Wednesday, March 26, 2025

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2025

 



Assalamualaikum,

Hampir penghujung Ramadan dan semuanya dah bersemangat nak balik Kampung. Aku pun nak balik kampung esok. Walaupun kedua ibu dan bapa telah tiada namun rumah pusaka di kampung tetap kami meriahkan seperti sebelum-sebelum ini. Hari Raya pertama adalah hari untuk kami semua adik beradik berkumpul. Tahun ni Kak Jal suka lah sebab anak serta menantu dan cucu dari Brunei dapat balik beraya di Malaysia. 

Kalau ikut pengiraan yang hadir semuanya 85 daripada 95 ahli keluarga Bakri. Semuga tahun ini meriah lah sambutan raya kami sekeluarga. Barang bantuan rahmah pun Jol dah belikan dan hantar balik muo. 

Sempena bulan baik ini aku memohon sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan daripada semua samada kenal atau pun tidak samada tersengaja atau tertulis kata yang mencoret hati dan sanubari maafkan lah aku ya. Kadang kita rasa ianya hanya sekadar gurauan tapi ada pula yang terkecil hati. Jadi harap maaf lah ye. Yang baik datangnya dari Allah yang tidak baik itu adalah sifat diri ku yang lemah. Semuga yang baik-baik saja Allah permudahkan buat semua. 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.  HATI-HATI DI PERJALANAN

Ucapan selamat hari raya daripada aku serta staff Jabatan Rekod Perubatan

Program Tadarus dan Khatam Al - Quran di Hospital Putrajaya

 

Program Ihya Ramadan Hospital Putrajaya

26/3/2025 - Program Ihya' Ramadan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya Siri 4
إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ الصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ حِينَ يُفْطِرُ وَحِينَ يَلْقَى رَبَّهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Sesungguhnya Allah Taala berfirman: “Puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya. Dan bagi yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya.” Demi diriku di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi.” (HR Nasa’i, No. 2211, Sahih)
Program Ihya' Ramadan Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya diteruskan lagi dengan siri ke 4 yang juga siri pengakhiran bagi tahun ini.
Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang yang sudi turut serta dalam program ini. Jumpa lagi di edisi tahun hadapan.

Kredit Facebook Hospital Putrajaya

Rewang Bubur Lambuk oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya

 


Acara berlangsung di tempat Parking Endokrine aras LG


24/3/2025 - Rewang Bubur Lambuk Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya

Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya (KSK HPj) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Rewang Bubur Lambuk. Program ini sebagai tanda sama-sama meraikan kemeriahan bulan Ramadan di samping menyediakan juadah berbuka bagi kakitangan HPj yang sedang bertugas. Program ini sejajar dengan visi KSK HPj yang turut menjaga kebajikan kakitangan HPj, selain daripada menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan ahlinya. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya. Sesi pengagihan kepada kakitangan telah disempurnakan oleh YBrs Dr Mohammad Khairol Anwar Bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II HPj.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menyumbangkan usaha dan tenaga. Salam Ramadan.

Kredit Facebook Hospital Putrajaya


Gotong royong menyediakan bahan untuk bubur lambuk



Entah berapa periuk agaknya sebab staff ramai yang nak diberikan.


                                                    Setelah masak dimasukkan ke dalam bekas


Dr Khairul Timbalan 2 yang berbaju melayu warna merah pun turut serta. Entah-entah tukang gaya menacau bubur je kut.  


Bersama pengarah dengan Timbalan 1 Dr Hariati dan Timbalan 2 Dr Khairul


Sweet semuanya


                                                             Sama-sama bergotong royong


  Sudah masak dan di bungkus Dr Khairul mengedarkan kepada staff Hospital. Sedap bubur lambuknya. Kita orang dapat 2 bekas tiap sorang. Alhamdulillah syukur semuga tahun hadapan buat lagi.



Majlis Berbuka Puasa di Hospital Putrajaya

 




Mitos vs Fakta - Bersenam ketika berpuasa


 


Pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah Hospital Putrajaya telah di tauliahkan Hospital Mesra Ibadah. Sekarang macam-macam kena buat. Akreditasi lah, hospital mesra ibadah lah ,cafe sihat lah. Ini semuanya pengiktirafan kepada hospital.

Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu program Islamisasi pengurusan yang telah dilaksanakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2014 lagi. Konsep HMI bertujuan mengangkat konsep kesihatan secara holistik yang merangkumi aspek fizikal, psikologi, mental dan spiritual kepada keseluruhan kakitangan hospital, pesakit dan pelawat. Objektif utama kajian ini adalah untuk memberi gambaran awal kepada masyarakat bahawa peri penting konsep ini untuk dilaksanakan dalam masyarakat.  

Bukan mudah ya sebab kena ada audit dengan Jakim untuk mendapat pengiktirafan tersebut. dan akhirnya dapat certifikate untuk tempuh 3 tahun. Alhamdulillah

Amalan Sunnah pada Hari Raya Aidil Fitri


 

Sunday, March 23, 2025

Terkonang semasa Dolu - Time Ramadan

                              

Thursday, March 20, 2025

Tip Ramadan - Tip Bersenam di Bulan Ramadan

 

Assalamualaikum,

Dah sampai penghujung Ramadan. Sedihnya nak meninggalkan Ramadan dan menemui Syawal. Bulan puasa walaupun penat tetap boleh bersenam juga tau. Apa lagi macam kita ni yang hanya duduk depan pc je. Sesekali kena buat rengangan juga. 

Kalau layan penat je emmm sapa pun penat, orang yang berkerja keras membanting tulang tu lagi penat apa lagi bekerja di bawah cuaca panas terik. Ni kita emmmm dalam aicon pun nak kata penat. Peluh pun terkejut nak keluar. hehehehe

Jadi puasa bukan alasan bagi kita untuk tidak bersenam. Boleh tapi berpada-pada lah ya. Ok lah nak jengket kaki ni. Lepas tu nak gelek-gelek pungung bagi ramping sebab dah turun sikit berat badan. Baru turun sikit dah pung pang pung pang. Kang nanti jumpa syawal agak-agaknya naik toing-toing kut.  huhu


Wednesday, March 19, 2025

Batam - Hari ke 2 - Makan di tepi pantai



 



Assalamualaikum,

Video di atas adalah acara semasa datang. Ianya di buat bagaikan menyambut tetamu gitu. Comel-comel lepas tu dia ajak tetamu ikut sama berjoget. Yak yak yeh. 



Carrie pun join sama


Pemandangan yang kami lihat semasa datang. Air sedang surut agaknya kalau air pasang mungkin lagi cantik kut.


Jauh sungguh tebing dengan lautan. Agaknya kalau air pasang boleh berenang ke sebab nampak tak dalam pantainya, 



Tu dia ko dah habis. Masa sampai aku terus menonong cari bilik air sebab dah tak tahan sangat. Jadi bila dah lega terus lah masuk ke dalam. Sekali tenguk geng aku dah penuh 1 meja dengan orang lain. Aku je yang keseorangan tak ada tempat nak makan. Terpaksa lah join geng lain yang ada kosong. 

Mula-mula 2 persembahan tarian di adakan sambil tu dia beri air kelapa. Jadi masa aku sampai depa dah perabiskan air kelapa. huhuhu aku yang tertinggal ni tak dapat le rasa air kelapa. Sampainya hati depa tak ingat kat aku ya. huhuhuhu. 

Oleh kerana join group lain jadi makan pun segan-segan le. Mana yang ada depan mata je lah. Ada sekali tu ada sepiring ikan di kukus ke apa tak perasan. Depa perabiskan semuanya tak bagi kat aku. huhuhu lagi aku berhuhuhu. Sampai licin depa perabiskan. Sabor je lah. Yang depa tak suka baru tala kat aku. Macam siput gongong tu katanya femes kat Batam. Dan ini yang tujuan utama lunch kat tepi laut ni ialah nak bagi rasa siput gongong. Ada beberapa orang yang tak makan. Aku pun tak rasa sebab siput gongong tu besor lah boleh nampak isi perut dia. Kalau siput sedut aku suka sebab terus syrup masuk tekak. Tang ni kena korek dulu dalam siput baru makan. huhuhuhu nampak le body siput yang bergulung-gulung besor. Tak lalu aku nak makan. Dia masak rebus je.  

Masakan lain ok sedap.


Ni yang paling hujung dari tempat makan kami. Nampak jauh sungguh tu dari laut.


Perjalanan balik ke bas. Kenyang dah jom balik ke tempat lain pulak.


Angin sepoi-sepoi berhembus. 


