Friday, March 25, 2022

Fasa Peralihan Endemik - Fasa 6 a dan b

 


Assalamualaikum,


Langkah 6a– Penjagaan Diri Semasa Isolasi COVID-19
Kes kategori 1 (tidak bergejala) dan 2a (bergejala ringan) boleh menjalani isolasi di rumah. Patuhi tatacara isolasi untuk mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pemantauan akan di buat secara maya oleh pihak kesihatan susulan laporan ujian anda ke dalam MySejahtera.
📱Anda diperlukan melaporkan status kesihatan ke dalam MySejahtera dua (2) kali sehari.
⚠️ INGAT, DAPATKAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA GEJALA BERTAMBAH TERUK.




Langkah 6b– Kenali tanda amaran COVID-19

Semasa menjalani isolasi di rumah, pastikan anda peka kepada tanda-tanda amaran COVID-19.
👉 Dikongsikan tanda-tanda tanda-tanda amaran COVID-19.
Adalah digalakkan untuk mempunyai oxymeter di rumah untuk mengukur paras oksigen di dalam darah. Paras kandungan oksigen normal adalah 95% dan ke atas.
🏥 Sekiranya terdapat tanda-tanda amaran ini, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau hospital yang berhampiran. Hubungi 999 atau boleh hantar pesakit menggunakan kenderaan sendiri sekiranya kecemasan.

Sumber : FB KKM

8 comments:

  1. Betul... oximeter memang benda perlu ada di rumah sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda wajib tu selain daripada mask dan sanitise dan test kid. Kena standby 4 sekawan tu.

      Delete
  2. SIAGA SEBARANG KEMUNGKINAN DGN LEBIH WASPADA

    ReplyDelete
  3. teringat masa saya kena covid hari tu. makan berselera, siap mengidam macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah virus dia kuat makan ye...hehehehe jarang akak dengar pesakit covid berselera makan. Selalunya hilang suara sakit tekak dan demam tiada selera. Apa pun alhamdulillah dah sihat kan

      Delete