Wednesday, September 3, 2025

Bagaimana jawapan Sispa di Jabatan Rekod

 



Assalamualaikum,

Sebagai penjawat awam pejabat kerajaan memang biasalah mendengar dan mendapat surat cinta dari SISPA kan. Jenuh le bila dapat surat cinta ni. Nak kena jawab dengan segera. Lepas tu kena maklumkan pada pengarah serta ketua pentadbir apa sebenornya yang terjadi sehinggakan pelanggan buat surat cinta dalam sistem SISPAA.

KKM ada wujudkan talian SisPaa ni. boleh tanya pakcik Google nanti dia bagi alamat.


 
Ini kata dia :- Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM. SisPAA KKM adalah 
saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta 
cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM.

Pastikan maklumat lengkap diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada 
anda. 

Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Maklum balas anda amat penting untuk meningkatkan 
mutu perkhidmatan KKM. 


Agak-agak kalau dapat Sispaa Jabatan rekod boleh jawab macam di atas ke. Aduhaiiiiii Kelakor lah 
pulak baca Chatgp punya jawapan kalau kena Sispaa. 

Alkisahnya bulan lepas kita orang dapat surat cinta aka Sispaa. Yang geramnya pagi tu pelanggan 
call tanya dah siap belum sebab dah sampai due date yang sepatutnya siap. Petangnya dapat surat cinta. 
Yang geram doktor hantar tengaharinya. Tak sempat nak maklum pada pelanggan sudah siap zam 
zam ala kazam tiber je dapat surat cinta.

Tapi kita orang dah buat 3 kali remainder whatsapp lagi, call lagi tapi doktor kata tak ada di 
hospital lah, sibuk lah padahal kami bagi masa 28 hari masa untuk disiapkan. Lepas tu kita 
orang proses permohonan kadang sampai 500 sebulan. Paling cikai pun 300 sebulan. Kalau hospital 
besar macam HTAR tu jangan cakap le memang banyak. 

Ni pun 5 orang staff pun kadang tak cukup sebab kaunter pun kena ada orang untuk menerima 
permohonan. Sekali bila kata belum siap pelanggan tu tak cakap apa pun cuma bising lah dah 
sebulan tapi belum siap. Tapi ianya di luar bidang kami sebab yang menyiapkan adalah doktor. 
Pihak kami cuma memproses sahaja. Jadi terpaksalah kami minta supaya talipon besok supaya
dapat di tanya lagi kepada doktor samada dah siap atau belum.

Sekali rupanya tengahari tu doktor senyap-senyap pulangkan lapuran perubatan yang sudah siap. 
Malahan sudah melebihi due date pun dimana sepatutnya pelanggan dapat.  Dan petangnya
 sebelum balik eh tiber dapat email surat cinta. PRO HPJ hantar email Sispaa kepada kami.
Sk pada pengarah , timbalan pengarah ,ketua jabatan serta ketua incharge LP. 

Besoknya apa lagi kita orang cari lah balik LP tersebut. eh rupanya doktor tu pulangkan tengahari
semalam. Hari tu juga kami call pelanggan sudah siap. Dia datang ambil tapi tak cakap apa-apa pun.
Jadi aku lah kena buat surat jawapan sebab tempuh cuma seminggu. Tapi tak salahkan pelanggan le 
walaupun kami dah usaha untuk buat reminder dan call tapi Doktor yang lambat kena akui lah kesalahan 
kami. 

Tapi kadang kalau boleh memang aku selalu doa supaya jangan ada Sispaa. Dan alhamdulillah 
tahun ni setelah beberapa bulan baru ada 1 kes yang aku rasa masih boleh di halang tapi nak
buat macamana.Mungkin kami teralpa sekejap sehingga lupa pelanggan menunggu kami membuat
silap. Dan itu mungkin teguran daripada Allah supaya sentiasa alert dengan kerja mesti siap 
mengikut tempuh.
    
Apa pun yang terjadi kena redho lah. Kita orang kalau boleh cuba sedaya upaya supaya jangan sampai 
dapat surat cinta tapi kalau dah nak dapat hadap je lah. Lagi pun penyiasatan akan dibuat dan dari situ
pihak hospital akan menentukan samada ianya kesalahan kami ataupun ianya tidak berasas sekali
komplin yang dibuat.

Bekerja dengan publik ni kadang kena sabar tahap tertinggi dan cuba berusaha menyelesaikan
segala masalah yang timbul. Nasib baik team LP aku serta boss Jabatan Rekod bersatu hati dan kami 
sama-sama menyelesaikan isu yang timbul.

Dengan masalah due date dan remainder kita orang buat inovasi dengan pihak IT. Jika permohonan 
sudah hampir due date akan ada remainder  berwarna menunjukkan ianya dalam bahaya supaya 
cepat-cepat kami buat tindakan yang sepatutnya. Baru start bulan lepas dan bulan ni aku kena semak 
samada ianya berkesan atau bagaimana.

