Assalamualaikum,
Sebagai penjawat awam pejabat kerajaan memang biasalah mendengar dan mendapat surat cinta dari SISPA kan. Jenuh le bila dapat surat cinta ni. Nak kena jawab dengan segera. Lepas tu kena maklumkan pada pengarah serta ketua pentadbir apa sebenornya yang terjadi sehinggakan pelanggan buat surat cinta dalam sistem SISPAA.
KKM ada wujudkan talian SisPaa ni. boleh tanya pakcik Google nanti dia bagi alamat.
Ini kata dia :- Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM. SisPAA KKM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM. Pastikan maklumat lengkap diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada anda. Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Maklum balas anda amat penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KKM. Agak-agak kalau dapat Sispaa Jabatan rekod boleh jawab macam di atas ke. Aduhaiiiiii Kelakor lah pulak baca Chatgp punya jawapan kalau kena Sispaa. Alkisahnya bulan lepas kita orang dapat surat cinta aka Sispaa. Yang geramnya pagi tu pelanggan call tanya dah siap belum sebab dah sampai due date yang sepatutnya siap. Petangnya dapat surat cinta. Yang geram doktor hantar tengaharinya. Tak sempat nak maklum pada pelanggan sudah siap zam zam ala kazam tiber je dapat surat cinta. Tapi kita orang dah buat 3 kali remainder whatsapp lagi, call lagi tapi doktor kata tak ada di hospital lah, sibuk lah padahal kami bagi masa 28 hari masa untuk disiapkan. Lepas tu kita orang proses permohonan kadang sampai 500 sebulan. Paling cikai pun 300 sebulan. Kalau hospital besar macam HTAR tu jangan cakap le memang banyak. Ni pun 5 orang staff pun kadang tak cukup sebab kaunter pun kena ada orang untuk menerima permohonan. Sekali bila kata belum siap pelanggan tu tak cakap apa pun cuma bising lah dah sebulan tapi belum siap. Tapi ianya di luar bidang kami sebab yang menyiapkan adalah doktor. Pihak kami cuma memproses sahaja. Jadi terpaksalah kami minta supaya talipon besok supaya dapat di tanya lagi kepada doktor samada dah siap atau belum. Sekali rupanya tengahari tu doktor senyap-senyap pulangkan lapuran perubatan yang sudah siap. Malahan sudah melebihi due date pun dimana sepatutnya pelanggan dapat. Dan petangnya sebelum balik eh tiber dapat email surat cinta. PRO HPJ hantar email Sispaa kepada kami. Sk pada pengarah , timbalan pengarah ,ketua jabatan serta ketua incharge LP. Besoknya apa lagi kita orang cari lah balik LP tersebut. eh rupanya doktor tu pulangkan tengahari semalam. Hari tu juga kami call pelanggan sudah siap. Dia datang ambil tapi tak cakap apa-apa pun. Jadi aku lah kena buat surat jawapan sebab tempuh cuma seminggu. Tapi tak salahkan pelanggan le walaupun kami dah usaha untuk buat reminder dan call tapi Doktor yang lambat kena akui lah kesalahan kami. Tapi kadang kalau boleh memang aku selalu doa supaya jangan ada Sispaa. Dan alhamdulillah tahun ni setelah beberapa bulan baru ada 1 kes yang aku rasa masih boleh di halang tapi nak buat macamana.Mungkin kami teralpa sekejap sehingga lupa pelanggan menunggu kami membuat silap. Dan itu mungkin teguran daripada Allah supaya sentiasa alert dengan kerja mesti siap mengikut tempuh. Apa pun yang terjadi kena redho lah. Kita orang kalau boleh cuba sedaya upaya supaya jangan sampai dapat surat cinta tapi kalau dah nak dapat hadap je lah. Lagi pun penyiasatan akan dibuat dan dari situ pihak hospital akan menentukan samada ianya kesalahan kami ataupun ianya tidak berasas sekali komplin yang dibuat. Bekerja dengan publik ni kadang kena sabar tahap tertinggi dan cuba berusaha menyelesaikan segala masalah yang timbul. Nasib baik team LP aku serta boss Jabatan Rekod bersatu hati dan kami sama-sama menyelesaikan isu yang timbul. Dengan masalah due date dan remainder kita orang buat inovasi dengan pihak IT. Jika permohonan sudah hampir due date akan ada remainder berwarna menunjukkan ianya dalam bahaya supaya cepat-cepat kami buat tindakan yang sepatutnya. Baru start bulan lepas dan bulan ni aku kena semak samada ianya berkesan atau bagaimana. Sispaa ni kadang rasa malu juga tapi kadang ianya perlu juga bagi memperbaiki perkhidmatan kami. Apa pun kalau boleh komplin tu bior le rasional sikit kadang-kadang bila di siasat lah itu pun nak komplin. kalau melibatkan masalah besar sehingga menjejaskan nyawa manusia hah tu boleh komplin. Macam LP ni kita orang paham memang nak cepat tapi nak buat macamana kami sebagai pengantara je yang buat ialah Doktor. Itu pun kadang geram kalau ada Doktor yang pilih-pilih LP, hanya yang ada bayaran je nak buat kalau tiada tak nak buat. Dia ingat kita orang yang buat polisi ke. Adeh Gaji dah besor pun tak cukup lagi. Tapi ada Doktor yang bagus. Apa lagi di jabatan yang sibuk seperti Emergency dan Trauma,Surgical,Orthopaedik. Bahagian Forensik pun kadang pening sebab kena tunggu kimia result. Itu pun ianya sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Jabatan malahan hantar memo berkaitan kelewatan penyiapan Lapuran Perubatan. Tapi ianya masih berlaku kelewatan. Apa pun kita bekerja kerana Allah SWT demi sesuap nasi. Semuga pekerjaan kita mendapat keberkatan Allah SWT. |
Kak Notie kat jabatan rekod ye? Tu la kalau ada berurusan dengan orang lain memang susah kita nak kejar ikut due date. Dorg buat sambil lewa je. Yang kena nanti kita. Semoga dipermudahkan la akak nak menjawab tu.
