Thursday, February 21, 2013

Best Friend Forever aka BFF


Assalamualaikum,

Hangpa semua ada bestfriend tak? Mesti adakan. Kalau tak ada best friend pun mesti ada kengkawan kan. Hah kali ni aku nak cerita lah pasal BFF ni ataupun best friend forever. Semasa aku sekolah rendah dulu, aku ada  seorang kawan, aku ingat namanya Norashikin Mohamad kalau tak salah. Lama wei dah tak ingat, zaman dolu-dolu punya citer. Masa darjah 2, aku baik dengan shikin ni sebab dia baru tukar sekolah dan tak ada kawan lah jadi masa rehat kami berdua makan bersama. Kalau aku bawa sandwich 2, satu aku bagi kat dia kiranya share sarapanlah. Entah macamana pada masa aku darjah 4 terdapat 3 orang yang dapat nombor 1-3 dan dapat tukar ke kelas pandai iaitu aku, shikin dan lagi sorang, aku lupa nama dia iaitu anak cikgu Saleh. Tapi shikin pula bila naik darjah 5, kena pindah lah pulak sebab ayahnya kena tukar ke JB. Jadi aku dan anak cikgu Saleh je yang tukar kelas. Selepas tu aku dah tak ada kawan baik cuma kengkawan je. Faham kan kengkawan je maksudnya hanya kawan je tapi kiranya tak rapat. Dan aku terus terputus hubungan dengan Shikin. Entah macamana rupanya Shikin masih meneruskan persahabatannya dengan anak cikgu saleh ( aku lupalah namanya entah siapa ya) dan dia terus tak ingat aku. Aku dapat tahu pun bila di darjah 6 bila anak cikgu saleh tu dapat kad raya dari Shikin. Dari dia lah kalau aku tahu mereka masih bersahabat walaupun Shikin nun jauh di JB. Sedih aku bila dapat tahu Shikin tak ingat kat aku lagi padahal masih aku ingat lagi dari darjah 2 sehingga darjah 4 kami rapat dan selalu share sarapan, sekali bila dah jauh dia cuma ingat anak cikgu Saleh tu aje. Almaklumlah aku cuma anak kampung je manakala anak cikgu Saleh tu bapa dia cikgu. Bila dah jauh dia terus lupa kat aku huh. Alahaiiiiiii kawan. Jadi ini bukan namanya istilah BFF lah ya.

 Bila aku naik sekolah menengah, aku memang tak ada kawan. Dapat  pulak offer duduk di asrama sebab tersenarai dalam tawaran rancangan khas sebab periksa penilaian darjah 5 dapat bagus. Walaupun rumah akak dekat kat Tg Agas, aku nak juga duduk kat asrama kunun-kunun nak berdikari lah katakan. Itu pun aku dah terlambat masuk, kawan lain yang sekelas dah masuk asrama dulu baru aku masuk. Jadi loker terpaksalah share dengan Kak Ijat senior aku yang belajar di tingkatan 3. Dah beberapa bulan dok asrama baru pandai menyesuaikan diri. Tapi still tak ada best friend tau. Menyelit kawan sana menyelit kawan sini. Hahaha dok menyelit je.

 Entah macamana satu hari tu Kak R (Lupa namanya nanti nak carik kat FB siapa namanya) jumpa aku. Dia nak tukar loker dengan aku sebab memudahkan, maklumlah kak Ijat dan dia sekolah belah pagi makala aku dan Aini (geng loker akak R) pula belah petang. Aku pula tak fikir yang bukan-bukan kata ok je lah jadi masa hari minggu, kami pun berkemas dan tukar loker. Loker tu best sebab betul2 kat hujung dekat dinding. Senang nak nyorok. hahahaha. Dari situ lah aku mula mengenali BFF aku yang bernama Aini. Dari jadi member satu loker kami terus bersahabat dan rupanya aku tahu ada cerita disebalik cerita yang menyebabkan akak R tu nak tukar loker dengan aku. Ya Allah, sabarnya Aini dengan fitnah yang melanda. Aku ni satu dorm pun tak tahu apa cerita yang berlaku almaklum lah tak kisah hal orang lain pun. Depa bergosip aku tak ambik port pun.

