Sunday, July 13, 2025

Lawatan YBhg Dato Setia Dr Naim ke HPJ


Dato bersama Dr Khairul TP no 2 bersembang dengan para pekerja 

 Ribuan terima kasih YBhg. Dato' Setia Dr Naim atas keprihatinan ini. Semoga dengan adanya fasiliti baharu ini akan mendatangkan jutaan manfaat bagi pengunjung Hospital Putrajaya.

Komen Dato' Setia Dr. Naim - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Lawatan Tapak: Teguran Tegas Demi Fasiliti Umat
Petang tadi saya turun ke Hospital Putrajaya untuk meninjau sendiri perkembangan projek pembinaan surau di bawah kelolaan MAIWP yang sepatutnya telah siap lebih awal.
Terus terang saya nyatakan, saya tidak berpuas hati dengan kelewatan ini. Surau ini sangat penting kerana ia bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi ruang ibadah dan kekuatan rohani buat pesakit, waris serta warga hospital.
Saya telah menelefon sendiri pihak kontraktor di lokasi, meminta penjelasan dan mendesak agar penyiapan projek disegerakan tanpa kompromi terhadap kualiti.
Kerajaan MADANI menuntut akauntabiliti dan keikhlasan dalam setiap amanah. Kelewatan seperti ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi melibatkan kemudahan umat Islam.
Saya akan terus memantau sehingga surau ini benar-benar siap dan berfungsi untuk semua.

Kredit FB HPJ

Assalamualaikum,

Baru-baru ni Dato Setia Dr Naim Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Agama datang melawat pembinaan surau di Hospital Putrajaya.

Bila aku tanya Ai Jawapan dia adalah:-

Pembinaan surau baru di Hospital Putrajaya, yang diberi nama Surau Ibnu Sina, telah pun dimulakan. Upacara pecah tanah telah diadakan pada 14 Disember 2023, yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Surau ini dijangka siap pada tahun 2025 dan akan menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Surau ini juga akan memberi manfaat kepada staf dan pelawat Hospital Putrajaya serta Institut Kanser Negara (IKN). 


Patutle Dato Seri marah sepatutnya siap tahun ini tapi tak siap-siap lagi. Aduhaiiiiii Kalau dah siap kan lawa dan mendatangkan manfaat buat pesakit, keluarga pesakit serta warga kerja Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara juga.

Dulu masa baru-baru kerja di HPJ aku parking kat depan HPJ tu. Selalu berebut-rebut parking dengan pesakit yang datang ke klinik. Lepas tu dah tahu jalan nak ke Parking Endokrine hah sekarang parking kat situ. Datang awal jadi tempat parking masih kosong lagi. Walaupun jauh tak pe le janji Pak Hitam aku tak kena jemur tengah panas. Masa dulu bila tempat pembinaan tu di tutup tak nampak bayang dah. Lepas tu dah lama tak lalu situ bila lalu baru-baru ni baru nampak bangunan dia sedang di buat. Tapi tu lah tak siap jadi tak nampak sepenuhnya lagi. Kalau dah siap mesti cantik kan. Tak sabar menunggu surau tu siap. Kontraktor ni nak kena ketuk agaknya buat kerja tangguh-tangguh. Hah kan dah marah Dato Setia Dr Naim.




Banyak lagi tu yang tak siap, Baru nampak bangunan sebenarnya macamana.

Agaknya pekerja tu tunjukkan progres kerja setakat ini macamana .


entah apa yang di ceritakan Dr Khairul agaknya.





Apa pun semuga Surau tu siap tahun ini. Mungkin hujung tahun ke. dapat le gunakan nanti.

19 comments:

  1. Tak ikut dateline tak kena penalti ke kontraktor tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tak paham kalau dah ada dateline napa lambat siap. Bukan lagi banyak duit keluar ke.

      Delete
  2. dah lama tak ke HPJ.. tak perasan pulak ada pembinaan surau kat sana.. harapnya sempat la siap sebelum hujung tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah le dah setengah tahun tapi kerja macam banyak lagi tak siap. Kena viral kan kut baru laju dia siapkan.

      Delete
  3. teruk lah koctraktor tu kena basuh bila bangunan yang patut dibina ikut tarikh untuk siap tapi dah tertunda prosesnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kena basuh lagi kalau boleh kasi clorox bagi cuci habis. hehehe putih melepak gitu

      Delete
  4. Dengan campur tangan menteri ni, semoga suraunya cepat lah siap. Masalah dengan hospital kerajaan ni, parking selalu tak cukup dan surau kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua parking hospital memang masalah besar. Kita orang dah tambah parking kat endokrine pun kadang tak cukup. Staf kadang berebut dgn orang awam. Tapi depan Putrajaya central dia ada buat parking lot bertingkat cuma kena jalan jauh sikit lah nak pi hospital

      Delete
  5. Kalau siap surau tu,mesti cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kita orang tertunggu-tunggu macamana rupanya

      Delete
  6. dia kena ada orang yang tegas in Shaa Allah pasti akan cepat proses nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan yang merasmikan pemecahan tanah buat spotcheck baru tahu tak siap kalau tak emmm tidur kontraktor tu agaknya.

      Delete
  7. Uish dah lama tu.. Baguslah ada tindakan.. Harapnya siaplah dengan cepat..

    ReplyDelete
  8. aduhai bila tuan besar turun pdg spotcheck haaaa baru kelamkabut nti nak buat siapkan tu..

    ReplyDelete
  9. taklama siap la tu menteri dah turun tinjau projek surau

    ReplyDelete
  10. Sejuk hati tengok dah berdiri Surau tu..atau masjid tu dek..nampak besar kan

    ReplyDelete
  11. Harap2 tak terbengkalai pembinaannya

    ReplyDelete
  12. lama jugak 2023, moga projek ini siap dengan jayanya untuk kegunaan semua.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya menteri nih, turun tangan langsung. Bila dah ada teguran dari orang yg berkuasa, harusnya jadi lekas selesai surau ini, semoga ya kak ❤️

    ReplyDelete