Monday, December 15, 2014

Lamanya bersawang huhuhu



Assalamualaikum,

Ayoyo ama...Aduhaiiiiii bersawang sungguh rumah aku.... huhuhu dari bulan Julai santak sampai la dah nak habis tahun 2014. Teruk sungguh aku. Ni kalau masuk rumah main terjah je, sah-sah le jin bertendang ke hantu pochong ke dok bersidai bergosip kat mesyuarat tingkap, awat le tuan tanah kedawung tak menjengah depa  hahahaha sakan sungguh depa bergosip ek. Hish hish hish.

Sebenarnya pada bulan Julai tu kan  bulan puasa sibuk dengan ibadah puasa tiba-tiba dikejutkan dengan  tragedi MH 17 yang berlaku pada hari jadi aku terus menyentap hati dan perasaan aku nak menulis. Sedih bila teringat-ingat apa lagi bila terbayang-bayang kapal terbang Mas berkecai dek bahana bom manusia durjana. Dah le MH 370 masih lagi tak tahu apa dah jadi padanya. Ni tiba-tiba pesawat MAS kena tembak pula. Tahun ni memang banyak sungguh tragedi berlaku. Apa pun hanya pada Tuhan kita bermohon semuga tanah air ku yang tercinta Malaysia serta rakyatnya sentiasa didalam rahmat dan limpah kurnia Allah hendaknya. Aamin. Semuga Malaysia sentiasa aman dan damai, sentiasa dilimpahi rezeki serta selamat aman dan sejahtera. Aamin. Ya Allah aku bersyukur diatas segala limpah kurnia mu Ya Allah.

Bulan Julai yang lalu aku di naikkan pangkat, alhamdulillah lah syukur di atas limpah kurnia rezeki yang Allah bagi. Tapi sebab masih lagi belum ada penganti bagi jawatan aku yang lama, kerja aku pun jadi double berdouble. Kalau bos kecik memahami dan nak membantu takpe lah juga ni tak malahan pulak bos kecik no 1 dan bos kecik no 2 ni memang selalu je nak cari pasal dengan aku... huhuhu aku boleh jadi sakit jiwa tau melayan kerenah mereka berdua. Dah le Big boss memang perangai tahap dewa, yang bos kecik berdua ni pun tersampuk juga lah konon2  depa species dewa juga. huhuhu masak aku kena layan bos kecik 2 ekor ni. Kalau tak sabar huh memang tak tau le nak cakap macamana. Tak paham aku dengan manusia yang ada pangkat sikit ni terasa macam wah dah besor sangat kuasa. Marah orang pun macam kita ni tak ada perasaan je. depan orang ramai pulak tu. Kalau ko perfect sangat takpe le juga tapi sebab dek kuat mengaircod big bos wah lagak pun kalah big bos yee.

Kadang tension sungguh layan budak muda berijazah yang bagaikan rasa dah besor sangat kerja dan pangkat serta kelulusan depa. Kalau marah je aku masih boleh terima tapi kalau sampai menghina orang, memang aku tak boleh terima. Ko siapa hah nak hina orang. Ko dan aku sama je disisi Allah. Mahluk ciptaan Allah SWT. Yang membezakan diantara kita cuma amal ibadah kepada Allah SWT.

Tapi kalau aku sama naik nak marah dan hina depa tak guna juga sebab aku tak nak sama perangai macam depa so sabar je lah yang boleh aku buat menghadapi hinaan dan kemarahan bos kecik dua-dua ekor tu. Semuga satu masa nanti mereka bertemu buku dengan ruas, baru tahu tinggi ke rendah langit tu. Buat masa ni selagi aku boleh sabar hanya kekuatan sabar dalam diri je yang aku boleh terapkan semuga aku kuat menghadapi dugaan di masa depan. Apa pun aku hanya boleh berdoa dan memohon pada Allah semuga Allah memberi aku kesabaran dan kekuatan tahap tertinggi menghadapi kerenah manusia yang sedang lupa diri. Apa pun dunia ini ibarat roda ok. Masa ni ko rasa ko kat atas, nanti satu masa bila Allah tarik semua kelebihan ko, hah baru tau bahawa setiap perbuatan kita akan mendapat balasannya. Tak semestinya kena tunggu balasan di akhirat je.      

Aduhaiiii kawan-kawan ku sekelian maaf lah ye diatas keceluparan bahasa patah perkataan aku diatas tu. Maaf banyak-banyak. Aku sedang tension tahap gaban dengan kerenah manusia yang rasa dia tinggi dan besar sangat kuasa yang mereka ada sampaikan lupa bahawa Allah lah yang maha besar mengatasi sekelian makhluk di dunia ini.

 Astaghfirullah Al 'Adzim  Astaghfirullah Al 'Adzim  Astaghfirullah Al 'Adzim  Ampun kan aku YA Allah dan berilah aku kekuatan dan kesabaran Ya Allah agar aku kuat menempuh semua ujian mu ini. Aamin