Assalamualaikum semua.
Sekejap je dah bulan November. Tinggal sebulan je lagi tahun 2020 akan di tinggalkan dengan memori yang lain dari tahun sebelum-sebelum ini. Semuga kalian semua di lindungi Allah dari wabak virus Covid 19 ini.
Putrajaya masih lagi dalam PKPB(Perintah kawalan Pergerakan bersyarat) tapi kita orang kena kerja juga. Oleh kerana tak boleh ke sana ke sini, dan hari tu gaji dah masuk tiba-tiba Dr hafiz tanya apa nak lunch ni. Sesekali makan besar jadi order makanan luar lah.
Bincang punya bincang, wah macam le perbincangan penting. Akhirnya DD syorkan jom kita shellout nak. Wah best juga tu. Apa lagi lah suruh lah DD search online shellout yang best dan harga pun ok.
Akhirnya DD dapat yang dari Bangi. Bila ambil kombo RM 159 untuk 5 orang makan lepas tu Dr Nafisah dan Dr Erwyn pun nak join jadi harga seorang dalam RM 23. Kira ok lah tu. Siap ada air sirap lagi dia bagi . Jadi terus je booking dan kami pun terus collect duit lah.
Sekali sampai je.....wah semua pun teruja. Apa lagi lah terus je siapkan meja. Dia siapkan sekali plastik alas makanan. Dr Erwyn pun terus je tuang atas plastik yang diberikan.
Dapat air sirap. Sodap je.
Puan suhaya pun ada tumpang order juga. Tapi dia ada geng makan tersendiri.
Sebelum makan posing dulu. Lepas tu apa lagi jom lunch
Tu dia masing-masing terus tunduk menikmati makanan shellout kami. Ada ketam, sotong, baby lobster. kupang, lala serta sikit sayur. Seronok je tangan masing-masing mengagau makanan. Makan ramai-ramai macam ni seronok.
Ada baby lobster lagi. Tapi tak banyak.
Hah tu dia licin kau. Hahahaha nampak sangat tengah kebulur. hehehehe. Lepas tu ada lain staf yang nampak kami makan beramai-ramai tanya kenapa tak cakap kalau tahu nak join sama. Nampak gaya ada edisi ke 2 pulak nanti bagi siapa yang tiada dan nak join sama.
Alhamdulillah bershell out kita weiiii.