Selesai aktiviti siang bila sampai kat hotel kita orang masuk bilik dulu. Tukar ke pakaian yang sesuai sebab nak berspa gitu. Lepas tu geng UB semuanya serbu Spa bersebelahannya hotel. Apa yang dia ada. kami ambil yang berurut semuanya manakala aku dan carrie buat tambahan untuk naikkan seri muka.
Untuk relaxing aka urut tu harga dalam RP395,000 dalam harga rm100 tapi dapat diskaun kopon 100,000 jadi kalau buat tak sampai RM100 lah. Tapi aku dan carrie ambil tambahan totok wajah ataupun urut bagi naikkan wajah jadi cun gitu. Yang itu harganya RP 150,000 . Kak su dan Yah serta wan ambil yang urut je. Semua kosnya adalah dalam RP 445,000. Tak sampai rm150 pun.
Suasana dalam spa. Relaks dulu sementara dia siapkan staf dia untuk pelanggan yang dah booking.
Aku yang di jemput dahulu sambil di beri secawan air halia panas. Bawalah cawan tu masuk bilik yang dingin. Dia bagi towel dan suruh buka baju....jeng jeng jeng. Tapi sebenornya lepas tu dia standby kat luar. Aku lah sediakan badan untuk di urut. Jadi bila dah sedia maklumkan kat dia lah. Buk udah beres ni dong ah. hehehehehe sesekali kecek indon.
Bila kena urut Ya Allah sakitnya tapi best sebab banyak angin yang keluar dari badan. Lengan kanan sesekali rasa sakit bila di urut rasa macam biji-biji angin dia putar. Ya Allah sakit tapi sekurang-kurangnya banyak angin dalam badan dapat di keluarkan. Apa lagi bila di urut kaki dan lutut yang sakit memang terasa lah.
Aku dengan carrie berlumba-lumba erk ark erk ak...angin keluar. Yang kelakornya kata carrie dia siap buang air besar 2 kali semasa sedang mengurut tu. Masa ni kita orang tak tahu bila dah selesai baru carrie bagitahu.
Lama juga lah dalam 1 jam juga rasanya. Tak ingat masuk pukul berapa keluar pukul berapa sebab best sangat kena urut. Yang urut muka tu rasa sakit juga tapi macam tak lama dia buat. Yang ni harga dalam 150,000RP.
Sebelum tukar baju sempat ambil dalam bilik urutnya. Ni masa mula-mula masuk. Tempat dalam tu kelam dan lampu remang-remang gitu. Boleh terlelap kalau tak kerana sakit semasa di urut.Tak boleh tunjuk gambo nanti gempak orang mesia. hehehehe.
Sesekali berspa urut badan ni best tau. Apa lagi kalau asyik sibuk je. Jadi bila kena urut emmm memang syiok wooo.
Teringat dulu masa pi Padang. Ada tukang urut datang ke bilik kami yang kami request dengan tour guide masa last kat padang sebelum besoknya balik mesia. Aku dan Kak zah berdua lunyai kena gelek jari tukang urut yang rasa macam pisau tajamnya terasa di badan. Lebam-lebam kita orang dibuatnya. Disebabkan lama tak berurut emmm memang siksa le tukang urut tu nak lembutkan urat kami berdua. Yang kelakor tu besok pagi ada pulak member yang lain bercerita misteri nusantara mendengar suara adoi adoi dengan kuatnya tapi tak tahu kenapa. Masa tu aku dan Kak zah saling pandang memandang. Sama-sama tahu lah tapi kita orang senyap je. Hotel yang kita duduk dulu tu entah ada lagi ke tidak selepas Gempa bumi teruk di Padang dulu. Lupa dah nama hotel tu.
Selesai urut air halia panas tadi dah jadi sejuk. Jadi bawalah cawan tu minum di luar.
Bila keluar aku nampak Kak su dan Yah dah ada. Kak su dok sibuk tanya kenapa aku cepat padahal ambil pakage sama dengan carrie tapi carrie yang paling last. Rupanya carrie asyik berulang ke bilik air. Dah lah dia yang last dalam group kami jadi bila pergi bilik air sampai 2 kali memang lambatle urutnya. Rupanya itu penyebab kenapa dia paling lambat siap. Pelik aku. Selalunya asyik kuar angin ni pakage kuar bawah lah pulak.
Tapi carrie memang kata puas hati dan baguslah ambil hari pertama sebab kaki dia sakit sebab berjalan dan dapat urut rasa lega lah. Malahan yang kita ambil urut muka tu kata carrie nampak muka aku macam berbeza. Macam up sikit rupa. emm aku tenguk sama je. hehehehe
Malam tu tidur dengan lenanya setelah semalam tidur dalam bas sekejapkejap jaga. Ni dapat tilam empuk emmm memang syiok le. Tarik selimut gitu sebab aircond sejuk. Selesai hari pertama yang ambil masa berminggu nak siap. hehehehehe
No comments:
Post a Comment