Assalamualaikum,
Jumaat yang lepas iaitu 26hb waktu lunch kita orang ramai-ramai makan bersama-sama meraikan majlis perpisahan Pn Mar yang telah mendapat jawatan baru. Pn Mar akan melapurkan diri pada 1hb Oktober 2025. Oleh kerana jawatan baru jadi tiada le penangguhan kerja.
Majlis dibuat di 10 pots di Ayer 8. Dah lama tak pergi Ayer 8 sekali bila sampai eh ni bukan kedai apa ye dulu sebab lokasinya macam pernah aku sampai tapi dah lupa kedai apa. Yang aku ingat dulu ada kedai makan shellout dengan makanan masakan kampung. Lupa dah nama kedainya.
Hah ni sederet kita orang je. Lepas tu ada aku tenguk satu kumpulan makan bersama dengan baju dan tudung sama warna hijau macam pn Mar. Kita orang pakai baju tema pink dengan brown.
Seronok tenguk makanan yang ada yang pelbagai jenis.
Rambang mata aku tenguk staff aku memilih bahan
Aku pun sama wah sedapnya macam-macam ado ni
Boss aku tukang bakor daging. Pn Shu yang masih lagi cuti bersalin bawa baby dan anak perempuannya untuk sama kami meraikan Pn Mar.
Penuh meja masing-masing. Ada yang memanggang ada yang steambot. Sambal dia pun macam-macam ado jadi tapi dek kerana banyak aku ambil sambal thai je cecah dengan daging. Sedap ko.
Hah ni har sekepala. 2 jam kami makan tak berhenti. Layan juadah yang pelbagai. Bila dah kenyang ada aiskrim lagi dengan desert.
Dah kenyang bergambar ramai-ramai bersama pn MAr. Ada kek tapi macam riuh rendah je nak buat ucapan jadi balik ke Pejabat petang tu sambung lagi dengan ucapan Boss serta Pn Mar. Lepas tu pasang lagu Shila Amzah memori tercipta emmm apa lagi banjir Jabatan Rekod kami.
Aku bagi hadiah bagi pihak Team LP.
Pn Mar potong kek khas buatnya
Comelkan bunga-bunga tapi kek tau. Lizza beli kat kedai Cyberjaya.
Ni hadiah khas dari Jabatan Rekod buat Pn Mar yang sudah berkerja selama 11 tahun di HPJ.
Semuga Pn Mar berjaya di tempat baru. Dan jangan lupakan kami ye.
Selamat bertugas di tempat baru, Pn Mar. Sedap² nampak, lama tak bersteamboat dan bakar². Cantik plak semua pakai pink belacan gitu.
ReplyDeletelama tu...banjir lah JPR..
ReplyDeletesemoga puan Mar maju jaya di tempat baharu..
Murah harga stimbot dan bakar-bakar itu. Kenyang betul.
ReplyDelete