Thursday, August 14, 2014

Kueh raya dari Brunei



Assalamualaikum,

Masih mood raya lagi kan. Malam Isnin yang lalu dapatlah sms dari Jid maklumkan ada oleh-oleh dari Brunei... wah bestnya. Dah tau dah siapa yang hantar. Sudah semestinya kuih raya dari chef Brunei ni memang aku tabik spring-spring lah sebab idea kreatifnya dalam memasak memang taraf international lah tapi chef nya yang aku kenal dan memang puji melambung ni sebab sentiasa merendah diri dengan siapa sahaja. Tu yang susah nak jumpa ni. Apa pun semuga ukhwah yang terjalin ni sentiasa berpanjangan hendaknya. Amin.

  Nak tau macamana boleh kenal... Start bila aku dah lupalah masa dia tapi rasanya macam dalam tahun 2005 ke 2004 gitu enovel baru je meletus. Masa tu internet masih baru kut emm lupa sebab masa tu baru pindah opis ke Putrajaya. Aku terjebak blog Anis Radha penulis Jemari Seni yang pada masa tu menuntut di Jepun. Selalu pergi blog dia baca enovel Radha. Masa tu Pesta buku PWTC tak semeriah seperti sekarang. Dan masa tu novel tidak serancak seperti sekarang. Yang femes masa tu Alaf21 dan Creative Enterprise. Dari situ lah aku terjebak blog penulis Noor Suraya aka Kak su. Masa tu kalau tak silap buku kak su yang pertama yang bertajuk Kerana mu Ain memang aku suka. Dalam blog kaksu pula sedang hangat dengan Nyanyian Tanjung Sepi. Dalam blog juga ada shoutbox jadi berkenalanlah pada setiap hari melalui shout box tu. Walaupun hanya di alam maya je rentetan dari situ lah kami berkenalan. Bila tiba pesta buku berjanjilah nak jumpa kat booth Creative Enterprise bila time Kak su hadir untuk sessi tandatangan buku buat peminat yang datang. Masa tu lah dapat bertemu bertentang mata. Akhirnya jalinan ukhwah tersebut berpanjangan sehingga kini. Malahan ada sekali tu rombongan cik kiah ke Brunei sebab pesta Buku Brunei. Masa tu Kak Su dah buka penerbitan dia sendiri iaitu Jemari Seni. Jadi rombongan tu kiranya serampang 2 mata lah. Menghadiri pesta buku sambil melawat Kak mon dan Ryn. Aku pulak turut sama menyibuk sebab guna label geng ulat buku. Menumpang di teratak rumah Ryn sambil melawat Brunei sambil berkenalan dengan keluarga Kak Mon dan Ryn. Rupanya mereka berdua adik beradik. Dalam blog kadang bercerita bergaduh macam apa ja rupanya usik-usik manja.  

 Boleh jengah blog Kak mon tapi sejak dah berhenti kerja dan menjadi ushawan kuih ni memang sibuk sampai blog lama dah bersawang.  Blog kak mon kalau selak page yang lama-lama emmm memang geram tenguk kuih-muih hasil tangannya, memang cantik-cantik dan kita rasa sayang nak makan sebab cantik sangat.... hahahahaha boleh gitu.  Apa pun Kak mon tetap best di hati kengkawannya di Malaysia ni. hehehehe Cayang berjuta-juta lemon.

Ni buku resepi pertama hasil keluaran Jemari Seni. Kita orang tunggu buku resepi yang seterusnya emmm lama sungguh nak siap.      

Wah siap ada  bekas kuih lagi... cayalah memang sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang

Ni lah kuih import dari Brunei naik belon bah....macam kuih makmur dan cair di mulut... sedap 

Ni pun sedap tapi tak tau kuih apa... 

Apa pun aku doakan kak mon diberi kesihatan yang baik dan lagi kreatif idea membuat kuih semuga dapat menghasilkan kuih yang lagi canggih-manggih dan sedap-sedap di masa akan datang. Amin.

Monday, August 11, 2014

Sabtuday sakan layan Fahrin Ahmad je




Assalamualaikum,

Wah ayat tak boleh blah punya lah. Kiranya hari sabtu 9hb tu memang sakan le layan drama lakonan Fahrin Ahmad dari pagi santak sampai malam sebab ada 3 drama lakonannya. Pagi pukul 9.30 cerita Bukan cinta Monyet. Kiranya ini ulangan sebab dah pernah di siarkan dalam slot cerekarama tv3. Selepas tu pukul 11.30 pulak Abang Samseng jemur kain dan malamnya pula Yes Boss Raya sambungan dari cerita Yes Boss. emmm melongap-longap le layan Fahrin Ahmad sampai ke malam. Sakan ko... hahahaha



1. Bukan Cinta Biasa 

 Bukan Cinta biasa ni merupakan adaptasi dari novel terbitan Kakinovel. Masa di tayangkan dulu aku beriya-iya menunggu tapi hampeh sungguh sebab memang sedap layan cerita tersebut tapi bila bab akhir je aku tak tau apa kesudahannya sebab aku dah bantai ngorok.... alaaaaa melepas nasib baik ada ulangannya... jadi memang menunggu lah nak tenguk.


Sinopsis Drama Bukan Cinta Monyet TV3
Kamal Ilham hadir dalam hidup Nurul suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang Kamal Ilham saja yang tahu. Kamal Ilham adalah anak angkat Umi. 8 tahun berlalu dan telah memisahkan Kamal dan Nurul suhana apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran.Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air,membuatkan hati Nurul Suhana berbunga cinta bila melihat Kamal Ilham. Suhana yakin cintanya bukan cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul suhana yang menaruh hati pada Kamal Ilham.Kamal Ilham yakin hubungannya dengan Nurul hanya sebagai abang dan adik. Kamal telah mengejutkan Nurul dari lena yang indah dengan bertunang dengan Annetalia. Kecewa dengan pertunangan itu, Nurul Suhana menjauhkan diri. Mendung tidak selamanya sepi. Kehadiran Alvin telah menceriakan hati Nurul Suhana. Hubungan intim mereka telah menimbulkan perasaan cemburu dalam hati Kamal Ilham. 

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?




2. Abang samseng jemur kain


 SINOPSIS ABANG SAMSENG JEMUR KAIN
Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan kisahnya.

Pun dah ditayangkan dalam slot cerekarama tapi emm napa aku tak tau pun. Nasib baik ada ulangannya. Cerita ni kelakar sebab bila time kerja wah memang muka macam samseng je dengan dibantu oleh zul yahya dan Cat Farish tapi bila di rumah huhuhu memang suami mithali sungguh. Cuma nama marzuki tu macam tak kena je dengan Fahrin Ahmad tapi maybe sebab watak samseng kut. Hilang watak macho dia bila jadi abang samseng. hahahaha. Tapi yang aku suka sekali part bila isteri iaitu pelakon Tasha Shila mengandung. hahahaha memang terbaek bila Marzuki pun ikut sama mengidam juga malahan part panjat pokok mangga dalam hujan-hujan dan makan buah mangga cecah garam kat atas pokok. hahahahaha part ni memang aku tak tahan sungguh. Memang kelakarlah. Dah lah pokok tu pokok tepi jalan, siap boleh sua buah kat isteri yang memang sedang mengandung makan buah asam juga. Sakan sungguh melantak buah mangga dalam hujan-hujan. Syiok tau kalau panjat pokok lepas tu boleh makan kat atas pokok sambil juntai kaki.... asyikk beb... hahahaha tu zaman aku kecik-kecik dolu-dolu.... la ni takde le.... tapi cekali-cekali cam nak buat je benda terajal tu.... hahahaha


3 Yes Boss Raya


Drama yes bos raya ni kiranya sekual dari drama Yes Bos. Tapi kali ni part bila dah kahwin. Ariana pulak yang lebih sudu dari kuah sebab dah jadi orang kaya sampaikan speking london je manjang. Lepas tu bila Opah datang menjenguk cucunya sebab rindu bila goreng ikan pekasam di marahnya opah tu sebab bau busyuk lah sampaikan Opah pun kecik hati. Adeh bila tenguk Ariana berubah ni emmm rasa meluat pulak dan sian pulak kat Ilham yang jadi pak turut sebab sayangkan isteri. Sekali ada PA baru yang lembut hah baru Ariana rasa tergugat. hehehehe baru tau. Apa pun best juga lah cerita tersebut. 

 Sinopsis Yes, Boss! Raya
Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?






Monday, August 4, 2014

Pernah makan sagun potong?



Assalamualaikum,

Hah siapa pernah makan sagun potong? Sebenarnya kuih ni merupakan satu kenangan membuat kuih raya aku dengan aruah mak aku. Buat kuih zaman guna dapur kayu time sekolah dolu-dolu. Dan kuih ni rasanya memang susah wooo nak jumpa. Kalau sagun tu hah memang ada jual lagi. Tapi sagun potong emmm memang kuih tradisional dolu-dolu.

Alkisahnya 2 minggu kat koridor  E6 dan E7 dekat dengan cafe tu selalunya ada orang berjualan. Tapi sebab nak raya jadi di bagi can berniaga 2 minggu sebelum nak raya. Macam-macam ada jual, kuih, tudung, telekung emmm macam-macam ada. Tempat adik yang jual kuih ni aku selalu beli biskut, pelbagai jenis yang beli pakai timbang berapa gram kita  nak. Macam-macam biskut dalam tin dia jual. Sekali masa lalu sebelum nak ke Anjung, nampak le kuih sagun potong ni. Sekali eh eh sagun potong lah. dalam hati dah sukanya sebab memang susah nak jumpa. Tanya adik tu sepaket ni berapa harganya. Harga dia Rm 15. Ada 4 paket aku borong 2 dululah. Tapi kalau ikut qualiti kontrol aruah mak aku, kuih ni memang tak leh jual ni sebab banyak yang hangus... tapi sebab susah nak jumpa aku beli juga. Sekali minggu last aku lalu lagi ada lagi tinggal 2 paket je, terus aku sambar lagi sampai habis. Sebab aku nak tunjuk kat adik-beradik aku kuih yang Aruah mak selalu buat dulu. Aku penah cerita tentang cara nak buat kuih sagun ni dalam kuih dolu-dolu. Jadi bila nampak ianya ada di zaman dunia gadjet sekarang ni sudah tentu aku jadi seronok. Sekurang-kurangnya ada orang pernah buat. Sempat juga lah tanya adik yang jual tu siapa yang buat. Jiran dia yang buat kiranya kuih orang jawalah. Dan adik tu tak segan kata dia berketurunan jawa juga. hehehehe aku pun keturunan jawa jugalah cuma tak pandai speaking jawa je. Tapi yang simple-simple ngomong jawa tu taule dan paham.

Ok jadi masa raya aku tunjuklah kat akak-akak aku, wah semuanya pun teruja. Malahan ada 3 paket lagi entah siapa yang ambil. Tak kisah lah memang nak bagi adik-beradik aku rasa. Hasil kuih sepaket yang kami dah buka, kuih tu keras sikit kemungkinan masa di tekan tu kuat sikit kut. Tapi yang tak leh tahan tu emmm hangus-hangus pun di jualnya juga. Teringat masa dengan aruah mak aku, kalau hangus emmm memang kita orang kena marah punyalah. Dan kalau bakar tu kuih sagun tu dia cantik dan puteh bersih je. Kalau tergaring sikit oklah tapi ni terus nampak hitam emm memang tak lulus untuk jualan tau. Apa lagi kalau masa susun dalam plastik tu kena hati-hati tak leh patah. Apa pun rindunya kenangan buat kuih sagun potong ni. Ala bahannya macam sagun juga cuma di tekan pada acuan dan di bakar. Tu yang membezakan antara sagun dan sagun potong. Jadi petang raya tu berama-ramai kami belasah kuih sagun potong yang dah berkurun kami tak jumpa. Hangus pun hangus lah janji dapat makan. Rangup je rasanya. krup krap krup.

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Dah hampir seminggu kita seronok berhariraya dan dah naik kerja pun, aku baru nak ucap Selamat Hari Raya. Alahaiii mood nak menulis sekarang memang ke laut sungguh. Apa lagi sejak memangku kerja baru huhuhu dengan penganti kerja lama belum ada... huhuhu memang agak pening... tapi sebenornya bulan puasa baru ni memang kureng le nak berceloteh... idea pun macam kering kontang je... hish hish ada lah pulak puasa jadi alasan... sebenornya tuan tanah kedawung  ni yang mood ke longkang semedang je. Nak buat lagu mana idea nak menulis manjang je takdak idea. Selalu tu merapu meraban banyak pulak idea... hehehe

Tahun ni dah 2 kali sambut raya tanpa aruah mak...*sob sob sob* tu yang kadang  rasa sedih je bila sambut Ramadan dan Syawal. Tapi alhamdulillah adik beradik ramai, kaum kerabat pun boleh tahan ramainya, hilang juga rasa sedih tapi sedih bila tabir Ramadan habis, sebelum takbir raya, bagaikan terbayang-bayang aruah mak dan bapa menjenguk kita orang yang sedang sibuk menyediakan juadah raya sebelum mereka kembali semula ke kubur. Al fatihah buat kedua orang tua ku dan juga sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.

Sempena bulan yang mulia ni aku memohon 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan aku yang menyentuh perasaan, tersinggung dan marah tanpa aku sedari. Maaf ya saya bukannya insan sempurna. Ada banyak kekhilafan dalam menerajui kehidupan namun sedang cuba untuk menjadi insan yang lebeh baik dalam apa juga yang di lakukan.  Kosong-kosong ye.