangkumi. Kita orang tinggal bankin je duit kat Iejay. hehehe  



Pagi tu aku dah cuak. Nak pergi pukul 6 15 pagi Anim kata domestik boleh je 1 jam. Aku ajak Anim naik ERL kat bandar Tasik selatan. Naik pukul 7.40 pagi. Rupanya Anim tak pernah naik ERL...dia ingatkan naik ERL cepat. Aku pun tak tenguk sampainya pukul berapa. Selalunya dengan Kak noor memang pergi awal. 

Sampai je kat KLIA2 dah pukul 8.30 pagi. Dah lama tak pergi airport melilau juga. Selalu pi International terus tuju kat tangga ni domestik rupanya kat belakang. Apa lah aku ni nampak macam dah bertahun tak naik domestik flight sampaikan lupa mana nak tuju. Padahal kovid baru 2 tahun melanda. hish hish hish


Tenguk-tenguk board eh gate dah buka. Apa lagi laju lah pi tempat nak boarding.

Masa nak masuk pintu domestik panjang juga orang beratur nak masuk. Anim terus je potong barisan sebab dah lambat. Staff Airasia tu check dulu tiket sebab kami dah check online dan tak ambil luggage. Lepas timbang beg dia bagi masuk. Sekali kat pintu security dia tak bagi kami masuk sebab aku punya takde bar kod. Kena check in kat kaunter. Pergi tanya kat Staff Airasia yang mula tadi dia kata boleh....tapi bila kami check huhuhu tak boleh kena pergi kaunter juga. Masa ni lah gate dah tutup. Tapi Staff tu kata cuba tanya kut boleh reschedule  balik flight selepasnya.

Anim pun pergi kat kaunter tanya depa kata boleh buat kat kaunter check in. Jadi Anim pun tunggu kat kaunter V. Orang ramai masa tu dan kaunter hanya 2 je di buka. Aku tukang jaga beg. Lagi pun Anim dah biasa laju je dia mencari kaunter. Lepas tu dia terfikir eh kami bukan nak check in cara biasa nak tenguk boleh reshedule tiket tak,  jadi dia pun potong barisan. Kaunter V kata pi kaunter S. Kaunter S kata pi kaunter V. Lepas tu Anim tak puas hati pergi ke kaunter service. Kaunter service kata pi kaunter S. Kaunter S kata pi kaunter V...lama-lama Anim sudah bengang. Kalau pi kaunter V dia kena mulakan beratur semula macam yang mula padahal barisan dah panjang. Dia balik semula kat kaunter S. Kat kaunter S pula suruh ke kaunter T. Habis semua kaunter Airasia Anim terjah.

hah kali ni Anim sudah meletup. Dia pun cakap baik-baik sampai bila  dia nak jadi bola ni sekejap kaunter sana sekejap kaunter sini. Padahal dia cuma nak tahu ada tak flight tiket untuk ke JB pukul 1. Sekali ada lah staff perempuan Airasia tolong tengukkan dan checkin kan semula tiker boarding kami. Aku punya yang bermasalah pada mulanya eh boleh pulak lepas kali ini.  Boleh pulak dia orang selesaikan masalah kami. Padahal mula-mula tolak sana tolak sini. Dah le orang ramai tapi kaunter buka 1 je. emmm Makcik Asiah oh Makcik Asiah. patutnya dah buka sempadan ni siap sedia le orang nak pi jenjalan. Ni tak. Agaknya nak kena orang tularkan baru nak ambil tindakan ke.  

Nasib baik tak kena bayaran hanya tukar time je. Masa tengah mencari penyelesaian Iejay tenguk tiket dah naik ke Rm 100 lebih. Lepas tu hampir Rm200 lebih.  Masa tu Anim kata tak pe janji dapat tiket dan alhamdulillah kami tak dikenakan bayaran tambahan pun. Harga masih asal iaitu Rm 49 seorang. Lega betul kami bila dah dapat boading pass. Masa tu baru rasa lapar. Kesian kat Anim. Ke sana ke sini ke sana ke sini. Bila dah selesai baru lega.


Tenguk ni emmm bila lah boleh terobang obersea ni. Passport aku pun dah expired, Aku nak renew bila confirm nak jenjalan nanti. Tengah aim nak pi Turki  musim buah-buahan boleh naik belon panas . Mudahan Allah makbulkan wishlist aku ni. Aamiin.


Kami sarapan merangkap lunch sebab dah nak pukul 11.  Cari yang paling dekat nampak lah KFC. Aku belanja Anim makan.


