Sunday, June 19, 2022

Jamuan Perpisahan Buat Sahabat yang Bersara


 Assalamualaikum,

Jumaat minggu  lepas kita orang geng Rekod Perubatan buat lunch special kat Bora Ombak Putrajaya meraikan Kak Adah yang akan bersara bulan ni. Ikutkan dia pencen bulan 8 tapi ambil awal habiskan cuti yang banyak tu. Jadi orang bersara bukan selalu kan jadi kami pun meraikannya di luar pejabat.

Semua sepakat lunch kat Bora Ombak. Selain daripada itu kita orang buat juga tukar-tukar hadiah. Ala buat suka-suka. Semua pun suka sebab tak pernah buat dan ini adalah pertama kali Unit Rekod Perubatan buat majlis macam ni.

Hari kejadian kami minta izin dengan TP nak keluar awal lunch. Apa lagi lepas lunch ada geng lelaki yang nak pergi solat. Jadi apa lagi dapat izin je hah meh le kita kuar pi lunch.

Monday, June 13, 2022

Hari Penderma Darah Sedunia




Assalamualaikum,
Selama 6 tahun aku jaga data Bloodbank hari ni baru aku tahu rupanya hari ni Hari Penderma  Darah Sedunia. Alahaiiii loratnya aku ni....hehehehe



Setiap tahun, 14 Jun diisytiharkan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


Ini bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.

Tema tahun ini adalah ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’

Terima kasih penderma darah  A , B , AB dan O

Penderma darah merupakan wira kepada semua kerana 1beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Wow begitu berharganya darah yang pihak penderma dermakan. Jadi sesiapa boleh sahaja menjadi wira dengan menderma darah mereka. Hah apa lagi pi le derma darah . Jom jom jom. Jom Derma Darah



Thursday, June 9, 2022

Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2022

 



Assalamualaikum,

Alahaiiiii lemau sungguh la ni nak menulis. Memang lemau sesangat lepas raya ni nak mencoret dalam rumah aku ni.  Oh semangat kemana kah ko berada. Semangat menulis ni kadang jap ada jap elek...huhuhu memang jeles sungguh kat sha, amie dan  nohas, yang hari-hari menulis banyak pulak tu. Hish hish

Ok lah sekarang ni kan sedang cuti seminggu dan juga pesta buku sudah bermula. Dah 2 tahun takdak pesta buku dan juga dah beranjak dari selalunya bulan 4 dah ke bulan 6 pulak.  Sejak JS menutup kedainya pada tahun 2018 nak pi pesta buku dah rasa malas. Malas sebab tak leh nak berkubang kat JS punya booth sambil membeli sambil berjumpa kengkawan. Rindu masa-masa itu.