Wednesday, April 29, 2020

Terkonang semasa dolu sambut Ramadan


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semalam dah start PKP Fasa ke 4. Jadual kerja baru naik jadi aku kena kerja 2 hari untuk minggu ini. Tapi dalam bulan mei ni ada 3 hari cuti iaitu Cuti Hari Pekerja, cuti Wesak dan cuti Nuzul Ouran. Banyak cuti pun sejak PKP ni rasadah bercuti walaupun kerja kat rumah. 

Ok lah.... kita masih dalam bulan ramadan ni tiba tiba terkonang semasa dulu lah pulak. haiiiii  Dolu-dolu zaman belum ada peti esbok merasa lah air batu bersalut dengan serbuk kayu. Ni zaman 70an masa tu kecik lagi jadi memori tu ingat-ingat lupa. Tapi ingat lah Aruah bapak bawa bungkusan surat khabar kat belakang basikalnya. Yang kita orang pelik napa ada air berceceran. Sekali bila di buka rupanya air batu ketul. Nak tahan lama salut dengan serbuk kayu lepas tu di balut dengan kertas surat khabar. Unik kan. Sekarang dah tak jumpa dah beli air batu macam tu sebab masing-masing ada peti sejuk sendiri untu buat air batu sendiri. 


Budak -budak kan seronok lah bila tenguk ada air batu.  Air batu tu kami ketuk jadikan kecil-kecil air batu . Lepas tu aruah mak aku pulak buat cendul sendiri. Ada gula merah buat air gula. Santan pulak petik kelapa depan rumah hah parut sendiri untuk di jadikan santan. Lepas tu semua bergabung jadilah  menu berbuka kami cendul ais... masa tu dah rasa sedap sangat.  Bukannya selalu dapat makan sedap macam tu.  Tapi kami tak ada mesin buat hancurkan air batu tu. Kalau ada emmmm lagi best. Ala mesin yang orang jual cendul tepi jalan tu. Air batu seketul macam tu sesuai lah buat ais lagi best buat ais kepal. emmmm terbayang-bayang je. hehehehehe



Hah macam tu lah rupanya air batu yang di jual.  di gergaji lepas tu salut serbuk kayu dan di bungkus dengan kertas surat khabar. Murah je masa tu 10 sen ke 20 sen tak ingat dah.


Sebelum masuk Ramadan selalunya Aruah mak lah yang paling sibuk sekali. Dia akan buat persediaan membuat telur masin sendiri.  Hah satu balang pasu dia buat. Beli telur itik dan letak garam didalamnya. Masukkan juga air. Lepas tu sorok kan bawah pangkin. hehehe   Telur asin ni adalah juadah kami bersahur setiap pagi. 

Jadi selalunya setiap pagi untuk sahur, menu kami adalah ringkas je. Telur masin yang telah di rebus lawan dengan sambal udang kering dengan sayur bening samada kentang atau kobis yang ada soohoon di dalamnya. Kadang sedap sikit ada lauk ikan. Ikan masak kicap atau masak taucu. Kalau tak ada ikan goreng telur pun sodap. 

Sambal udang kering tu senang je buatnya. Udang kering di rendam. lepas tu tumbuk dengan lada merah. Kalau nak pedas lada lebihkan lah. Hah tu je. Lepas tu dalam pinggan perahkan air limau nipis lawan dengan ulam timun. perghhhhh sedap sekali. hehehehe Masa tu walaupun hidangan simple tapi nikmat dan keberkatan sahur tu begitu terasa. Lauk ayam dapat makan masa raya je. Tu pun guna ayam bela sendiri. 

Kalau nak makan ayam hah kejor lah ayam keliling rumah. Dapat tangkap bagi aruah bapak sembelih.  Lepas tu aruah mak aku sedia kan periuk air panas untuk rendam ayam yang nak di masak tu untuk lembutkan bulu ayam. Hah lepas tu bergotong royong membersihkan bulu ayam sampai togel. Memori mencabut bulu ayam tu memang seronok. Cabut bulu ayam di balik-balik banir pokok kat tepi parit. Nanti kalau lambat sangat cabut bulu ayam maklum le budak-budak buat kerja sambil main-main.....hah apa lagi kena leter le.  

Bila dah tua-tua ni teringat aruah mak dan aruah bapak. Al fatihah buat kedua orang tua aku. Kata orang tua-tua masa bulan Ramadan lah roh mereka balik menjenguk anak-anaknya. Betul ke tidak wallahualam. 

Selamat berpuasa semua.

Wednesday, April 22, 2020

Selamat menyambut Ramadan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ramadan datang lagi.  Kali ini berbeza sebab kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 3, dan berkemungkinan pada tahun ini tidak dapat sambut raya di kampung halaman tercinta. huhuhu sedih ni. Apa pun semuga kuman Covid 19 nyah di muka bumi ini.

Agak-agak kita ada peluang tak balik kampung beraya bersama keluarga. Kalau kita tenguk  situasi sekarang memang lah kes positif semakin berkurangan tapi selagi tiada kes baru di kesan untuk jangka masa yang lama mungkin fasa PKP seterusnya dapat di bubarkan. Tapi susah juga ni nak cakap. Tenguk ja lah macam kat singapura, mula-mula tak banyak kes sekali kluster warga asing huh mencanak-canak kes positif di kesan. Dah le seberang tambak je tu. Risau juga ni.

Apa pun sekarang kita sambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada hikmahnya Ramadan dalam PKP ni. Mungkin banyak amal ibadah dapat di pertingkatkan dan amalan dapat di tambah seiring dengan keadaan kita yang banyak masa di rumah. Semua yang berlaku ada sebab dan musababnya yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.  Setiap musibah yang melanda kita sebenarnya mungkin ada hikmahnya. Bersangka baik lah dengan Allah.