 Aini ni terer melukis, ingat lagi masa form 1 kelas lukisan dia yang ajor aku melukis. Kiranya tu le pertama kali lukisan aku menjadi kalau tak emm hampeh, tangan aku memang tak berseni. Apa pun sepanjang 5 tahun bersahabat dengan dia di asrama aku memang tabik spring kat dia sebab menjadi sahabat yang susah senang bersama. Bila senang bergelak bersama bila susah menangis bersama-sama.  

  Selepas habis SPM, aku di bandar S, dia di KL namun kami masih berutus surat sehingga entah macamana setelah berkahwin dan jadi org Kota kami terputus hubungan sehingga FB menemukan kami yang rupanya dah tak jauh nun di Melaka. Apa pun Aini lah best friend aku forever.

 Masniah pula banyak kaitannya sebab rumah atoknya sebelah dengan rumah mak saudara aku. Aku sama kelas dengan Mas dan adik aku Faizol sama kelas dengan Bahari. Mak Mas pula kenal dan baik dengan mak aku. Lepas tu isteri Bahari pula adik kak Mon yang merupakan kawan baik dengan akak aku di Institut Latihan perindustrian KL. Aku kerja di bandar S, dia pun kerja di Bandar S juga kerana suaminya Orang bandar S dan suaminya pula mengenali housemate aku di bandar S iaitu Kak Mar yang katanya ada kaitan saudara juga antara Kak Mar dan suami Mas. Lepas tu adik Ipar Mas berkahwin dengan aruah Rashidah Abu Bakar yang merupakan junior kami semasa di asrama. Fuh banyak sungguh perkaitan antara aku dan Mas.

                                                                 Mas dan family tercinta

 Norkhanifah pula, kami rapat bila sama-sama ambil SPM semula walaupun bersekolah swasta yang berlainan sebab rumah akak aku dan rumah mak dia berdekatan di Tanjong Agas. Lepas tu bila dah berkerja, kami satu kementerian iaitu Kementerian Kesihatan. Aku kerja di hospital S, dia training staffnurse di JB. Dan semasa aku kursus di JB, aku menyelinap tumpang bermalam di bilik hostelnya sebab tak ada tempat tidur. Itu pun selepas dia dah habis training terus terputus hubungan dan Fb juga yang menyatukan kami.  


                                                            Semasa reunion sekolah

 Apa pun mereka bertiga merupakan BFF aku yang paling aku sayangi kerana keikhlasan dan kejujuran semasa bersahabat. Semuga silaturahim kami semua berpanjangan walaupun kami semuanya berjauhan. Oang kata jauh di mata tapi dekat di hati sentiasa.
  

Monday, February 18, 2013

Penangan citer I Miss U di TV9



Assalamualaikum,

 Siapa peminat cerita korea? Hah angkat tangan, alololo macam le aku nampak siapa yang angkat tangan tu tapi tak pe kiranya aku ada ramai geng hantu citer  korea kat malaysia ni. Sejak di landa penangan Winter Sonata banyak Korea drama  yang best telah ditayangkan di Malaysia. Malahan stesyen 8TV selalu menyiarkan drama korea pada pukul 8.30 sehingga 9.30 mlm. Sekarang ni sedang ditayangkan City Hunter lakonan Lee Min Hoo. Best juga. Tapi yang tak bestnya bila ditayangkan di 8TV dia dah alihbahasa ke bahasa cina hah tang tu yang tak best sebab tak boleh nak dengar bahasa korea. huhuhu

 Dan baru-baru ni TV 9 pula ada slot Saranghae pada setiap Hari Ahad pukul 10 mlm selama 2 jam tayangan. Ni kiranya filem lah sebab sekali tayang dah habis bukan slot setengah jam sahaja tayangannya. Member aku ramai juga yang hantu citer korea ni malahan suka download kat internet. Diaorang tak suka dok melangut menanti tayangan kat Tv sebab nak tahu cepat ceritanya bagaimana, hah jadi  tu lah kerjanya download kat internet. Aku pulak suka tenguk kat tv dan tak suka sangat sekali hadap dah habis walaupun hati menguja ja nak tahu bagaimana episod seterusnya. Boleh pulak lagu tu ek. Ala ikut masing-masing punya suka lah. Sebabtu masa terjebak edisi download mendownload ni ambik le juga tapi menengoknya huh hampeh last-last tunggu ditayangkan kat tv je lah. hahahaha padahal malas nak tenguk kat screen pc yang cinonit tu. Last-last bila external drive tu nak pakai terpaksalah buang cerita yang dah di download tu.

