Selesai menjelajah area Masjid Cheng ho kita orang di bawa ke Cafe Melawar untuk makan malam.
Kawasan dia macam restoren yang selalu ramai orang gitu. Kami dibawa tempat khas yang dah di booking. 1 meja 5 orang makan.
Masa sampai meja macam ni. Kita orang ingat belum siap sekali jeng jeng jeng
Tu dia,,,,, Masakan padang
Wan tukang buka tudung saji. Unik kan.
Ni yang dalam tudng saji
Ikan masak goreng berlada datang kemudian.
Yang ni sayur lemak pucuk ubi kut lupa plak aku tapi ada jagung dalamnya. Tak biasa jagung di masak dalam sayur selalu rebus makan gitu je jadi lauknya rasa sedap lemak dan manis jagung terasa.
Pipid cerita kat situ femes dengan teh tarik belakang padang. Jadi aku terus cuba 1 cawan. Yeeee memang sedap. sampai 3 kali aku minum. nak menunjukkan betapa sedapnya teh tarik belakang padang tu pada tekak aku.
Hidangan nasi dia comel je kan. Dah macam bentuk kuih koci gitu ataupun kuih anak dara 3 sebilik tapi kali ni nasi ler... keropok sayur tu macam mesti ada kalau makan masakan padang. Camtu kena cari lah keropok sayur tu kat muo boleh goreng banyak-banyak buat santapan bersama masakan lain. Konon rasa macam makan masakan padang gitu. hehehehe macam dah rindu nak pi Bukit Tinggi lagi...masakan padang dia sodap.
Tu dia hampir licin makanan di atas meja kami. Dapat sambal hijau emm sedap.

Geng yang lain. Yang ni anak bearnak dari Penang rasanya. Ada yang datang dari Kelantan semata-mata nak pi Batam.
Selesai makan meronda sekeliling.
Macam singahsana kat Bukit Tinggi, Posing sekejap.
Keluar dari restoren tersebut kami melihat kawasan sekeliling. Masa masuk tak nampak. Rupanya tempat parking kat belakang dan ada ruang lain yang lebih luas.
Makan kat situ pun macam best je kan.
Pemandangan semasa matahari terbenam.
Seronok lepak kat sini sebab angin dia bertiup kencang. Orang kata gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Jom balik hotel kita pi berurut pulak
Seronoknya travel ke negara jiran. Makanannya sedap-sedap, banyak pilihan pula tu.
ReplyDeleteMasa travel lah kita rasa makanan tempatan. Sambil cuci mata sambil isi perut gitu. hehehehe
DeleteSayur masak lemak itu namanya sayur lodeh kak 😄. Manis gurih. Tp sejujurnya saya tak terlalu suka 😅. Itu makanan khas Jawa tengah.
ReplyDeleteOOOO sayur lodeh kita orang lain. Rasa lemak gitu. Ni sebab rasa manis jagung jadi macam pelik sikit.
DeleteSedap nya makanan semua.. pergi tmpt org merasa budaya masakan org tmptan mmg best..
ReplyDeleteMemang sedap. Masa ni lah nak rasa local food gitu
Delete