Wednesday, May 15, 2024

Peka Bahasa - Medical term




 

Assalamualaikum,

Jom belajar bahasa medical. Biasa guna tapi bila di alihkan bahasa ooooo itu maknanya. hehehe

Thursday, May 9, 2024

Jamuan Raya Pejabat

 


Assalamualaikum,

Semalam merupakan syawal terakhir manakala hari ni walaupun dah habis raya tetap ada Jabatan yang membuat januan raya iaitu Jabatan Farmasi. Pergilah sekejap tengahari tadi.

Lawatan Hospital Pulau Pinang

 

Assalamualaikum,

Semalam ada lawatan muhibbah daripada Hospital Pulau Pinang. Ini adalah disebabkan mereka akan menjalani akraditasi MSQH pada tahun hadapan. Oleh kerana Hospital Putrajaya dah berjaya jadi banyaklah hospial yang datang berkunjung untuk mempelajari bagaimana nak buat bila time audit Akriditasi tersebut.  

Monday, April 29, 2024

Marhaban pada Hari Raya ke 4

 


Assalamualaikum,

Tinggal syawal 10 hari lagi aku baru nak up pasal marhaban di kampung aku.  

Haha rare sungguh ni menjamu orang Marhaban dengan Ubi Godok aka Ubi Rebus. Dapat yang empuk perghhh mantol.

Friday, April 26, 2024

Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya di HPJ


 

Assalamualaikum,

Setelah bertungkus lumus menyediakan pentas jamuan akhirnya pagi 24hb 4 2024 pun hadir. Pagi tu semua dah cantik jadi pi lah beramai-ramai ke pentas untuk mengambil gambar Jabatan Kami.


Semuanya ayu-ayu belaka.


Lepas tu Pengarah datang tenguk kami semua. Apa lagi ajak pengarah bergambar bersama. Lepas tu Pengarah sibuk menunggu Dif Terhormat sampai. Aku tak jenguk pun bilik VIP sebab sambil makan sambil mendengar live band. Syiok beb.



Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi. Hah apa lagi lah kami pun pergi ke booth yang telah siap sedia menyediakan juadah masing-masing. Yang belum siap ialah Satay, Ayam golek, Kambing golek dengan Nasi Minyak. Tapi booht yang lain yang dah ada ialah Laksa Penang , ni kombinasi Jabatan kami dengan Unit Penyeliaan  serta Jabatan lain yang kecil staffnya. Sedap kuah laksa Penang yang kami tempah. Makan masa panas emm sedap.

Lepas tu booth lemang dengan Roti jala, Desert dan kuih muih pun ada tersedia. Tahun ni katanya tidak banyak booth tapi menu yang besar serta kapasiti di perbanyakkan untuk 1000 orang. Sebab dapat komen tahun lepas banyak staff yang tidak dapat makan sebab dah habis. Jadi tahun ni cadangan menu tak banyak tapi kuantiti banyak. Tapi kambing golek memang mantol lah sebab Radi care sponsor 5 ekor. Lepas tu Unit apa tah 2 ekor lagi. Memang tergolek-golek le makan kambing golek. Tu pun tidak dikeluarkan semua. Sebab pukul 1 tengahari portion kedua untuk staff yang kerja petang dapat menikmati juadah sama.   



Tenguk lah booth kambing golek serta ayam golek yang bersebelahan mendapat deretan staff yang beratur untuk menikmatinya. Jenuh le aku dan kawan-kawan beratur sekali bila sampai giliran kami piring untuk kambing golek tu dah habis. Lepas tu Ayam golek pulak tengah menunggu portion baru sampai. Yang kambing golek tu ada bahan-bahannya cuma piring je dah habis. Jadi kecek dengan dengan orang ayam golek piringnya dan bila ayam golek sampai campur sekali dalam satu piring. Ayam cuma dapat seketul je aku kecek lagi satu. Mana cukup.


Tadaaaaa kambing golek dengan ayam golek. Tergolek dok bila makan. hehehehe


Ayam golek yang baru sampai.


Menunggu piring baru agaknya. Banyak lagi kat belakang tu kambing goleknya.

Ayam tu cuma buat prop je... yang real udah habis tunggu yang baru


Ni aku skodeng masa sebelum majlis bermula. Lepas tu dia buat tabir tutup sebab asapnya masuk ke dalam pulak. Dah bau mengancam sungguh


Sempat lagi tu buat bunga rampai


Berderet booth air. Ada beberapa balang air yang menganca sungguh. Tapi aku ambil air teh tarik madu 3 buatan Pak Tam. Sedap. Air kopi dayang senandung pun ada. Pak Tam Cafe sponsor air panas 3 jenis, Kopi, Teh O dan Teh tarik.


Masa beratur nampak tinggal 2 ekor untuk orang kerja petang pulak. Hah tergolek 2 ekor tu nampak tak.




Layan life band


Rupanya penyanyi staff HPJ juga cuma band je di sewa. Wah banyak bakat terpendam rupanya Staff HPJ ni

Terdapat pertandingan Booth yang terbaik serta MR dan MRs Hari Raya. Yang MR dan Mrs tu aku tak ambil gambar. Mereka menang sebab pakaian tradisional sungguh.


Ni booth yang menang. Tak ingat yang mana satu sebab semuanya menarik. Kalau tak salah booth Lemang dan Roti Jala rasanya. 

Akhirnya semua booth pun dapat hamper walaupun sagu hati. Rasanya ada dalam 15 booth kalau tak salah aku lah. Lupa pulak jumlahnya.


Majlis selesai dalam pukul 2.30 petang. Kita orang ambil gambar last sebelum gotong royong membuka pentas. Membuatnya sampai 2 hari tapi membukanya tak sampai beberapa jam dah selesai.

Alhamdulillah satu pengalaman yang menarik sepanjang aku berkhidmat di Hospital Putrajaya. Semangat berpasukan dengan Pengarah yang baik dan lembut semuanya dapat di realisasikan dengan berjaya. Semua pun puas hati sebab dapat makan dan majlis berjalan lancar. Semua suka hati.


Kami pun dapat hamper juga walaupun tak di umumkan pada semua. Ialah kalau buat pertandingan pentas memang kami lah yang menang sebab kami je yang membuatnya. Oklah kan ada juga dapat hamper.