Friday, March 18, 2022

Jom Derma Darah di Auditorium Kompleks E Putrajaya


 

Assalamualaikum

Apa khabar semua. Di harap semuanya sihat-sihat belaka.

Ni aku nak promote le buat warga Putrajaya. Oleh kerana tabung darah di Pusat Darah Negara sedang menghadapi kekurangan stok jadi macam-macam kempen telah di jalankan. Apa lagi menjelang bulan Ramadan kadang memang stok semakin menipis. Walaupun boleh menderma pada bulan ramadan tapi ianya tidak serancak pada bulan biasa.

Hah salah satu ni macam di atas lah. Dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi Kaunseling Bahagian Khidmat Pengurusan telah berkerjasama dengan Pusat Darah Negara dengan menganjurkan kempen menderma dara eh darah. 

Sesiapa yang berminat boleh lah datang ke Auditorium Kompleks E di Parcel E. Auditorium tu berdepan dengan bangunan Utama KKM Blok E7. Mana lah tahu tiba-tiba YB Menteri pun menjenguk kempen tersebut.  Selama 2 hari iaitu Isnin dan Selasa depan.

Oleh kerana aku ni mengumpulkan data berkenaan blood transfusi kiranya aku bagaikan vampire yang sedang mencari darah eh....menyedut darah   eh....hehehehe cam pontianak sundel bolong je kehausan darah

Ok jangan lupa meh le datang...darah anda amat berharga buat orang lain yang betul-betul memerlukan. Malahan 1 beg darah boleh menyelamatkan 3 nyawa. Hah cam penyelamat je sesiapa yang menderma darah dia. Salute tau banyak-banyak pada sesiapa yang suka menderma darah dia. 



6 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan dan selamat mengumpul darah. teringin nak buat ni dari dulu tapi berat tak cukup. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kurang darah kena tanya doktor bagaimana nak tambahkan darah supaya boleh dermakan darah.eh gitu

      Delete
  2. semoga ramai yg sudi menderma darah berbuat kebajikan pada yg memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tu lah kesian juga PDN kena kempen sana sini tambahkan stok darah.

      Delete
  3. Moga dipermudahkan urusan. Bagus sis buat kempen bermanfaat ni. Kebaikkan kedua pihak. inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah nak Ramadan PDN selalu menghadapi masalah kekurangan penderma. Darah semakin susut jadi kena kempen banyak-banyak supaya banyak penderma menderma darah dia. Thanks

      Delete