Thursday, March 6, 2025

Mesej Integeriti - Tuntutan Palsu


 Assalamualaikum,

Sebagai warga gomen memang banyak pantang larangnya semasa bekerja. Bila dengor orang buat tuntutan palsu dalam hati eh boleh ek.... habis kalau kantoi. Macam lah orang kewangan tu tak check claim yang kita buat. hahaha aku ni jujur sangat semasa bekerja jadi memang tak terfikir nak menipu. Lagi pun rezeki yang kita dapat tu nanti tak berkat.

Sekarang zaman serba serbi duit-duit agaknya nak duit lebih orang jadi gelap mata sampaikan sanggup menipu kan. 

Ada kenalan dan kawan baik anak buah aku malahan aku kenal pun yang kena buang kerja di sebabkan menipu  kerana nak duit lebih. Bila dengar cerita kesian pun ada tapi bila ko dah lama kerja dan kena buang kerja tak fikir ke kat anak yang masih kecil. Agaknya ini disebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan jadi lah macam tu. Mula-mula katanya tipu sikit je tapi bila dah seronok menipu jumlah yang banyak akhirnya kantoi. Bila dah kena buang kerja terpaksa meniaga. Buat kuih dan jual. Aku selalu tolong beli kuih muih dia atau jualan yang dia buat. Ni kata anak buah aku dah ikut suaminya pindah ke Perak rasanya. Takde lah aku nak membeli barang jualan dia.

Jadi bagi mereka yang ada nak buat tuntutan palsu janganlah tak berbaloi hidup kalau dikenakan hukuman. Sian kat anak dan isteri. Eh bukan hanya lelaki je yang selalu buat ni kawan anak buah aku kawan perempuan tau. 

  

No comments:

Post a Comment