 Ok selain Slot Saranghae terbaru Slot Chamsarang pula akan menayangkan drama bersiri yang diberi nama ‘I Miss You’, pada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam, bermula 28 Januari. Drama yang dibintangi pelakon popular Korea seperti Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae, masih lagi disiarkan di Korea pastinya membuatkan anda terpaku di depan tv!


Drama bersiri yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki mabuk. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh. Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Tanpa disedari, mereka telah saling jatuh cinta.
Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo. Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun Swiss.
Ibu Hyung-joon merancang untuk untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menybabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.
14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo telah menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon. Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.
Sekian lama berada di luar negara, akhirnya Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.
Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ .
Opss nak cerita kalau siapa pernah tenguk cerita Love sad Song yang dimainkan oleh Kwon Sang woo, pelakon Yoo Seong Hoo tu merupakan pelakon yang memainkan watak sebagai Kwon Sang woo semasa kecil . Masa tu dia comel ja la ni dah besar remaja dah tapi tetap hensem. Macam juga pelakon Moon Geun Young yang berlakon sebagai Song Hye Kyo semasa kecil dalam Autumn in my heart. Sekarang ni dah besar dah memegang watak utama pelakon wanita seperti cerita Cinderella's sister.

  Jom jom meh kita layan cerita ni. Best woooo katanya sedih punya. huhuhu laku lah kedai tisu. Lagu-lagu dia pun best syahdu je bila part Hero teringat heroin yang terpisah tu. 
Kredit to TV9 website. lain kali tayang cerita lagi best ya.


Thursday, February 7, 2013

Cerita lawak lagi







Assalamualaikum,

Kita sambung cerita lawak lagi lah ya. Sebab memang tengah tension tahap gaban ni dengan kerja, jadi nak kasi ringan kan kepala otak sat. Ok layan je lah. Nanti kalau ada lagi cerita lawak yang aku jumpa aku kidnap dan tepek kat sini lah ya. Nak cerita jenjalan emmm belum ada idea walaupun dah ada beberapa post aku dah karang.

Jom layan


Kisah nama panjang dengan cikgu Ajoi


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi :  “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik :         “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab dan berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik :        “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik :        “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.


Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian :          “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian :          “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%



Monday, February 4, 2013

Ady Putra serbu booth Karyaseni




 Assalamualaikum,

 Wah memang havoc sungguhlah booth karyaseni bila kena serbu dengan peminat Ady Putra. Sampai bertolak-tolak semasa nak dapatkan tandatangan. Alahaiiii hero pujaan lah katakan. Hebat sungguh penangan Ady Putra. Alkisahnya kejadian tersebut berlaku semasa hari sabtu baru-baru ni, dimana berlangsungnya Pesta buku 1 Malaysia di PWTC. Oleh kerana ianya juga bersamaan dengan Karnival Karangkraf di Shah Alam, kitaorang ambil keputusan hanya ke PWTC sahaja sebab pelbagai penerbitan ada. Dan bila tahu Ady Putra nak datang kat booth Karyaseni apa lagi, aku ajak nacha dan kaknoor pergi dalam pukul 10 lebeh.

  Sampai je PWTC, jengah kat booth Kakinovel sekejap lepas tu tuju kat booth Karyaseni. Diwar-warkan pukul 11 tapi kat booth Karyaseni takde pun. Meja penulis ada namanya tapi orangnya tak ada lagi, yang ada penulis lain. Orang berderet beratur kat kaunter bayaran. Kitaorang pusing keliling booth dahulu lah sekali rupanya kat pentas Utama dah berlangsungnya penulis novel teduhan kasih dan Ady Putra menjawab soalan dari pengunjung yang datang. Alkisahnya kalau tak salah terbitan Karyaseni ada 3 novel yang menjadi drama dan 1 novel menjadi Filem iaitu suamiku Ustaz dimana heronya adala Ady Putra. Drama teduhan kasih juga heronya Ady Putra juga. Wah laris lah novel tersebut.

