Assalamualaikum,
Setelah sampai di Batam seharianlah kita orang di bawa meronda mengikut itinari yang telah diaturkan akhirnya selepas melihat Jembatan Barelang ikon tersohor Batam kami pun di bawa ke tempat penginapan di The Hills Hotel. Selama 3 hari kami akan menginap di hotel ini. Bagus juga lah kan tak payah nak kemas-kemas beg. Pagi-pagi keluar hotel , shoping balik tidur. hehehehe
Kawasan Nagoya ni memang femes dengan pelbagai mall dan hotel serta kawasan pelancongan yang macam-macam ado. Meriah bila waktu malam kat kawasan tersebut.
Masa dalam bas kata Pipid ada Spa di sebelah hotel. Siapa yang berminat dapat kopon diskaun 1 ribu rupiah. wah kita orang pun dah teringin nak berspa. Kalau dapat berurut ni emmm mesti syiok kan.
Hotel nun ke dalam tu. Tapi sebelah menyebelah hotel memang hapening. Macam-macam ado. Cafe hipster pun ado emm banyak le cuma aku tak explore kawasan bersebelahan sebab bila balik je dah penat. Tapi kalau sampai waktu malam memang hapening kawasan sekeliling tu.
Ni contoh bilik dalam website dia sebab aku tak ambil gambar dalam bilik banyak sangat. Scary je kan nampak cermin tu boleh tembus bilik air.
Contoh bilik yang lain. Bilik kita orang takde sofa tepi tu. Bila Carrie buka langsir pemandangan tak cantik sebab belakang hotel. Jadi selama 3 hari memang tak selak langsir le. Kalau dapat yang menghadap jalan besar tu memang boleh nampak Nagoya Hotel.
Ni bilik kita orang. Katil best tapi tinggi jenuh lah bila nak tidur. Rasanya macam paras pinggang dia punya tinggi emm rendah sikit kut tapi memang tinggi ko.
Kita orang pun mandi dahulu. Mula-mula masa Carrie mandi nampak le bayang orang mandi tapi nasib baik tak jelas. Tak pasal kang mandi free show je aku dengan carrie. Nampak macam cermin tu jelas tapi sebenarnya bila digunakan ianya berkabus je cermin tu. Jadi takde free show ye. kalau tak mahu kita orang cari kain batik tutup cermin. hehehehe
Oleh kerana cepat siap kami pun pergi ke spa sebelah hotel dan bertanyakan tentang apa yang ada kat situ. Spa tutup pukul 10 jadi kalau balik cepat lepas makan bolehlah kita orang pi berurut. Jadi kami pun booking malam ni. Aku ambil berurut dengan naikkan muka. Bior awet muda gitu. hehehehe
Bila bas sampai kami pun ke Masjid Cheng Ho
No comments:
Post a Comment