Assalamualaikum,
Apa pun yang berlaku pada hari ini jomlah kita cuba kurangkan risiko dari di jangkiti kuman Covid 19. Dengar-dengar dah ada varian baru lah pulak... hah sudah. Copek benor lah kuman tu bermutasi. Nama apa hah nanti ada le tu KKM war-warkan. Laju benor dia menjalinkan hubungan bahkan ahli vaksin pun belum sempat nak ikhtiarkan varian Omicron di hapuskan dah ada varian baru. Ya Allah kau lindungilah kami umat Islam di seluruh dunia dari kuman tersebut. Aamiin.
Langkah 5 – Sentiasa lakukan penilaian risiko kendiri.
Semasa fasa peralihan ke Endemik kelak, akan berlaku peningkatan mobilisasi dan aktiviti perhimpunan.
Justeru, dalam merancang aktiviti seharian, elemen penilaian risiko perlu diamalkan dan dititikberatkan


Langkah 6 – Amalkan TRIIS
Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19 atau sebagai saringan sebagai langkah berjaga-jaga.






Sumber: FB KKM
Ya Allah swt lindungi kita dari wabak ini, baru nak lega, inshaAllah sama-sama kita ingat-mengingati, terima kasih kongsi ni.
ReplyDeleteAamiin. Marilah kita berjaga-jaga. Kadang rasa macam dah penat sangat dek kerana terlalu berjaga-jaga tapi demi keluarga kena juga berjaga-jaga. Bila nak selesai emm tak tahu lah
DeleteNice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah
DeleteBERUSAHA SUNGGUH HINDARI WABAK DEMI KESELAMATAN KESIHATAN
ReplyDeleteSis PI jaga diri ya. Saya yang selalu risau ialah warga emas yang ada komobid. Sebab kakak-kakak saya semuanya warga emas dan ada penyakit lain. Tu yang kadang risau janganlah di jangkiti.Aamiin
DeleteArab Saudi pun dah longarkan sekatan. hehe
ReplyDeleteKan....kita orang ni je yang terlalu berjaga-jaga.
Delete