Pengarah bersama Dr Prem dan Dr Hafiz yang berbaju kurung lengkap macam nak pi nikah lagi hehe
Hasil dari stafff kami confirm positif dan pejabat kena sanitise pejabat lagi jadi pagi Jumaat minggu lepas tiba-tiba Pengarah buat kejutan. eh besok dah nak jumaat. hehehehe wartawan lambat melaporkan kejadian yang di luar jangkaan. hehehehehe kena nuntut dengan sal lah macamana nak jadi wartawan yang serba cepat. Dia kerja dengan Media Prima kan.
Tiba-tiba aku dapat mesej daripada Dr Hafiz. Dia suruh behave. Hish apa ni....tiba-tiba suruh behave di tempat kerja di pagi hari. Cepat-cepat aku bagitahu matron dann geng belakang. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga.....eh apa ni..
Lepas tu tak lama kemudian dengar suara seolah begitu ramai orang di depan. Rupa-rupanya Pengarah datang membuat kunjungan hormat...nampak macam bersimpati dengan staffnya. Ya lah ko kami champion dalam antara semua bahagian dalam Perancangan. Ramai yang sakit dek virus Covid 19.
Rupa-rupanya Dr Hafiz yang dulu kerja kat pejabat aku dan dah tukar ke MNHA tiba-tiba kena tarik dengan bos dia jadi pengiring mengikut Pengarah membuat lawatan mengejut kat pejabat kami. Almaklumle dalam banyak-banyak bahagian dalam Perancangan pejabat kami lah champion sebab ramai staff yang positif Covid 19. Bila di kira-kira semuanya dah hampir 1/4 staff yang positif.
Dan kebetulan pada hari tu Timbalan Pengarah kami pulak datang lambat. Nasib baik ada Dr Fadly yang masa tu baru sampai menjadi wakil pejabat bawa pengarah melihat kawasan persekitaran.
Dia komen keadaan di bahagian hadapan yang nampak sesak. Nak buat penjarakan pun emm susah juga sebab kawasan kami memang dah penuh pengisian staff. Kalau bahagian belakang masih ok lagi sebab antara kami ada partition dan nampak lah berjarak juga.
Kalau bilik statistik pulak di syorkan buka pintu supaya pengudaraan berjalan lancar. Selalu bertutup je kut virus berkeliaran didalamnya. hehehehe yalah kan benda tu tak nampak....kalau nampak dia berjalan-jalan dalam udara yang kami sedut emmm gamaknya semua cabut lari kut umpama nampak kunang-kunang di malam hari...nampak berkelip-kelip cahayanya huh memang caalibut le padahal kunang-kunang tu bukan benda menakutkan macam pontianak sundel bolong tu ..eh eh
Tetiber pulak..perumpamaan je ya. Ya lah kecik-kecik dulu kalau keluar rumah malam nampak cahaya berkelip-kelip huh sebatu dah larikan diri. Masa tu zaman kecik-kecik memang penakut ler....dah besor ni baru tahu oh itu namanya kunang-kunang malahan jadi tempat tourist pulak macam kat Sabak Bernam tu. eh melalut pulak aku ni....citer covid kut nak pi melancong lah pulak...hah nampak tu....otak dah kelain fikirannya....hehehehe
hah nampak tak ayat Pengarah kami.....kesian pulak pada Timbalan pengarah kami yang kena hadap benda tu semua.
Selepas Pengarah balik dengan komen-komennya yang kami kena perbetulkan persekitaran pejabat dan pagi tu juga adhoc meeting dibuat untuk semua staff. Boss minta tolong pada semua supaya sentiasa mematuhi SOP walau dimana berada. Dah tak larat dia nak menjawap bila maklumkan staff confirm positif. Kesian pulak tenguk bos kami. Kalau rasa tak sihat tu cepat-cepat lah mendapatkan rawatan dan jangan pergi ke pejabat. Patuhi SOP dan jangan le suka ke sana ke sini di tempat awam.
Baik lah boss . Kami akan cuba sedaya upaya menghindari kuman tersebut. Semuga jangan ada lagi kuman Covid 19 menjangkiti staff lagi. AAmiin
selagi penyakit tak lenyap selagi tu kita risau kan
ReplyDeleteMemang apa lagi benda tu tak nampak. entah mana-mana dia ada. Diajauhkan le hendaknya.
DeleteMudah2an selamat daripada jangkitan c19
ReplyDeletewak pun jaga diri juga. Aamiin doanya
DeleteHMM BAGUS PENGARAH PRIHATIN MASALAH STAFF
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga berkekalan lah perihatinnya buat staff bawahannya.
Deletewartawan pun dah slow sekarang ni..cepat lagi netizen. hehe
ReplyDeletehaah kan laju berdezup netizen laaaa ni
Delete