Wednesday, March 26, 2025

Majlis Berbuka Puasa di Hospital Putrajaya

 




21/3/2025 - Majlis Berbuka Puasa peringkat Hospital Putrajaya (HPj).

Satu majlis berbuka puasa anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Putrajaya dengan kerjasama Unit Pentadbiran Hospital Putrajaya telah diadakan di Lobi Pentadbiran HPj.
Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar bin Mohamad Noor, Imam Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. Majlis turut dihadiri YBrs Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Kemuncak pada majlis ini diadakan solat sunat terawih secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar bin Mohamad Noor. Semoga segala amalan kebaikan kita pada bulan yang mulia ini diteruskan di bulan-bulan yang lain.






Pengarah bersama Dr Hariati dan Dr Munirah.





Berbuka puasa bersama-sama.







Solat terawih bersama-sama.

Kredit Facebook HPJ

Tahun ni memang meriah suasana menyambut Ramadan di Hospital Putrajaya. Dengan kerjasama Kelab kebajikan dan Surau Ibnu Sina ada je aktiviti yang di buat. Selain daripada berbuka puasa dan berterawih bersama-sama terdapat juga Majlis Tadarus dan juga pemberian makanan juadah berbuka puasa yang di edarkan pada setiap hari Rabu pukul 3 petang. Seronok staff hospital dengan aktiviti yang telah di jalankan.


No comments:

Post a Comment