Assalamualaikum,
Fasa peralihan ke endemik akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan meningkat terutamanya bagi kumpulan individu dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-kanak yang belum divaksinasi.
Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, bermula 1 April nanti, sempadan negara akan dibuka, kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga lewat malam dan saf solat jemaah juga sudah tidak ada lagi penjarakan.
Bagi memastikan kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan dengan selamat, pastikan anda telah menerima vaksinasi dos penggalak bagi yang layak dan pastikan juga anak-anak anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 1 - Fahami tentang COVID-19
Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.
Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.
Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.
Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19
Langkah 2 – Terus amalkan langkah pencegahan
Virus COVID-19 boleh tersebar apabila aerosol atau titisan yang mengandungi virus disedut atau mencemari mata, hidung atau mulut individu yang merupakan kontak rapat.
Penularan juga boleh berlaku apabila individu menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut.
Dikongsikan langkah kesihatan awam mudah yang perlu terus diamalkan semasa fasa Peralihan ke Endemik. Ia mampu mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.
Jalankan tanggungjawab kita, teruskan amalan ini bagi mencegah jangkitan COVID-19.
sumber: FB KKM
Nampak gayanya kita kena hadapi dan hidup dengan virus tersebut. Apa pun jaga diri semua. Semuga kuman virus covid 19 ini nyah dari muka bumi ini. Dan semuga kita dapat jalani kehidupan seperti dahulu tanpa kuman virus covid 19. Nyah lah kuman covid dari mukabumi ini buat selama-lamanya. AAmiin
susah nau nak putus rantaiannya. redha jelah. orang ada asma pun kena hati-hati. kawan saya sampai masuk hospital padahal masih muda dan aktif
ReplyDeleteKuman dia tu cepat bermutasi sebab tu dia susah nak hilang di mukabumi ini. Kuasa Tuhan kan. Kalau ada penyakit lain memang risiko sikit sal sebab tu orang yang ada komorbid dia punya jaga-jaga tu kena extra lebih sikit daripada orang yang tiada penyakit lain. Tu yang kadang risau dengan warga emas sebab biasanya akan ada penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Delete