 Selesai sessi diatas pentas, Ady dgn pengawalnya di bawa ke booth Karyaseni. hah masa ni lagi dahsyat. Yang geramnya jenuhlah beratur beli buku lepas tu beratur lagi nak minta sign tapi sampai kat belakang aku dan nacha terus dia kata Ady dah habis sessi bersama peminat dan nak pergi ke airport nak balik Singapore. huh angin juga aku dan nacha sebab dah berbaris panjang dan lama menunggu. Tapi apa pun nasib baik sampai turn aku dan nacha dapat signature dia. Kalau tak dapat ada yang kena bakor booth tu sebab dah mengamuk. hehehehe. Entah sapa lah yang jadi hulk gugurl tu ye.



                                                          Baru sampai ke booth

                                                     
                          Multi tasking sungguh dalam pada wawancara tangan dok sign buku.

                                                           Sign buku aku yeh

 Selesai sign buku, kita orang pi booth NB Kara lah pulak. Boss NB sambil jual buku sambil jual tudung, siap dgn brooch lagi tau. 3 Layer punya patern. Nacha sambil beli buku sambil beli tudung. hahahaha dapat warna yang dia berkenan. Depan booth NB kara ada lah poster Ustaz Azhar Idros. Huh besor sungguh posternya. Kata sue NB, dia tak boleh nak buat sembarangan sebab Ustaz Azhar dok tenung dia. hahahahahaha kitaorang dok gelak ja. Sue tu selalu brutal la ni kena jaga tingkah laku sebab ada yang memandang. hehehehe

Poster Ustaz Azhar

 Pukul 3 lebeh ja kita orang dah chau. Kiranya kali ni aku cuma beli 5 ja buku iaitu 2 novel Alaf dan 3 novel Karyaseni. Break rekod sungguh ni. Ala bukan apa, member opis dah kirim jadi tangan dah berat pegang kiri kanan, jadi beli yang memikat hati ja, yang lain-lain boleh beli masa pesta buku bulan 4 nanti hah masa tu dok perabih beli. Baca alahaiiii mood sedang merundum lagi. Beli tak pulak hilang mood. Adehaiiiii 




Psss... untuk big boss karyaseni, lainkali kalau nak panggil retis datang kat booth pastikan tempat sign tu yang bersesuaian dan pastikan buku yang dipegang untuk sign  telah dibayar. Sebab kami berjumpa 2 kes orang ambil buku tapi main ke depan je nak sign yang telah dikenalpasti tak bayar. Kes 1, budak depan aku yang dah beratur nak sign Ady, tapi aku tak nmpk dia pegang beg plastik sebab kalau dah bayar dia masukan dlm beg plastik. Rupanya bila di tanya belum bayar, aku pun usya dia lah suruh bayar, aku jaga tempat dia beratur. Nasib baik budak perempuan, jadi dia pun rasa bersalah dan pergi bayar. Kes ke 2, nacha yang jumpa sebab masa kita berdua dah berasak depan Ady nak sign, tiba-tiba ada seorang lelaki mencelah, nacha bengang lah kita dah berderet kat kaunter bayaran kemudian beratur lama nak dapatkan sign Ady, lelaki tu terus nak menyelit je kat depan. Entah apa yang nacha cakap dengan lelaki tersebut tapi nacha dah dapat kesan lelaki tu tak bayar pun buku tersebut buat selamba ja. Itu 2 buku yang dapat kami kesan. Agaknya dah berasak-asak ramai orang kalau jenis ambil tak reti nak bayar huh boleh bangkrapsi le tokeh karyaseni tu. Orang zaman sekarang bukannya kira hak orang ke, orang punya ke, apa ke janji dia boleh belasah dia belasah lah. Janji lepas tembolok dia,  padahal milik orang lain. Kalau hanya nak sign lepas tu pergi bayar tak pa lah juga, ni yang jenis ala orang tak perasan pun huh memang lesap lah.