Assalamualaikum,
Sebelum ni bila pergi Blog Jea je aku dah terpegun melihat Gunung Batok di Bromo tapi kali ni bila dah berhadapan... Ya Allah begitu indahnya ciptaan Allah. Terpegun aku melihatnya. Dengan awan yang meliputi bagaikan kapas melitari gunung. Tapi percutian kali ini emm macam-macam drama king terjadi. Kalau dari awal planning cuti tidak berjalan lancar, maka sehingga ke akhirnya lah ianya akan bermasalah.
Dengan membawa kawan yang sakit tapi tidak menerima kenyataan yang dia masih tidak sihat, dengan drama Queen lagi, lepas tu agen yang baru berkahwin 2 membawa bersama isteri barunya yang baru 3 bulan di nikahi, lagak bagaikan berhoneymoon saja, lepas tu dengan banyak tempat yang terpaksa di skip hanya kerana keadaan tidak sesuai dengan orang yang berkerusi roda, lepas tu agen tu tipu lagi. Huh memang stress sungguh kami kali ini. Lepas tu telah berkenalan dengan Pak Hendra yang menawarkan harga yang jauh lagi rendah malahan lengkap dengan penginapan, yang kalau nak lihat Bromo buka tingkap je dah depan mata, dengan pengangkutan serta siap dengan makanan malahan di tawarkan lokasi ladang epal yang bila masuk tu boleh petik dan makan sepuasnya kerana ianya adalah ladang kawan Pak Hendra bukan macam wisata Agro kesuma limited 2 biji petik jambu dan epal dan makan di luar. Huh memang aku tak puas hati walaupun dapat panjat pokok epal.
Apa pun nampaknya kena repeat lagi lah pergi Bromo ni. Sebab memang tidak puas hati... hehehehe banyak tempat terpaksa di lepaskan. Cerita lebih lanjut nantilah aku cuba cerita. Tapi yang tak boleh blah tu aku jumpa air anti Stress. Sekali di cuba sampai 2 gelas lepas tu aku rasa ngantuk dan tidur. hahahahahahaha
Drebar Pak Hendra gelakkan aku malahan dia repot kat Pak Hendra gelagat aku yang dapat air anti stress terus dah tak stress lagi. hahahahahaha Nak tau air apa air anti stress tu jeng jeng jeng air timun lah yang telah di blender. Sejuk dan nyaman je rasanya.
Frust sebab nak naik kuda posing ala-ala cowgirl engak dapat dong. Gue terkeciwa sih. Bromo aku mau datang lagi.
Update terkini:
Kemungkinan ada sesiapa yang berminat nak ke Bromo boleh cuba hubungi Pak Hendra. Ni aku letakkan gambar kad namanya. Terima kasih pada sesiapa yang telah membaca cerita-ceritit saya. Semuga Allah memurahkan lagi rezeki Pak Hendra hendaknya.