Assalamualaikum,
Alhamdulillah majlis Pelancaran MyHDW hasil kerjasama antara KKM dengan MIMOS telah berjalan lancar. Majlis telah di rasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk S. Subramaniam.
Bersyukur sangat sebab dah selesai , selagi tidak selesai asyik meeting je untuk berbincang mencari cara yang sebaiknya bagaimana majlis itu dijalankan. Malahan sebanyak 2 kali rehearsal dijalankan.
Aku punya part cuma pendaftaran jadi bersiap sedia di meja pendaftaran lah. Semua listing nama dah siap tinggal menunggu para peserta yang hadir yang merangkumi pelbagai jenis. Ada yang dari Hospital Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Hospital Angkatan Tentera, Hospital Universiti juga para media. Bila melibatkan Menteri dan para media banyak protokol yang perlu di ketahui supaya acara berjalan lancar.
Sebelum masuk ke dalam dewan Menteri Kesihatan serta Dif terhormat diberi penjelasan mengenai MyHDW.
DG of Health Newsflash
Pagi ini merupakan satu detik bersejarah buat KKM. YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Malaysian Health Data Warehouse atau MyHDW yang merupakan sistem pengumpulan data kesihatan secara elektronik, efisyen dan terkini.
Sistem pintar ini dibangunkan oleh kepakaran tempatan hasil kerjasama KKM dan MIMOS. Ianya merangkumi data kesihatan daripada hospital dan klinik awam dan swasta, termasuk Hospital Angkatan Tentera Malaysia dan Hospital Universiti, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia, dan lain-lain agensi berkaitan kesihatan di Malaysia.
Pelancaran MyHDW membuka satu lagi lembaran baru dalam usaha Kerajaan ke arah perancangan sektor kesihatan yang berasaskan kepada evidence-based decision making. Usaha ini bagi mewujudkan sektor awam yang lebih responsif, berorientasikan prestasi, inovatif serta berupaya memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti melalui penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang terkini.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan
Tulisan Ketua Pengarah KKM didalam facebooknya.
Jom daftar.
Acara sedang berlangsung. Antara tetamu yang hadir
Pelancaran di jalankan.
Pengarah Bahagian Perancangan mengiringi Ketua Menteri ke Bilik Sidang media bersama para media.
Bersama rakan rakan seperjuangan bagi menghasilkan data kesihatan yang tip top.
Rakan-rakan sepejabat yang bertungkus lumus sama-sama berusaha supaya majlis berjalan lancar.
Bergambar kenang-kenangan bersama Dato S. Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian juga Pengarah Perancangan setelah selesai majlis pelancaran.
Dah habis jomlah kita balik pejabat. Ni dalam lif