                                                                     Ini lah brunch kami

Selesai je makan kami pun terus lah masuk. Masa nak check in pintu domestik tu Staff Airasia tu tegur eh yang tadi kan kena tinggal. Kami gelak je. Kenal dia pada kami berdua. Selesai check tiket dengan vaksin dah lengkap kami pun masuk pintu security. Alhamdulillah lepas. 

Masa jalan kat dalam, baru je jalan kat escalatur panjang tu eh nampak buggy transport aku pun ajak lah Anim. Anim kata tadi dia dah ajak sebab dia nampak ada satu buggy belakang buggy yang baru sampai tu. Tapi aku tak dengar suara dia. Apa lagi kami pun naik le berdua. Gelak je adik tu layan achik-achik naik buggy. hehehe dah turun siap nak posing dengan dia. Dia gelak je. Dalam hati emm gelemer jap dengan achik -achik suka berposing. hehehehehe


Alhamdullillah akhirnya kami pun beratur di Gate J9 nak terbang pukul 1.15pm.
Kami dapat seat yang last sekali 32 E dan  F. emm tak kisah le janji dapat tiket dan dapat terbang pi JB tanpa kena bayaran tambahan. Yeh JB kami datang. Aku ni orang Johor tapi bando JB dah berjaman tak pergi. Tu yang tak mahir jalan kat Bando JB ni. 


  Cantik awan di JB. Nampak awan banyak terasa bila plane terlanggar dia. Cuaca mendong je. Jangan le hujan.


Akhirnya sampai lah kami di Airport Senai. Anim terus je cari kaunter bus shuttle. Masa tu dah pukul 2 lebih . Tiket bas pukul 3. Apa lagi laju le ke tempat bas berada kat luar nun di hujung sana bas berada. Rupanya hanya kami berdua je yang naik. Naik bas rasanya tiket rm8. Tu pun kawtim dulu dengan driver bas boleh tak turunkan kat City Square bukan JB Central. Akhirnya driver setuju. Dia turunkan kami kat bas stop berhampiran dengan City Square. Kami akan pergi ke Hotel Bello yang berhampiran dengan City Square. Kata iejay jalan kaki je dah sampai. Tak jauh. Kita orang turun kat KTM car park. Melintas jalan depannya terus boleh nampak Hotel Bello lepas simpang kedua.

Bila sampai je berjalan lah kaki sambil melilau tenguk nama hotel. Memang tak jauh pun tapi sebab bawa beg jadi lambat le jalan. Aku bawa beg yang pesen lama, beg yang aku beli masa pi umrah untuk beg tambahan. Bukan beg pesen baru sekarang ni hah jadi memang terkial-kial le bawa.


kita org check in dlm pukul 3.30 petang. Hotel tu best. Peramah staff kat kaunter. Katil double dan bilik air bersih. Ni Anim yang belanja sebab nak rehat bersihkan diri walaupun tak lama hanya beberapa jam je. Kami lepak , solat jamak semua dan berehat . Sempat lagi mandi refreshkan badan yang dah berpeluh-peluh berjalan dari pagi hari. Ni kalau landing atas katil ni emm memang tak sedar le jawabnya. hehehehehe




Siap semuanya dalam pukul 5.30 petang kita orang pun turun. Kata Iejay boleh jalan dekat je. Tapi aku nak ambik grabcar sebab bawa beg.  Dok terkial-kial nak order grab sampaikan staff hotel tolong buatkan.

Yang kelakor tu sampai je kat depan Hotel driver tu tanya betul ke ambil grab car ni. Kita orang dah cuak lah kenapa pulak. Dia kata dekat je belakang bangunan je. Kita orang kata haah memang kita orang booking walaupun dekat tapi sebab bawa beg. Jadi dia pun bawa lah kami ke Main entrance Terminal. 



Hah nampak beg yang aku bawa...hahahaha memang old pesen sungguh aku. Sebab ingat nak shopping coklat dan macam-macam tu yang bawa beg tu sebab boleh di besarkan lagi. Aduhaiiiiii tapi siksa sungguh bawa beg tu. Dah lah roda dia susah nak pusing malahan kuat pulak bunyinya. emm tobat aku nak bawak dia lagi lain kali.  Satu bangunan dengar bila dia berjalan macam nak tarik perhatian je padahal aku kan pemalu...eh ya ke. hahahaha

Ok pasal grab car tu emm lagi lah kelako. Dia pusing lalu jalan depan dan akhirnya dia turunkan kami kat mana!!!! hah tempat asal kami turun masa naik bas tadi.  Alahaiiiiiii Kita orang dah gelak je...patutle dia cuak je masa kami booking dia...rupanya memang dekat pun. Aduhaiiiii hari ni memang jadi bahan cerita kami bertiga. Harga grab car Rm 5 . Baki duit aku sedekah je kat dia. Business baru nak start kan sejak pkp ni. Aku ingatkan kat main entrance rupanya nan ado. alahaiiiiiii

Kita orang kena masuk dalam City Square juga sebab ada sambungan jalan ke JB Central. Iejay tunggu kami kat tingkat 3. 