ReplyDeleteHaah. Nak buat macamana berkhidmat untuk rakyat le katakan. Hadap je lah. Kita perbaiki mana yang tak elok.
Deletebertabah la kan...kalau jawab macam tu kat sispa, matilanak... hahaha
ReplyDeleteItu memang nak mencari bala kalau jawap camtu. hehehehe
Deletemoga Allah permudahkan semua urusan tugasan tksh notie hadiahkan kak telekung yg cantik sgt trhutang budi...moga notie tiasa murah rezeki afiat sejahtera
ReplyDeleteTerima kasih sis doanya. Alhamdulillah.
DeleteBila tugasan melibatkan org lain masing2 kena peka dan cepatlah siapkan apa yg sepatutnya tu kan... semoga dipermudahkan urusan puan ye
ReplyDeleteKadang terlepas pandang. Tu yang kalau boleh setel cepat tapi sebab harapkan orang lain yang buat kena lah terima kalau ianya terlambat. Cuma kena ubah sop kerja lepas ni
DeleteHarap selepas peristiwa ini dapat jadi kebaikan untuk peringatan dan pembaikan mana yang kurang.
ReplyDeleteSaya doakan semoga Allah beri kebaikan pada Puan Notie atas kesusahan diterima. Amin.
Kita orang dah cuba pelbagai cara namun kadang masih tidak memuaskan hati pelanggan. Apa pun ianya cabaran dalam bertugas. Aamiin doanya
DeleteWaaah jadi ingat saat saya kerja di HSBC dulu. Tiap dapat surat cinta, memanglah sibuk 1 cabang 🤣🤣🤣. Karena sistem komplain di HSBC, langsung connect ke CEO 😂. Jadi SLA nya dibagi 10 hari. 3 hari tak settle, naik dulu ke atasan, lalu naik lagi ke atasan berikut, sampai 10 hari maksimal baru masuk ke CEO 🤣. Siap2 lah kalau CEO dah turun tangan 😅. Makanya memang kami tak ambil ringan kalo nasabah dah complain. Wajib settle segera.
ReplyDeleteKalau melibatkan orang atas lagi le. Ikutkan pengarah maklum hal kami jadi dia tak kacau cuma jika serius barulah ada campurtangan dari pengarah. Tapi kita setel dululah hah kalau tak boleh setel sebab melibatkan orang lain kena cari solution lainle camne.
DeleteSabo ajelah ye Notie.
ReplyDeleteDah sabo tahap tertinggi amie.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAamiin. TQ
DeleteItu, jawapan oleh chatGPT ye, hehe.. kelakar juga bahasa dia guna. Aduh.. semoga dipermudahkan urusan kerja kak Notie.
ReplyDeleteTu lah dia punya ayat buat ahkak gelak kalaule nak jawab macam tu memang kena panggil pengarah le kalau tahu tapi sebab big bos tapis dulu ayat yang ahkak karang sewaktu menjawap kes.
Deletekunjungan perdana
ReplyDeletesalam kenal
Terima kasih singgah
DeleteSemoga dimudahkan apa juga urusan ya.Aamiin
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih
Deletesemoga baik baik saja semuanyaaa..salam perkenalan dari kak yong semua
ReplyDeleteAamiin. Salam perkenalan
Deletetak berapa nak faham tapi begitulah kalau berurusan dengan manusia. Ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang suak buat last minit, ada yg buat2 taktau.
ReplyDeletetapi ayat pertama chatgpt tu dah buat saya gelak.....
Sekarang kan semuanya Chatgpt jadi cuba aler tanya kalau dapat aduan depa kata apa
DeleteMeroyan Sispaa dapat jawapan macam tu...
ReplyDeletehahahahaha memang gempak kalau buat lagu tu. Kecoh ooooo
Delete