Tuesday, March 22, 2022

Fasa Peralihan ke Endemik - Langkah 3 dan 4



Assalamualaikum,

Terdapat beberapa langkah yang pihak KKM war-warkan bila start fasa ke Endemik pada 1hb April ni. Apa pun dan berapa banyak cara pun kalau diri kita sendiri tak ikut SOP yang KKM bagi emm tak guna juga. Jadi sebaik-baiknya jaga diri dan jaga keluarga. Tingkatkan imun badan selain daripada mengikut SOP pencegahan. Semuga virus tersebut terhindar dari di jangkiti.  


 Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.
😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.
✅Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.
❗Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.
❗Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.






Langkah 4- Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19
Seiring dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.
Pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak:
✔️ Mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.
✔️ Melindungi pesakit COVID-19 dari gejala teruk dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
Gaya hidup serta minda yang sihat juga penting dalam:
✔️ Membantu memantapkan sistem imuniti tubuh
✔️ Mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes serta mengelakkan obesiti yang merupakan faktor risiko utama gejala teruk dan kematian akibat COVID-19.
👍 Jom ambil vaksin dan dos penggalak bagi mereka yang layak serta budayakan gaya hidup sihat.

Sumber: FB KKM

Walau bagaimana kita fight untuk nyahkan virus tersebut tapi nampak gayanya emm macam tak hilang-hilang dari muka bumi ini jadi rasanya terpaksa lah kita kena hadap juga cuma kena ikhtiar untuk diri sendiri dan keluarga kita dengan lebih ketat supaya terhindar. Tapi tu lah kadang dah tepis dah ikut SOP eh nak kena juga. emm kena redho lah. Ada staff aku baru ni dah kena jangkit 2 kali....hah camno tu. Ni tengah qurantine lagi. Yang pertama awal bulan 1 hari tu yang kluster chicken chop (istilah aku sebab bengkel di mimos masa tu) dan semalam dapat tahu positif lagi. Aduhaiiii

Ya Allah kau hindarilah kami dan keluarga kami sari di jangkiti kuman Virus Covid 19 ini. Kau keluarkan lah kami dari kesulitan dan ancaman yang sedang mengancam kami. AAmiin. MUdahan KAu rezekikan lah kami dapat menyambut Hari Raya Aidil FItri bersama keluarga kami pada tahun ini. AAmiin.


6 comments:

  1. kita dah jaga sebaiknya...kalau kena juga maka semua itu adalah kehendakNya..KuFayaKun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kena... kenalah redho tapi tu lah sebagai manusia kadang ada rasa tidak puas hati macamana boleh kena. Tapi fikir balik dah dapat hadap je lah.

      Delete
  2. Betul tu ikhtiar untuk diri dulu, ingatkan orang sekeliling, ya Allah lindungilah kita semua. Memang mengeluh ramai tanggungan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Risau juga kalau ada keluarga ramai kan apa lagi ramai warga emas. Apa pun kita doa le banyak2.

      Delete
  3. menyampah dah dengar ayat putuskan rantaian. memang takkan terputus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... potong rantaian pakai gunting kecil kut...terpaksa lah hadap....sabor je lah

      Delete