Assalamualaikum,
Kek lapis memang femes juga di indonesia apa lagi kat Batam ni. Lepas pi Anissa kami di bawa ke tempat kek lapis yang katanya tersohor dan sedap di Batam.
Masuk kedai je kami di sajikan dengan pelbagai jenis kek yang telah di potong kecilan untuk di rasa. Part ni memang aku suka sebab boleh makan selagi boleh. hahahahaha. Boleh kenyang tu tak le tapi sakan juga lah ambik tu ambik ni semua rasa lah contoh kek lapis yang ada tu.
Semua serbu nak rasa.
Bila dah rasa emm memang beza sikit lah dari buatan Malaysia. Tapi tekak aku suka lagi kek lapis malaysia apa lagi kek lapis masam manis. Kek lapis serawak pun sedap.
Pekerja kedai tukang promote kedai dia.
Amboiiiii part testing tak habis lagi ke. Kita pun nak rasa juga.
Jenis-jenis yang ada
Pelbagai jenis kek yang ada.
Jenis-jenis yang ada. Bab testing lah yang paling best. rasa sini rasa sana. Last-last tak beli pun. hehehehe Pada tekak aku sedap lagi kek lapis serawak. Tak pandai nak komen apa beza kek lapis Indonesia dengan kek lapis malaysia. Kadang yang indon rasa rempahnya kadang terasa sangat. Manakala versi serawak pula dia ada macam-macam bentuk dan perasa yang pelbagai jenis. Tapi kita tetap sokong lah buatan Malaysia. Kalau Kek lapis serawak macam-macam bentuk kan. Kreatif sungguh orang yang design tu.
Carrie borong banyak juga. Bila bungkus di buat satu kotak. Kata carrie famili dia memang suka kek lapis.
Depan kedai Tiara Bakery. Lepas ni pi makan tengahari.
Tak payah pi belanda...holland pun ado
No comments:
Post a Comment