Ni lah siput gonggong. Besar kan. Korek siputnya dengan lidi tu. Tapi sedap lagi siput sedut masak lomak cili api weiiiiii. hehehehehe

Jom janlan lagi  



Batam - Hari Ke 2 Kuih Lapis Tiara Bakery Batam

 




Assalamualaikum,

Kek lapis memang femes juga di indonesia apa lagi kat Batam ni. Lepas pi Anissa kami di bawa ke tempat kek lapis yang katanya tersohor dan sedap di Batam. 

Sunday, March 16, 2025

Yeh yeh dapat sampul raya rare

 


Assalamualaikum,

Hari sabtu baru ni tiba-tiba nampak sampul J&T besar atas nama aku. Eh sapa pulak ni. Sekali rupanya dapat sampul raya dari REN.  cantik dan rare lah pada aku sebab tuan dia buat sendiri. 


Dengan secebis tulisan tangan dari tuan rumah. Terima kasih ya

Hah apa lagi klik lah blog dia kat bawah ni. Tarikh tutup dia seminggu sebelum raya. Hah jom jom jom

Batam - Hari ke 2 - Masjid Agung (Masjid Engku Hamidah)

 


Assalamualaikum,

Lepas melawat icon welcome to Batam kami ke Masjid Agung pula atau nama lain dia ialah Masjid Engku Hamidah.


Cantik masjid nya. Warna biru dan putih melatari bangunan tersebut. 


Kami bersama Pipid TG Batam


Kebetulan pulak pakai baju warna biru.... Biru mata hitam ku hehehehe


Kita orang ambil gambar di kawasan sekeliling ni je. Tak nampak pun ada yang masuk atau aku terlupa patutnya ambillah gambar didalam masjid kan. Dok syiok gambar di luar sampai lupa nak ambil gambar didalam dia.

Batam, Batamnews - Masjid Agung di Batam, yang sebelumnya dikenal dengan nama Masjid Agung Batam Center, kini resmi berganti nama menjadi Masjid Agung Raja Hamidah. 

Pembangunan masjid ini berlangsung pada masa kepemimpinan Wali Kota Batam, Muhammad Rudi, dan pemberian nama baru tersebut memiliki makna historis yang dalam, menghormati salah satu pahlawan Melayu, Engku Puteri Raja Hamidah.

Merujuk pada Kitab Tuhfat Al-Nafis karya Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat, yang terletak di Provinsi Kepulauan Riau, menyimpan banyak kisah perjuangan heroik putra-putri Nusantara melawan penjajahan. 

Di tengah kisah perlawanan Kerajaan Riau-Lingga-Pahang melawan Belanda dan Inggris, Engku Puteri Raja Hamidah tampil sebagai sosok wanita tangguh, istri dari Sultan Mahmud Riayat Syah, yang memegang peranan penting dalam menjaga kedaulatan kerajaan.


Peran Penting Engku Puteri Raja Hamidah

Engku Hamidah, putri sulung dari Raja Haji Fisabilillah dan Ratu Emas, dikenal sebagai tokoh yang teguh mempertahankan simbol kedaulatan kerajaan, yaitu Regalia. Simbol tersebut berupa daun sirih besar terbuat dari emas yang hanya digunakan untuk penobatan sultan. 

Engku Hamidah dengan berani menyembunyikan Regalia tersebut agar tidak jatuh ke tangan penjajah, karena jika simbol ini direbut, kerajaan akan tunduk pada kekuasaan Belanda dan Inggris.

Peninggalan sejarah mencatat bahwa Engku Hamidah adalah satu-satunya perempuan yang berani berperang di Pulau Penyengat, mengikuti jejak ayah dan suaminya. 

Ia dianggap sebagai sosok yang memegang teguh adat istiadat Melayu, menjaga simbol kedaulatan kerajaan dengan segala resiko yang dihadapi.

Tokoh Pluralisme dan Emansipasi Perempuan

Sejarawan Abdul Malik dari Universitas Maritim Raja Ali Haji menyebut Engku Hamidah sebagai tokoh pluralisme. Dia mampu menyatukan warga dari berbagai etnis seperti Melayu, Bugis, Tionghoa, dan Minangkabau di bawah satu payung kerajaan. 

Salah satu contoh kehidupan pluralis ini terlihat dalam pernikahan Tan Tek Seng, seorang pemimpin Kapitan Tionghoa, yang menggelar pernikahan dengan memadukan adat Tionghoa dan Melayu.