Ni pintu yang patut kami jumpa. Tapi jumpa tempat lain. 

Akhirnya kami bertiga dapat berjumpa. Kita orang pun pi Texas Chicken sebab itu yang hampir untuk tapau dinner kami dalam tren.


Sementara menunggu makanan siap di tapau kami duduk dulu sambil ngok ngek bercerita hari ini punya kejadian. Pintu buka pukul 6.45pm. Jadi ada masa lagi. Tapi bila makanan dah siap kami pun terus ke JB Central.



Pintu B tu ada escalator turun ke bawah. Tempat menunggu ni gelap sikit. Patutnya atas tu letak le jam besar supaya orang nampak mudah orang nak uruskan masa. Ni dah le gelap...emmm suram je.   


Lampu warna warni lah pulak kat tiang atas. Patutnya ada lah satu lampu terang sikit di bahagian menunggu tu. Malap je dah le nak malam menakutkan juga kalau tunggu sorang-sorang.


Tempat menunggu sebelum boleh masuk lane B. Sebelum turun ke escalator ada staff KTM check tiket. Check My sejahtera dan check suhu. Kalau vaksin dah lengkap baru dia bagi kita turun kalau tak emm memang kena balik rumah semula le. 



Yeh train dah sampai. JB central  ke Tumpat pukul 7.15 pm dan sampai di Tumpat pada pukul 12.32 pm. Kalau tenguk masa booking tiket Ekspress 26. Harga seorang Rm 56.

Ok selamat jalan JB dan selamat datang ke Tumpat. yeh yeh yeh 

20 comments:

  1. Seronoknya jalan-jalan dan cari jalan bertemu dengan kawan, beg berbunyi sambil cat walk hehe, sampai juga hajat tu Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok walaupun pelbagai rintangan akhirnya dapat pi jenjalan. Tu lah bila tarik je beg dia punya sound satu dunia dengo. aduhaiiiii malu gue

      Delete
  2. Replies
    1. hahahha wak saya ni orang johor tapi JB pun dah berjaman tak jejak...aisey. Luaskan kuasa Mu JDT

      Delete
  3. Seronok berjalan-jalan, mencipta kenangan manis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan pahit pun kadang boleh jadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah beri

      Delete
  4. Tak best betul tertinggal flight. Air asia memang kuat buat perangai sekarang tu yang malas fikir pasal naik flight. Tak sabar baca sambungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah tapi sejak covid ni lagi leceh tau. Nak check dah vaksin lah nak check my sejahtera lah. Sapa-sapa yang nak naik kapalterbang kena awal lah kalau tak macam kami...huwaaaa kena tinggal

      Delete
    2. itulah. cam nak gi oversea plak. lagi 3 jam dah kena ada kat airport. haru

      Delete
    3. haah sebab nak check Mysejahtera tu satu satu dengan dah vaksin ke belum. Tu yang buat lambat lagi kalau ramai. kalau yang ramai check tak pe le juga ni sorang bayangkan kalau ramai huhu berjanggut le nunggu

      Delete
  5. dah lama xjalan jauh macam2 dugaannya ya sabar je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis kalau ingatkan emmm memang stress tapi bila dah setel Yahooo...hehehehe

      Delete
  6. Bestnya..travel nail train ke KB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah naik tu yang bila member ajak je terus on

      Delete
  7. mencabar sikit mase nk check in..kalau saya pon, saya mengamok hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram sebab dia takde prosedur yang betul. Sekejap tolak sana sekejap tolak sini. At least bagitahu yang betul lah kaunter yang mana. dah le setiap kaunter tu ramai orang mana lah kami tak bengang. Tapi kawan akak memang banyak sabor...dalam pada bengang boleh je dia gelak. Makcik asiah oh makcik asiah

      Delete
  8. kalo obersi maila Doha, walopon xde ape sgt kt sini.. tungu world cup next year je 😅😅⚽⚽⚽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin wak tapi tu tempat orang have-have. Kena menabung tabung dinasour ni

      Delete
  9. Aduh.. Pengalaman sungguh tu kak..
    Tapi tak patutlah buka 1 kaunter je.. Orang dah start travel kan.. bukalah extra kaunter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya mereka kekurangan staff setelah ramai yang kena berhentikan. Jadi bila dah rancak rentas negeri mereka belum bersedia. Tu yang kaunter banyak tutup.

      Delete