Wednesday, March 19, 2025

Batam - Hari ke 2 - Makan di tepi pantai



 



Assalamualaikum,

Video di atas adalah acara semasa datang. Ianya di buat bagaikan menyambut tetamu gitu. Comel-comel lepas tu dia ajak tetamu ikut sama berjoget. Yak yak yeh. 



Carrie pun join sama


Pemandangan yang kami lihat semasa datang. Air sedang surut agaknya kalau air pasang mungkin lagi cantik kut.


Jauh sungguh tebing dengan lautan. Agaknya kalau air pasang boleh berenang ke sebab nampak tak dalam pantainya, 



Tu dia ko dah habis. Masa sampai aku terus menonong cari bilik air sebab dah tak tahan sangat. Jadi bila dah lega terus lah masuk ke dalam. Sekali tenguk geng aku dah penuh 1 meja dengan orang lain. Aku je yang keseorangan tak ada tempat nak makan. Terpaksa lah join geng lain yang ada kosong. 

Mula-mula 2 persembahan tarian di adakan sambil tu dia beri air kelapa. Jadi masa aku sampai depa dah perabiskan air kelapa. huhuhu aku yang tertinggal ni tak dapat le rasa air kelapa. Sampainya hati depa tak ingat kat aku ya. huhuhuhu. 

Oleh kerana join group lain jadi makan pun segan-segan le. Mana yang ada depan mata je lah. Ada sekali tu ada sepiring ikan di kukus ke apa tak perasan. Depa perabiskan semuanya tak bagi kat aku. huhuhu lagi aku berhuhuhu. Sampai licin depa perabiskan. Sabor je lah. Yang depa tak suka baru tala kat aku. Macam siput gongong tu katanya femes kat Batam. Dan ini yang tujuan utama lunch kat tepi laut ni ialah nak bagi rasa siput gongong. Ada beberapa orang yang tak makan. Aku pun tak rasa sebab siput gongong tu besor lah boleh nampak isi perut dia. Kalau siput sedut aku suka sebab terus syrup masuk tekak. Tang ni kena korek dulu dalam siput baru makan. huhuhuhu nampak le body siput yang bergulung-gulung besor. Tak lalu aku nak makan. Dia masak rebus je.  

Masakan lain ok sedap.


Ni yang paling hujung dari tempat makan kami. Nampak jauh sungguh tu dari laut.


Perjalanan balik ke bas. Kenyang dah jom balik ke tempat lain pulak.


Angin sepoi-sepoi berhembus. 


Ni lah siput gonggong. Besar kan. Korek siputnya dengan lidi tu. Tapi sedap lagi siput sedut masak lomak cili api weiiiiii. hehehehehe

Jom janlan lagi  



4 comments:

  1. Alaa tak best pula kan bila makan tak sama geng, aah kalau besar sangat kak ana pun tak berani juga nak makan siput2 dia ada rasa pelik kan hehe :)

    ReplyDelete
  2. makan dekat pantai best nyer.. cane lah tak bagi makan ikan kukus tu.. tak ingt org belakang sungguh huhu

    ReplyDelete
  3. Saya juga kurang suka gonggong. Bisa makan, tp bukan favorit lah. Lebih pilih seafood yg lain 😅

    ReplyDelete