Ya Allah semuga semua rakyat Malaysia yang di jangkiti cepat sembuh dan semuga keadaan kembali seperti biasa seperti dahulu. Semuga yang berlaku dapat membuat kita menghargai setiap apa juga milik kita yang Allah kurniakan yang mungkin selama ini kita pandang ringan sahaja. Apa pun juga yang berlaku kita doa banyak-banyak semuga Allah melindungi kita dan semua rakyat Malaysia di mana jua kita berada. Aamiin.

Selamat menyambut Ramadan buat semua yang membaca dan juga semua kenalan yang ku sayangi. 

Wednesday, April 1, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan... pergi kerja kena tahan huhuhu



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Diharapkan semua yang berada di rumah sihat walafiat hendaknya dari di jangkiti corona virus Covid 19. Dijauhkan lah hendaknya ya.  2 minggu di rumah nampak je best tapi stress bila tenguk kenaikan data dan kematian yang semakin bertambah. huhuhu sedih bila fasa ke dua datangnya daripada kluster tabligh yang berkumpul di Masjid Seri Petaling. Sedih bila melihat orang-orang yang alim dan baik di jemput Allah. Mungkin ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku dan janganlah kita membenci puak tabligh diatas kejadian yang menimpa, sebab kita tidak tahu siapa punca yang membawa virus sehingga menular dalam kelompok perhimpunan tersebut.  Apa pun pihak KKM sedang berusaha keras untuk memutuskan rangkaian virus tersebut. Jadi kita doakan supaya staff KKM yang berkhidmat di barisan hadapan sentiasa Allah lindungi dari di jangkiti virus yang sedang mengganas nanti. Semuga Allah lindungi mereka yang berkhidmat untuk negara khasnya dan untuk rakyat malaysia amnya. Aamiin

Kalau kita perhatikan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun masuk fasa kedua. Fasa pertama ialah pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Untuk fasa pertama pihak pengurusan telah membuat pengiliran kerja bagi staf-staf tertentu yang penting dalam perkhidmatan. Dalam kelompok staff dalam pejabat kami ada terdapat doktor-doktor juga pegawai perangkaan serta pegawai Rekod Perubatan. Jadi pada fasa pertama terdapat 2 kali pengiliran berkerja. Pada fasa pertama nama aku tidak tersenarai jadi kerja lah kita di rumah. Nasib baik kerja merging tinggal beberapa persen sahaja untuk menyiapkan lapuran tahunan. 

Tapi apa bila PM memaklumkan pada 25 mac 2020 bahawa PKP akan di lanjutkan lagi disebabkan masih belum nampak penurunan kes Covid 19 bagi fasa kedua pula iaitu daripada 1 hb April 2020 sehingga  14 April 2020. Kali ni bila membuat pengiliran jadual kerja baru nama aku pula naik minggu pertama.  Bagus juga nama naik sebab mengenangkan kerja yang masih belum siap walaupun kerja di rumah tapi  banyak bahan data  ada di pejabat. 

Jadi pagi ni semangat lah nak pergi pejabat setelah 2 minggu relax sambil bekerja di rumah. Sekali sampai di pekan Sg besi ada roadblock.  Ah sudah. Mula-mula seronok bila tenguk tidak banyak  kenderaan di jalanraya  sekali sampai pekan sg besi kena tahan ATM. Nasib baik telah sediakan surat kebenaran bekerja tapi disebabkan pagi dan gelap lagi aku tunjukkan je pas kerja pejabat.  Malas nak scrol surat dalam handphone. Alhamdulillah askar tu baik dan nasihatkan aku hati-hati di jalan raya. 

Sambung lagi perjalanan tapi  sampai sebelum Toll Besraya Sg Besi ada lagi road block dan kali ni pula ialah polis.  Macam tadi aku tunjuk ja pass kerja . Nasib baik dia beri laluan tu pun aku dah panik sampaikan masuk gear 1 pun aku terlupa. Hah cam tu sekali takutnya aku .  hehehehe Begitu takutnya pagi-pagi dah kena tahan polis padahal kita keluar kerana bertugas bukan saja-saja nak jalan-jalan makan angin.

Aku sampai kat pejabat break rekod 30 min dah sampai selalunya 45 atau 1 jam daripada Ampang.  Itu ikut kelajuan biasa ya bukan rempit sesuka hati tau. 

Maklumlah ini adalah pengalaman pertama PKP bagi aku jadi macam seram sejuk juga lah bila keadaan sunyi dan sepi. Setiap pagi pukul 6 pagi dah keluar rumah, selalunya jalan dah mula sibuk tapi kali ni bila lalu di MRR2 lengang je rasa seram juga.  Seronok tu mmemang le seronok sebab takde kenderaan dan tak jem pun jalan tapi bila sunyi tu keadaan jadi menyeramkan sebab pagi subuh sapieee tu ya. Kalau dah siang tu lain cerita.  Apa pun keadaan ni hanya sampai 7hb. Lepas tu minggu kedua orang lain pula yang kena ganti bertugas.

Apa pun jom lah kita doa beramai-ramai semuga wabak Covid 19 ni Tuhan tarik dari muka bumi ini. Sembuhkan lah mereka-mereka yang telah di jangkiti dan lindungilah mereka-mereka  yang belum di jangkiti. Lindungilah semua rakyat Malaysia daripada kuman virus Covid 19. Semuga segala bencana ini hilang sebelum Ramadan menjenguk muka. Aamiin.