Sispaa ni kadang rasa malu juga tapi kadang ianya perlu juga bagi memperbaiki perkhidmatan kami.
Apa pun kalau boleh komplin tu bior le rasional sikit kadang-kadang bila di siasat lah itu pun nak komplin.
kalau melibatkan masalah besar sehingga menjejaskan nyawa manusia hah tu boleh komplin. 

Macam LP ni kita orang paham memang nak cepat tapi nak buat macamana kami sebagai pengantara 
je yang buat ialah Doktor. Itu pun kadang geram kalau ada Doktor yang pilih-pilih LP, hanya yang ada
bayaran je nak buat kalau tiada tak nak buat. Dia ingat kita orang yang buat polisi ke. Adeh  Gaji dah 
besor pun tak cukup lagi. Tapi ada Doktor yang bagus. Apa lagi di jabatan yang sibuk seperti Emergency 
dan Trauma,Surgical,Orthopaedik. Bahagian Forensik pun kadang pening sebab kena tunggu kimia
result. 

Itu pun ianya sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Jabatan malahan hantar memo berkaitan kelewatan
penyiapan Lapuran Perubatan. Tapi ianya masih berlaku kelewatan.

Apa pun kita bekerja kerana Allah SWT demi sesuap nasi. Semuga pekerjaan kita mendapat keberkatan 
Allah SWT.




28 comments:

  1. Kak Notie kat jabatan rekod ye? Tu la kalau ada berurusan dengan orang lain memang susah kita nak kejar ikut due date. Dorg buat sambil lewa je. Yang kena nanti kita. Semoga dipermudahkan la akak nak menjawab tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Nak buat macamana berkhidmat untuk rakyat le katakan. Hadap je lah. Kita perbaiki mana yang tak elok.

      Delete
  2. bertabah la kan...kalau jawab macam tu kat sispa, matilanak... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu memang nak mencari bala kalau jawap camtu. hehehehe

      Delete
  3. moga Allah permudahkan semua urusan tugasan tksh notie hadiahkan kak telekung yg cantik sgt trhutang budi...moga notie tiasa murah rezeki afiat sejahtera

    ReplyDelete
  4. Bila tugasan melibatkan org lain masing2 kena peka dan cepatlah siapkan apa yg sepatutnya tu kan... semoga dipermudahkan urusan puan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang terlepas pandang. Tu yang kalau boleh setel cepat tapi sebab harapkan orang lain yang buat kena lah terima kalau ianya terlambat. Cuma kena ubah sop kerja lepas ni

      Delete
  5. Harap selepas peristiwa ini dapat jadi kebaikan untuk peringatan dan pembaikan mana yang kurang.
    Saya doakan semoga Allah beri kebaikan pada Puan Notie atas kesusahan diterima. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang dah cuba pelbagai cara namun kadang masih tidak memuaskan hati pelanggan. Apa pun ianya cabaran dalam bertugas. Aamiin doanya

      Delete
  6. Waaah jadi ingat saat saya kerja di HSBC dulu. Tiap dapat surat cinta, memanglah sibuk 1 cabang 🤣🤣🤣. Karena sistem komplain di HSBC, langsung connect ke CEO 😂. Jadi SLA nya dibagi 10 hari. 3 hari tak settle, naik dulu ke atasan, lalu naik lagi ke atasan berikut, sampai 10 hari maksimal baru masuk ke CEO 🤣. Siap2 lah kalau CEO dah turun tangan 😅. Makanya memang kami tak ambil ringan kalo nasabah dah complain. Wajib settle segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melibatkan orang atas lagi le. Ikutkan pengarah maklum hal kami jadi dia tak kacau cuma jika serius barulah ada campurtangan dari pengarah. Tapi kita setel dululah hah kalau tak boleh setel sebab melibatkan orang lain kena cari solution lainle camne.

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  8. Itu, jawapan oleh chatGPT ye, hehe.. kelakar juga bahasa dia guna. Aduh.. semoga dipermudahkan urusan kerja kak Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dia punya ayat buat ahkak gelak kalaule nak jawab macam tu memang kena panggil pengarah le kalau tahu tapi sebab big bos tapis dulu ayat yang ahkak karang sewaktu menjawap kes.

      Delete
  9. Semoga dimudahkan apa juga urusan ya.Aamiin

    ReplyDelete
  10. semoga baik baik saja semuanyaaa..salam perkenalan dari kak yong semua

    ReplyDelete
  11. tak berapa nak faham tapi begitulah kalau berurusan dengan manusia. Ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang suak buat last minit, ada yg buat2 taktau.

    tapi ayat pertama chatgpt tu dah buat saya gelak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kan semuanya Chatgpt jadi cuba aler tanya kalau dapat aduan depa kata apa

      Delete
  12. Meroyan Sispaa dapat jawapan macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha memang gempak kalau buat lagu tu. Kecoh ooooo

      Delete