Wednesday, March 26, 2025

Rewang Bubur Lambuk oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya

 


Acara berlangsung di tempat Parking Endokrine aras LG


24/3/2025 - Rewang Bubur Lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya

Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya (KSK HPj) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Rewang Bubur Lambuk. Program ini sebagai tanda sama-sama meraikan kemeriahan bulan Ramadan di samping menyediakan juadah berbuka bagi kakitangan HPj yang sedang bertugas. Program ini sejajar dengan visi KSK HPj yang turut menjaga kebajikan kakitangan HPj, selain daripada menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan ahlinya. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya. Sesi pengagihan kepada kakitangan telah disempurnakan oleh YBrs Dr Mohammad Khairol Anwar Bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II HPj.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menyumbangkan usaha dan tenaga. Salam Ramadan.

Kredit Facebook Hospital Putrajaya


Gotong royong menyediakan bahan untuk bubur lambuk



Entah berapa periuk agaknya sebab staff ramai yang nak diberikan.


                                                    Setelah masak dimasukkan ke dalam bekas


Dr Khairul Timbalan 2 yang berbaju melayu warna merah pun turut serta. Entah-entah tukang gaya menacau bubur je kut.  


Bersama pengarah dengan Timbalan 1 Dr Hariati dan Timbalan 2 Dr Khairul


Sweet semuanya


                                                             Sama-sama bergotong royong


  Sudah masak dan di bungkus Dr Khairul mengedarkan kepada staff Hospital. Sedap bubur lambuknya. Kita orang dapat 2 bekas tiap sorang. Alhamdulillah syukur semuga tahun hadapan buat lagi.



No comments:

Post a Comment