Wednesday, March 26, 2025

Program Ihya Ramadan Hospital Putrajaya

26/3/2025 - Program Ihya' Ramadan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya Siri 4
إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ حِينَ يُفْطِرُ وَحِينَ يَلْقَى رَبَّهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Sesungguhnya Allah Taala berfirman: “Puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya. Dan bagi yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya.” Demi diriku di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi.” (HR Nasa’i, No. 2211, Sahih)
Program Ihya' Ramadan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya diteruskan lagi dengan siri ke 4 yang juga siri pengakhiran bagi tahun ini.
Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang yang sudi turut serta dalam program ini. Jumpa lagi di edisi tahun hadapan.

Kredit Facebook Hospital Putrajaya



Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada tahun ini banyak aktiviti di jalankan sempena Bulan Ramadan. Selain program Tadarus yang selalu menjadi acara wajib bila bulan puasa, terdapat juga agihan juadah berbuka puasa. Selain daripada itu ada juga ceramah Ramadan. 

Pada tahun ini juadah berbuka puasa hasil derma orang ramai telah di adakan pada setiap Hari Rabu pada pukul 3 petang.

                                                    Semua beratur nak ambil juadah


Pada minggu pertama Pengarah sendiri yang merasmikan acara dengan memberikan juadah kepada semua. Alhamdulillah semuga murah rezeki orang yang menderma. Juadah kuih tepung pelita.



                          Semua sengeh je nak dapat free makanan. Alhamdulillah rezeki Ramadan.

Pada minggu ke 2 kita orang dapat kuih Akok. Yang ni katanya Pengarah belanja.  


Sedap kuih akok yang di beri. Lembut. 


Minggu ke 3 katanya dapat Murtabak. Aku ambil off petang tu jadi tak dapat lah rasa murtabak yang di berikan.

Dan yang akhir semalam Roti John.Laris sekali sebab ramai nyang datang nak ambil. Ada 4 barisan tapi barisan 1 hingga 3 cepat habis. Alhamdulillah aku pi ke barisan ke 4 dan Roti John ada lagi. Dapat lah rasa. Ada geng aku tak dapat. Kena tunggu katanya ada batch ke 2.




Hah tenguk lah berderet yang datang





Alhamdulillah syukur rezeki yang Allah berikan. Semuga Rezeki si pemberi Allah limpah kan lagi. Semuga Staff Hospital Putrajaya Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah bagaikan air yang mengalir  agar semua dapat merasa. Aamin

1 comment: