Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA.
Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Bulan Januari yang lalu nampak le benda alah ni kat penjuru di tepi loby utama. wah masing-masing pun hepey ada tempat mengopi. Sapa yang suka kopi hah berduyun-duyun le beli. Apa lagi kalau staff KKM ada diskaun10 % tapi kena tunjuk pass pekerja le.
Hari radio ni sebenarnya sambutannya pada 13 Februari 2023. Tapi aku yang lupa nak up cerita. Apa lagi bila mendengar celoteh juruhebah di KLFM balik kerja teringat pula juruhebah yang lama-lama. Malahan terdapat konsert yang dianjurkan yang di buat di Kuantan Pahang. Mesti meriah konsert tersebut kan.
Tema pada tahun ni ialah Radio dan Keamanan. Semuga Radio menjadi perantara keamanan dunia sejagat.
Ok bila cerita pasal radio emmm mengimbau kenangan lalu aku. Kiranya radio ni merupakan penghibur sejak dari aku kecil sehingga lah dah tua bangka macam sekarang. hehehe sedor diri dah tua bila mengimbas kenangan lalu dari zaman kecil sehingga dewasa. Kiranya memang membesar dengan mendengar radio lah. Almaklum dulu-dulu manalah mampu nak ada tv. Yang mampu radio je walaupun kecil tapi banyak jasanya tau.
Aku ingat dulu rasanya kena ada lesen radio tau. Sebab teringat aruah bapak aku balik tergesa-gesa lepas tu nyorokkan radio dalam bekas beras. Rupanya dengar gosip orang kampung ada serbuan nak tenguk lesen radio. Masa tu kecik lagi jadi ingat-ingat lupa. Tapi dalam cerita P, Ramlee Sarjan Hassan kan ada nyorok-nyorok radio dalam tong simpan beras sebab Jepun marah kalau kita dengar siaran radio. Kiranya Radio masa tersebut merupakan penghubung dengan dunia luar. Ya lah apa citer yang terjadi masa zaman Jepun semuanya kita dengar melalui radio. Begitu pentingnya radio pada masa itu.
Dulu-dulu masa kecik aku, aku teringat aruah bapak aku dengar drama dalam radio malam-malam hari sambil minum kopi o sambil menyembang dengan aruah mak aku. Kita orang masa tu dah masuk kelambu nak tidur. Aruah bapak aku suka dengar siaran radio singapura. Dengar drama dalam radio ada satu tu nama dia Jah lelawati ke aku dah lupa. Tapi cerita dia seram sebab suara dia mengilai dalam radio buat kita orang takut terus tarik selimut bila mendengar suara cerita dalam radio tu mengilai-gilai. Kiranya drama bangsawan dalam radio singapura itu menjadi kegemaran aruah bapak aku. Kiranya satu hiburan buat kami sebab masa tu tiada televisyen. Radio lah yang paling murah hiburan semasa itu. Selain itu ada juga panggung wayang pacak. Hah yang ni selalunya buat kat padang sekolah. Aku ingat-ingat lupa sebab rasanya kecil lagi masa tu.
Lepas tu bila dah dewasa ada radio untuk mendengar lagu-lagu. Kiranya ianya penghibur di setiap hari.
Pasang radio hah dengar lah juruhebah pasang lagu apa sambil mendengar celotehnya. Yang best dan femes drama radio masa tu ialah no 5 persiaran 1. Fajar di bumi permata. Banyak ilmu yang di perolehi selain dari mendengar lagu-lagu yang di putarkan.
Yang aku ingat dulu kalau ada lagu yang sedap hah beli kaset kosong, bila lagu ke udara tekan button save. Hah lepas tu boleh dengar melalui kaset yang kita dah save tu. Sekarang tak payah dah zaman digital le katakan.
Lepas tu penyampai radio atau sekarang panggil Dj Radio. Yang femes dulu macam Chuari Selamat, Kak Yong, Mustaza Maah, Noramin . Suara depa sedap bila keudara tapi bila tenguk rupa alahaiii.... Tapi ada juga yang sedap suara cantik rupanya macam Kak yong tu. Macam Chuari Selamat tu femes kalau segmen berbalas pantun. Dan yang aku tak boleh lupa masa aku baru datang bekerja di Kuala Lumpur, sebelah rumah Kakak rupanya yang menyewa isteri Chuari Selamat. Tapi kita orang pelik kenapa isteri dia muda lagi padahal Chuari Selamat tu time kita orang sekolah lagi dah kenal dia. Rupanya isteri ke dua. ooooo Patutlah.
Zaman dah berubah seiring dengan teknologi penyiaran yang semakin berkembang maju. Sudah zaman digital jadi radio transistor macam gambar diatas tu pun dah pupus. Sekarang zaman online ni hah guna talipon pun dah boleh dengar radio.
Apa pun kiranya memori betul bila kata suka mendengar radio ni. Hiburan dari dulu sehingga kini.
Hah hari tu aku nampak dalam fb ada banyak resepi cekodok. Jadi aku letak le kat sini. Sapa-sapa nak cuba hah boleh le buat. Selalu buat cekodok pisang dan jagung je. Kadang cekodok ikan bilis. hah ni macam-macam rupanya.
Macam yang aku cerita sebelum ni setiap hari Isnin , Rabu dan Jumaat ada jualan peniaga kecil-kecilan di sekitar E2, E7. Letak meja sekeping je dah boleh berniaga. Sewa sehari pun murah. Warga Parcel E memang seronok lah sebab boleh membeli makanan dan macam-macam lagi jualan selain dari jualan di cafe Hj Jelani tu. Dah le mahal kadang jualan lauk pauknya asyik itu-itu je. Jadi bila ada jualan ni memang kami menunggu le. Kadang sanggup sarapan ringan sebab nak beli makanan kesukaan waktu tengahari. Jualan ni hanya berfungsi sewaktu masa rehat tengahari je lah.
Masa aku jaga data Pesakit Dalam dulu memang nampak kenaikan data kemasukan pesakit di hospital disebabkan penyakit kanser selain daripada kematian disebabkan penyakit Jantung. Yang paling banyak Kanser Payudara dan kanser rahim. Lepas tu meningkat pula kanser paru-paru dan kanser perut. Aduhaiiiii sedih bila orang-orang yang aku kenali tewas kerana penyakit kanser apa lagi bila di kesan dah sampai final stage. Allahuakbar.
Tapi apa yang pasti bila di istiharkan penyakit kanser rata-rata pesakit akan down dan mula berfikir yang bukan-bukan. Bila ini berlaku kesihatan mental pesakit membuatkan penyakit yang boleh lagi di ubati terus semakin merebak. Jadi bila ini berlaku memang memerlukan sokongan dari keluarga terdekat untuk memberi sokongan melawan penyakit tersebut.
Baru-baru ni kawan yang sama jawatan dan sama-sama kami bertugas keluar negeri telah di maklumkan mendapat kanser. Masa aku tahu Ya Allah sedihnya. Tapi Kak Kam sembunyikan penyakit dia. Sehinggalah bila dia nak pencen baru di pecahkan rahsia. Kami pun terkejut. Sedih juga aku. Yang pasti aku doakan kesembuhan dia dari penyakit Kanser yang di hidapinya. Begitu juga buat Kak Anis Ayuni penulis novel Alaf21. Besar dugaan mereka.
Semuga ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan yang kita kenali dan sayangi yang mendapat penyakit tersebut kita doakan semuga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut. Semuga mereka cepat sembuh. Aamiin
Hari tu nampak kat FB resepi Opah , lempeng macam-macam jenis. Aku tenguk pun wah banyak rupanya jenis lempeng. Jadi aku tepek le kat sini. Nanti boleh cuba lah. Sapa nak cuba hah buat le ye. Kalau jadi hah pos kat aku....hehehehe
Hari ni tiber nak layan halwa telinge. Februari dah muncul kan hah jom lah layan Alleycats.
Hari tu rasanya nak masuk tahun 2023 sekali hari ni eh dah masuk bulan 2. dah nak masuk bulan 3 lah pulak . Alahaiiiiiii jenuh le aku nak siapkan kerja. Mudahan dapat siapkan ikut shedule yang boss dah bagi siap-siap masa meeting penerbitan hari tu.
Mudahan tahun ini aku dapat siapkan megikut tempuh yang ditetapkan dan kalau boleh nak lagi cepat. Bila dapat siapkan mengikut tempuh emm udah lega sikit kalau tak emmm dunia jadi kelam kabut adanya. Dijauhkan le hendaknya. Aamiin.
Hah dok tenguk kat facebook banyak resepi perapan hah ni aku letak untuk sesiapa yang nak mencuba Masak menggunakan airfryer. Laaaaa tak habis lagi ke resepi guna air Fryer ni. hehehehe tu lah bila dah terjebak emm banyak pula munculnya. Apa pun entah bila ler aku nak mencubanya ni oiiiii. Takpe tepek je dulu kalau nak buat hah baru buat betul-betul ye bukan cubaan. Selalu share kat facebook nani bila naik memori lahhhhh tak buat lagi aku. Aiyakkkkk M tu tahap gaban. Tapi yang simple-simple kadang terbuat juga tu. Hah tenguk tu terbuat ye bukan rajin buat. hehehehe sabor je lah aku
Bila baca bait bait ayat ni emmm betul lah kan. Bila semakin berumur rasa nak hidup tenang-tenang je tak nak ribut-ribut puting beliung lagi macam masa dolu-dolu. hehehehe Nampak sangat semakin berusia semakin jiwa rasa nak mencari ketenangan dalam kehidupan eh selama ni tak tenang ke emmm takde lah macam tu. Kadang-kadang kehidupan kita emm apa yang disibukkan pun tak tahu apa dia. Tapi ada satu peringkat rasa macam nak cool cool je hehehehe pi le main salji kan cool je rasa.
Tapi yang pasti dalam kehidupan kita berkawan selalu rasa kecik hati ke apa ke. Cepat sentap bila ada kata-kata yang merengut perasaan. Kadang sedih bila mendengar percakapan orang. emm yang pasti kadang sedih bila orang lain masih tak kenal hati budi kita walaupun kita dah kawan bertahun-tahun.
Fenomena kawan tikam kawan aku dah rasa berjaman dulu jadi dah tak kisah dah tapi sedih sebab ianya merenggangkan persahabatan kami tapi nak buat macamana dah dia jealous sangat dengan kita padahal ikutkan Allah dah beri dia kehidupan yang lebih daripada apa yang aku miliki tapi emmm masih lagi cemburu jadi jalan terbaik emmm hindarkan lah ye. Dapat kawan yang toksid ni emm tak ada pun lagi sonang. Hati tak sakit jiwa tenang je tapi sedih sebab hilang kawan.
Ada pulak kawan yang aku kenali dah bertahun-tahun tapi bila ada kawan lain eh di buatnya kita macam sampah. Padahal aku tak berkira pun tapi eh rasa macam tunggul je kita menunggu macam apa bila di tanya eh dah sampai tempat di tuju. Mungkin aku pun salah tapi dah terbiasa tapi ada orang baru emmm lupa kat kita. Jadi bila macam ni emm kena ikut ayat di atas lah untuk ketenangan hati dan nurani. Sekarang kumpul dengan adik beradik je yang lagi best.
Tapi geng belakang aku kat opis ni tetap ohsem. Walaupun kadang tak sama pendirian tapi kami hepey go lucky je sambil buat kerja. Gurau gurau senda membawa keriangan walaupun kadang kerja banyak. Semuga silaturahim kami berkekalan le hendaknya. Aamiin