Sejarawan lain, Raja Malik, menambahkan bahwa Engku Hamidah juga layak dianggap sebagai simbol emansipasi perempuan. Di masa itu, tidak banyak perempuan yang mengambil peran sebesar Engku Hamidah dalam bidang politik, sosial, budaya, pertahanan, dan keamanan. 

Ia tidak hanya menjadi pelindung Regalia, tetapi juga menjadi benteng terakhir dari kedaulatan kerajaan.

Pertimbangan Nama Masjid Agung Raja Hamidah

Nama Masjid Agung Raja Hamidah dipilih dengan berbagai pertimbangan, di antaranya:

  1. Pertimbangan Historis: Raja Hamidah adalah tokoh yang memainkan peran penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga, sehingga pemberian nama masjid ini merupakan bentuk penghormatan terhadap jasa beliau.
  2. Pertimbangan Geografis: Masjid Agung Batam terletak di Jalan Engku Putri, yang merupakan nama lain dari Raja Hamidah, menciptakan keterkaitan simbolis antara nama jalan dan nama masjid.
  3. Pertimbangan Filosofis: Dalam bahasa Arab, nama "Raja Hamidah" memiliki arti mendalam, yakni "orang yang selalu memuji Allah", yang memberikan makna religius yang kuat untuk sebuah masjid.
  4. Pertimbangan Sinergis: Di Kota Batam sudah ada Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, sehingga penamaan Masjid Agung Raja Hamidah diharapkan dapat menciptakan sinergi yang baik antara dua masjid yang merepresentasikan pasangan tokoh penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga.
  5. Penamaan Masjid Agung Raja Hamidah ini bukan sekadar pemberian nama, tetapi bentuk penghormatan atas perjuangan besar seorang perempuan dalam menjaga kedaulatan kerajaan dan menjadi simbol kekuatan perempuan Melayu.

Kredit Batam News



Monday, March 10, 2025

Keselamatan makanan sempena Ramadan


 

Jom Perhati dan Pilih:

 

Pilih Premis Makanan Bersih dan Selamat.

 

Amalkan LIHATHIDU DAN RASA 

 

Langkah mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.

 

Sebarang Aduan berkaitan kebersihan premis makanan boleh dihantar terus ke Whatsapp Aduan melalui Kod Imbas atau talian berikut:

 

Whatsapp Aduan: 012 – 8484 378

 

 

“Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama”

 

#PerhatiDanPilih

#bkkmjkwpklp

Thursday, March 6, 2025

Mesej Integeriti - Tuntutan Palsu


 Assalamualaikum,

Sebagai warga gomen memang banyak pantang larangnya semasa bekerja. Bila dengor orang buat tuntutan palsu dalam hati eh boleh ek.... habis kalau kantoi. Macam lah orang kewangan tu tak check claim yang kita buat. hahaha aku ni jujur sangat semasa bekerja jadi memang tak terfikir nak menipu. Lagi pun rezeki yang kita dapat tu nanti tak berkat.

Sekarang zaman serba serbi duit-duit agaknya nak duit lebih orang jadi gelap mata sampaikan sanggup menipu kan. 

Ada kenalan dan kawan baik anak buah aku malahan aku kenal pun yang kena buang kerja di sebabkan menipu  kerana nak duit lebih. Bila dengar cerita kesian pun ada tapi bila ko dah lama kerja dan kena buang kerja tak fikir ke kat anak yang masih kecil. Agaknya ini disebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan jadi lah macam tu. Mula-mula katanya tipu sikit je tapi bila dah seronok menipu jumlah yang banyak akhirnya kantoi. Bila dah kena buang kerja terpaksa meniaga. Buat kuih dan jual. Aku selalu tolong beli kuih muih dia atau jualan yang dia buat. Ni kata anak buah aku dah ikut suaminya pindah ke Perak rasanya. Takde lah aku nak membeli barang jualan dia.

Jadi bagi mereka yang ada nak buat tuntutan palsu janganlah tak berbaloi hidup kalau dikenakan hukuman. Sian kat anak dan isteri. Eh bukan hanya lelaki je yang selalu buat ni kawan anak buah aku kawan perempuan tau. 

  

Tuesday, March 4, 2025

Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya Doodleby REN

 

                                                               Hadiah sampul duit raya 
What do you think about this blog?

25 Tahun penubuhan Hospital Putrajaya

Dr Ruqayyah Syakirah binti Mazwar dari Jabatan Ortopedik telah terpilih sebagai pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan! Wah Disebalik kesibukan boleh lagi mereka logo jubli perak HPJ.