Wednesday, July 31, 2024

Panorama malam di Tanjung Agas Muar







 Panorama waktu malam di Taman Rekreasi Tanjung Agas...

Kredit : Hasrul Hafize Photography


Assalamualaikum,

Rupa-rupanya kalau rajin keluar malam time balik kampung kita akan melihat pemandangan yang indah serta suasana meriah di waktu malam di bandar Muar. Pemandangan yang di atas ni pula ada satu tempat rekreasi di seberang Jambatan Muar dan dekat dengan masjid Ke 2 serta Kilang ST yang semakin hari aku tenguk semakin besar kawasannya.

Time balik kampung selalunya dok je berkumpul ramai-ramai adik beradik aku jadi jarang le masuk bando. Tu pun kalau ada urusan hah baru le masuk Bando Muo.

Apa pun sesiapa yang rajin berjalan hah datang lah ke Bandar Muo. Telah di istiharkan bandar terbersih tahun bila lupa aku. Hah kena google. Apa pun aku bangga dengan Bandar Muar yang semakin caantik dan semakin pesat pemandangan dan pembangunan nya.

Cruise pun dah ada tapi biasa le orang luor yang cuba orang muo emmm pandang dari jauh je. Lorat kan. Patutnya penduduk muo kena meriahkan cruise tersebut dan mesti mencuba menaikinya. Hah nanti aku cuba le naik kalau pi bando Muo tu.

Tapi petang memang cun kalau nak ambil gambar di tanjung Emas tu. Nun di hujung tanjung Emas tu memang sesuai nak posing ke OOTD ke. Jadi apa lagi meh le singgah ke Bandar MUO.

Cakna ICD 11

 


Assalamualaikum,

Tahun 2024 KKM telah melancarkan pengunaan koding ICD 11 bagi semua statistik kesihatan. Jadi kita orang warga hospital lah yang kena belajar bagaimana nak kod menggunakan ICD 11. Sebelum ni ICD 10. Perubahan masa dan setelah 10 tahun pihak WHO akan update versi terkini ICD. Apa lagi dengan jenis penyakit baru yang timbul. Contohnya masa time kovid. Terpaksa di wujudkan kod baru semasa patient admit wad dan dah discharge.   


Apapun ini sebagai information buat semua.


Yang ini adalah bagi pengekod ICD di semua Jabatan Rekod Perubatan di Hospital KKM. 


Koding yang betul untuk penyakit tersebut

Lawatan Kerja Hospital Raja Perempuan Zainab 11

 


Assalamualaikum,

Sepanjang tahun 2024 ni ada je lawatan kerja ke Hospital Putrajaya sejak kami mendapat persijilan Akreditasi MSQH pada awal tahun 2023. Dan banyak je hospital yang sedang menjalani Audit Akreditasi MSQH.  Jadi bagi hospital yang sedang bercadang untuk memohon Akreditasi MSQH jenuh lah membuat lawatan kerja di Hospital yang telah mendapatnya.  Banyak kerja tau untuk menyediakan Jabatan kita untuk Audit tersebut. Ini aku tenguk bila mendengar penerangan Puan Hanum semasa proses penyediaan dan soal jawab semasa Audit di jalankan. Banyak kerja juga perlu dibuat. 

Friday, July 26, 2024

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MAK JEMAH FC & JKWPKLP FC

 



Assalamualaikum,

Aku dapat dari email post master. Wah ada Mak Jemah FC ye. Tenguk muka macam artis Kamal Adli dan beberapa artis lain. Pelawak pun ado tu. Lupa nama dia..

Hah apa lagi orang Putrajaya boleh lah pi tenguk perlawanan tersebut. Kasi gempak gitu ye

Wednesday, July 17, 2024

Genap 10 tahun Tragedy MH 17 - dan Syukur Alhamdulillah buat diriku

 

                                            Rangka MH 17 yang cuba di sambung semula.
Peristiwa adalah kekejaman ke atas orang awam yang tak sepatutnya jadi sasaran keganasan. - Foto Reuters

Tuesday, July 9, 2024

Buli Siber- Apa yang anda perlu tahu

 




HENTIKAN PERBUATAN BULI SIBER

❌
📱🖥️ Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti e-mel, laman rangkaian sosial (seperti Facebook), mesej atau permainan internet.
🚨Jika ia memenuhi definisi gangguan siber, insiden boleh disabitkan hukuman undang-undang dan hukuman penjara.
🏥Seperti buli lain, buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.
💥 Ketahui mengapa buli siber lebih dahsyat daripada jenis-jenis buli yang lain dan tindakan yang boleh anda lakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber.

sumber: Facebook KKM


Assalamualaikum,

Rupanya buli siber ni dasyat kan kalau tidak boleh di bendung akibatnya. Selalu tenguk Kdrama boleh rosak masa hadapan jika ianya menular dengan begitu kejamnya tanpa mengetahui adakah ianya benar atau salah. Kesian mangsa bila tidak boleh melawan walaupun ianya tidak bersalah.
Hish penangan kdrama le ni buat aku seriau tenguk buli siber ni.




Gotong royong di PBBR



Assalamualaikum,

Acara yang selalu kami buat dan selalu bermasalah bagi kami ialah stor simpanan fail Pesakit. Jadi aktiviti gotong royong mengangkat Fail Pesakit untuk di pindahkan ke stor ke 2 di PBBR merupakan acara wajib. Bilik Stor Fail hanya boleh menampung 2 tahun je simpanan. Bila masuk tahun baru kenalah mengemas untuk di pindahkan. 

Thursday, July 4, 2024

Menyambut kepulangan Jemaah Haji dari Mekah



Assalamualaikum,


Hari Ahad yang lepas kita orang ramai-ramai menyambut Jemaah haji yang pulang ke malaysia. 14 Mei yang lalu kan kita orang buat  rombongan menghantar bakal haji. Jadi kali ni dah 44 hari kakak yang no 5 berada di Mekah dan nak kembali ke Malaysia. Alhamdulillah lah kata dia semuanya Allah permudahkan dan berjalan lancar. 

Ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha




    Lempu yang di jadikan korban di sembelih di tempat kami membelinya. Lepas tu dah disembelih barulah di bawa ke Muar  dengan lori yang di pandu oleh Suami Ika. Ni kat Batu Pahat ni.


Assalamualaikum,

Cerita hari raya Aidil Adha yang lalu. Dah nak masuk awal Muharam baru nak up citer. 

Raya Aidil Adha yang lalu kami ada buat ibadah korban adik beradik. Oleh kerana Kak ambah berada di tanah suci Mekah jadi Kak Jal lah jadi chef tukang masak masa pagi raya. Kiranya orang tangkak beraya di muo.

Wednesday, July 3, 2024

Lawatan Sambil belajar dari pelajar UITM Puncak Alam

 


Assalamualaikum,

Semalam dalam pukul 9 lebih ada lah sekumpulan pelajar UITM datang berkunjung. Mereka ni semuanya pelajar semester pertama yang mengambil pengkhususan Teknologi Maklumat.