Info ni aku dapat dari kasinah. Oleh kerana ianya baik jadi aku war-warkan untuk renungan bersama. Semuga ianya mendatangkan kebaikan buat semua.
Warna’ Disebalik Waktu Solat
SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber: www.zahazan.net
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Thursday, May 20, 2010
Thursday, May 6, 2010
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Rahsia mengenai surah Yassin ni aku dapat daripada En Md Jessree. Jika ianya untuk kebaikan apa salahnya di war-warkan untuk semuakan! Semuga ianya mendatangkan keberkatan kepada semua. Amin.
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Sunday, May 2, 2010
Rindu terlerai akhirnya
Bergaya ala kuch kuch hota heiiii
1hb Mei baru ni aku balik kampung. Dah lama tak balik sampaikan mak kata aku dah kaya asyik kerja ja sampai tak ingat nak balik kampung. Amin mudahan makbul doa mak. Aduhaiiii kalau dah kuar sound macam tu emmm dah sah le lama sangat aku tak balik kpg padahal baru 2 bulan. Jadi oleh kerana data dah ok dah tak buat Ot lagi jadi aku pun balik le muar.
Sampai kat bangi dah jem sampai ke senawang. Slow je kenderaan. Lepas tu sampai kat Simpang Empat Toll Alor gajah jem juga. Lah kat melaka ada apa pulak ni ke depa semua nak pi Afamosa. Aduhaiiii bila cuti semua tempat liburan penuh sesak dgn org. Lepas tu sampai kat toll Air keroh dah jem juga. Aku ingatkan ada accident ke apa ambil le jln tengah tapi bila tgk jalan belah kanan ok je keretanya aku pun cilok ke kanan. Hah betul lah kalau hanya laluan paling laju je yg boleh jalan sebab rupanya sesak nak masuk Toll Air keroh. Aduhaiiii. Mata dah le ngantuk bawa tengahari buta ni jadi aku terus call kak jal ada tak kat rumah. Jadi masuk Toll Tangkak je aku pun terus ke rumah kak jal. Makan tengahari lepas tu lepak. Oleh kerana kak Ijah nak datang jadi aku tunggu lah. Sempat lagi tenguk dapurnya yang sedang di renovate. Wah cantik kabinet dapur rumah kak jal. Ni kalau mak nampak mesti le dia jeles sebab kabinet dapur yang di buat dulu tu banyak sangat problem almaklumle tukangnya orang Indon. Bukan tak nak majukan melayu tapi kalau buat tiles orang cina buat memang cantik tapi mahal lah, tapi sekurang-kurangnya puas hati takde le nak murah tapi lepas tu banyak sangat problem yg timbul. Buat sakit hati je.
Bila dah confirm balik kampung ni aku terus sms Aini minta alamat rumahnya kat melaka. Jadi balik hari ahad nanti aku nak singgah. Tak tau la pulak dia dah bermastautin kat Bemban. Aku ingat dia masih kat Sg Abong rupanya tak lama aku dapat kerja di Kl dia pun pindah melaka. Almaklumle hubbynya org melaka. Aku rasa mesti kat kampung rumah hubbynya lah tu.
Pukul 2 pm lagi lepas siap semua aku pun balik KL. Balik awal sebab nak singgah Bemban. Lalu highway melaka lepas tu masuk Bemban. Sampai kat pekannya aku dah confuse. Ada 2 simpang ni. Belah kanan ke tangkak manakala ke kiri ke Air molek. Mana satu ni? Aku pusing ke kanan sekali nampak pulak signboard ke KL. Lah mana taman rumah aini ni? Jadi berhenti lah ke tepi jalan. Contact Aini lagi. Rupanya aku dah salah ambil simpang. Dia sepatutnya simpang ke kiri. Tak pe turn balik. Tak lama kemudian belok kanan hah betul lah taman Bemban baru. Masuk lagi lah mane simpang rumahnya ni. Pusing balik ke kedai depan tu nak confirm betul ke Taman Bemban baru tu. Betul lah kalau tenguk signboardnya dan contact lagi. Oh ada padang permainan rupanya dan belok kanan. Ok Pusing balik hah nampak padang Tapi rumah dia yang mane. Rupanya nun hah yang hujung sekali.
Alhamdulillah sampai juga teratak Aini. Windunya kat dia maklumle kali akhir tahun 2004 masa tu anak keduanya baru meninggal dan aku datang beraya di rumah maknya sambil bertanya khabar tentang aruah anaknya. Masa tu aini masih di kota tinggi. Masa aku dapat balik muar dia dah dapat tukar ke muar dan ngajar di sekolah Bt 2. Lepas tu aku dapat tukar ke KL kerana naik pangkat terus tak tau cerita lagi bagaimana. Dan baru-baru ni dek kerana penangan Facebook dapat contact semula. Rupanya dah bermastautin kat melaka la pulak.
Dalam masa 2 jam rasa sekejap je masa berlalu. Rasa tak puas bersembang. Macam-macam lah kami bercerita sampaikan suaminya yang kat kebun pun dah balik masih lagi tak habis cerita. Maklumle nak imbasbalik kenangan lalu yang dah berjaman di tinggalkan. Cerita masa kat asrama lah tentang kawan lah dan macam-macam lagi. Lepas habis SPM dulu aku baik dengan Aini dan Mas sebab kami satu jalan. Dengan Masniah sebab rumah atoknya sebelah rumah mak saudara aku kat Batu 17 Air Hitam muar. Adik mas pulak satu sekolah dgn adik aku Faizol. Manakala aini pula anak saudara aku kahwin dengan org kampungnya. Dan lagi kami serasi maklumle sama-sama jawa dan org kampung le katakan. hehehe
Rumah aini tu best juga sebab depan tu kebun buah-buahan. Wah syok ni kalau musim durian aku cakap kat aini boleh le aku mengendeng rasa sama. hehehehe Tak kisah lah tapi dok kat rumahnya tu maklumle dekat kampung kan jadi suasana kampung tu masih lagi terasa walaupun dah jadi taman.
Sebelum balik KL kami pun berposing le sebab aku nak tunjuk kat Anifah dan kawan Hostel yang lain kami dah reunion dulu. Depa nak buat reunion bulan 6 nanti time cuti sekolah, tapi aku dah jumpa aini dulu sebelum jumpa geng yang lain. Bukan apa dah windu sangat. Jadi walaupun sekejap cukup lah dulu. Ada masa kalau aku balik kampung masih lagi boleh singgah. Pukul 5 aku pun hai hai bye bye dulu dengan aini semuga ada umur boleh datang lagi. Apa pun rindu bertahun terlerai juga petang ahad itu. Semuga ukhwah yang terjalin ini berterusan hingga akhir hayat. Amin
Depan rumah
Bergelak santai berdua
Subscribe to:
Posts (Atom)