Assalamualaikum,
Jumaat yang lepas iaitu 26hb waktu lunch kita orang ramai-ramai makan bersama-sama meraikan majlis perpisahan Pn Mar yang telah mendapat jawatan baru. Pn Mar akan melapurkan diri pada 1hb Oktober 2025. Oleh kerana jawatan baru jadi tiada le penangguhan kerja.
Majlis dibuat di 10 pots di Ayer 8. Dah lama tak pergi Ayer 8 sekali bila sampai eh ni bukan kedai apa ye dulu sebab lokasinya macam pernah aku sampai tapi dah lupa kedai apa. Yang aku ingat dulu ada kedai makan shellout dengan makanan masakan kampung. Lupa dah nama kedainya.
Hah ni sederet kita orang je. Lepas tu ada aku tenguk satu kumpulan makan bersama dengan baju dan tudung sama warna hijau macam pn Mar. Kita orang pakai baju tema pink dengan brown.
Seronok tenguk makanan yang ada yang pelbagai jenis.
Rambang mata aku tenguk staff aku memilih bahan
Aku pun sama wah sedapnya macam-macam ado ni
Boss aku tukang bakor daging. Pn Shu yang masih lagi cuti bersalin bawa baby dan anak perempuannya untuk sama kami meraikan Pn Mar.
Penuh meja masing-masing. Ada yang memanggang ada yang steambot. Sambal dia pun macam-macam ado jadi tapi dek kerana banyak aku ambil sambal thai je cecah dengan daging. Sedap ko.
Hah ni har sekepala. 2 jam kami makan tak berhenti. Layan juadah yang pelbagai. Bila dah kenyang ada aiskrim lagi dengan desert.
Dah kenyang bergambar ramai-ramai bersama pn MAr. Ada kek tapi macam riuh rendah je nak buat ucapan jadi balik ke Pejabat petang tu sambung lagi dengan ucapan Boss serta Pn Mar. Lepas tu pasang lagu Shila Amzah memori tercipta emmm apa lagi banjir Jabatan Rekod kami.
Aku bagi hadiah bagi pihak Team LP.
Pn Mar potong kek khas buatnya
Comelkan bunga-bunga tapi kek tau. Lizza beli kat kedai Cyberjaya.
Ni hadiah khas dari Jabatan Rekod buat Pn Mar yang sudah berkerja selama 11 tahun di HPJ.
Semuga Pn Mar berjaya di tempat baru. Dan jangan lupakan kami ye.
Selamat bertugas di tempat baru, Pn Mar. Sedap² nampak, lama tak bersteamboat dan bakar². Cantik plak semua pakai pink belacan gitu.
ReplyDeleteSedap semuanya. Makan ramai-ramai lagi meriah
Deletelama tu...banjir lah JPR..
ReplyDeletesemoga puan Mar maju jaya di tempat baharu..
hahahaha biasakle orang pompuan Queen of the tears
DeleteMurah harga stimbot dan bakar-bakar itu. Kenyang betul.
ReplyDeleteOK lah sebab banyak choice makanan
Deleteselamat bertugas tempat baru Pn Mar sukses tiasa
ReplyDeleteTerima kasih doanya
DeleteLah kecik betul dunia ni. Sama kerja dengan Maryatie ke? Baru ni nampak dia share kat FB dia dapat kerja baru. Sempat la dulu kejap kerja kat Hosp Jengka. Dia Unit Rekod, Cie Sajian.
ReplyDeleteAhkak tanya dia. Dia kenal cie. Geng Hospital le katakan
DeleteWah, makan steambot dan grill. Semoga Puan Mar sukses di tempat baharu.
ReplyDeleteSedap. Terima kasih doanya
Deletesama la, jumaat lepas pun MA ada jamuan farewell utk opismate, tapi buat potluck kat opis jer..hujan jugak sikit
ReplyDeleteNi special sikit sebab bertahun dok jabatan. Orang kuat Jabatan pulak tu
DeleteBila farewell dengar lagu Memori Tercipta memang ada satu perasaan yang sedih.
ReplyDeleteDia punya melodi tu buat kita sebak tanpa sedar meleleh airmata. Ayat-ayat puitis dia tu memang le buat kita syahdu
DeleteSA x suka farewell, baru ni ada farewell boss gak...tapi x buat lagi makan2..sebab dept SA x ramai...ada 4 orang je termasuk SA...lepas boss balik dari Oman baru buat kot...lunch kat luar
ReplyDeleteSapa pun tak suka tapi lumrah kehidupan kena hadapi.
DeleteLama tak ke Ayer@8, boleh try 10 Pots nanti. Selamat Bertugas di tempat baru buat Puan Mar.
ReplyDeleteJom jom. Saya pun rasa macam nak repeat lagi. Tak puas
Deleteseronoknya dpt makan sama2 ek. suka. akak mmg tak penah sampai la kat sini.
ReplyDeleteSesekali kena terjah putrajaya
Deleteselamat bertugas di tempat baru buat puan Mar. Lama tu, 11 tahun :D
ReplyDeletecutenya loket emas tu!
Sekarang kalau dah lama sangat hah bersedia le kena tukarkan. Jadi sebelum kena tukar baik cari port dekat dulu.
Deletewah meriah.. menu pun best-best .. moga sukses di tempat baru
ReplyDeleteAlhamdulillah orang pompuan bab makan memang meriah. hehehe
Deleteuntunglah dapat emas disaat harga emas mencanak2 ni...
ReplyDeleteKan. Rezeki tu
DeleteTahnia, meriah hari perpisahan tu..ni orang penting kan Jabatan Perubatan,,..
ReplyDeleteOrang penting dan otai jabatan. Tu yang sedih nak berpisah
DeleteMeski perpisahan, tapi ramai dan seru jadinya. Makanan juga sedap semua. Kagum saya lihat kue berbentuk buket itu 😍😍😍. Macam manalah buatnya yaaaa
ReplyDeleteSemoga pn mar ditempat baru semakin sukses kerjanya☺️
Tu lah kreatif sungguh pembuatnya
Delete