Tuesday, December 29, 2015

Geng UB pi Langkawi Day 1 - Makan di Bukit Malut




Assalamualaikum,
Tinggal beberapa hari je menjelang tahun 2016, cerita aku hari pertama pun tak habis lagi, jadi jom kita sambung balik cerita langkawi.

Sunday, December 27, 2015

Jom Balik kampung - Kenduri dan gotongroyong

Assalamualaikum,

  Seronoknya dapat cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul dan Krismas. Apa lagi agenda balik kampung lah yang seronok. Pada aku setelah ketiadaan orang tua ni agenda berkumpul semua adik beradik lah yang seronok. Kalau tidak dibuat macam ni ikatan ukhwah sesama kami hanya terjalin semasa balik kampung beraya seperti tahun-tahun sebelum ini. Jadi bila balik rumah kampung sedih tenguk keadaan sekeliling yang semak samun.

 Oleh kerana itu jika nampak cuti panjang cadangan akan dikemukan samada buat gotong royong atau sukaneka atau kenduri. Jadi pada kali ini akak yang sulong pulak buat kenduri aruah pada Hari Jumaat. Manakala agenda bergotong royong pula pada hari Sabtu. Tapi tahu ajelah bila cuti sekolah ni jemputan kahwin banyak dan juga agenda cuti masing-masing. Jadi bagi yang free sahaja yang boleh join. Apa pun alhamdulillah walaupun tidak semua tapi acara meriah lah juga.



Tuesday, December 22, 2015

Piknik Di Putrajaya



Asalamualaikum,

Hari Ahad yang lepas kita orang plan berjumpa dengan beberapa staff lama yang dah keluar. Ada wasshap group jadi tertubuhlah Ex opismate opis lama dengan exboss lama. Sekarang opis dah tukar nama dan boss pun dan berganti tapi mesti tak sama dengan yang lama kan. Jadi kononnya nak buat reunion opis mate lama gitu. Tapi bila cuti sekolah ni daripada ramai tiba-tiba last minit sorang sorang kata tidak dapat hadir. Exboss pulak pi jenjalan ke Indon. Oleh kerana dah set tarikh kita orang proceed je seperti ikut jadual.


Monday, December 21, 2015

Bingkisan special dari orang yang special

Assalamualaikum,

Wah ayat tu macam lah aku ada orang yang special. Tapi apa pun keluarga dan teman-teman serta pembaca blog aku yang hanya kalian sahaja yang mengetahui semuanya special di hati aku.  Sebab aku sayang kamu, kamu dan kamu. Muah muah muah. Big Love to Uoulss.

Ok balik kerja petang selasa hari tu ... jenguk petisurat eh ada sampul coklat. Bila di ambil wah nama aku. Siapakah gerangan yang menghantar surat ni. Dalam hati berdebor-debor kut peraduan aiskrim yang aku masuk dapat dah keputusannya. Mudahan ada rezeki. Ya Allah. Mana lah tahu dapat pi Paris ke Osaka ke Maldives ke.... Mudah-mudahan murah rezeki hari ini. Aamin.

Sekali hah senyuman manis je tersembul di balik sampul surat. Yeh adik tersayang aku bagi. Hari tu masuk contest dia   kluangman ngopi lepas tu ada lagi  Peristiwa mid level escalator. Tak sangka pulak ada oleh-oleh kecil pemberian dari Orang JB. Alhamdulillah mudah-mudahan murah rezeki dia.

Tuesday, December 15, 2015

Geng UB pi Langkawi day 1 - 3D Art


                                                          Sebelum ni naik kereta kabel

Assalamualaikum,

Setelah naik kereta kabel, sebelah nya adalah Muzium Interactive 3D Art. Masa kat Penang kecil je tempatnya tapi yang ini memang besar lah. Dan banyak lukisan 3D Artnya. Tapi sebab ramai orang ada semak sikit lah keadaannya. hehehe biasa le kan. Bila dah ramai berebut-rebut nak ambil gambar. Jadi kena bersabar lah selalu dengan keadaan sekeliling.  

Geng Ub pi Langkawi Day 1 - Kereta kabel

       
                                             Jenjalan sebelumnya dengan Duck Tour

     Assalamualaikum,

    Selesai je pi naik Duck Tour, terus je pi nak naik kereta kabel lah pulak. Nawwir dan Iejay tak naik. Aku cuak juga tapi teringin dan ramai geng jadi naik lah. Hah nampak Dome warna putih berkilat tu. Sebelum naik kereta kabel kita orang kena masuk dalam Dome tu. Dome tu baru lagi di buka. Apa ada didalamnya? hah nanti lah tunggu lah aku masuk dulu baru tahu apa ada didalamnya.

Tuesday, December 8, 2015

Geng UB pi Langkawi Day 1 - Duck Tour



Assalamualaikum,

Dah sedap makan aiskrim kerbau dan dah kenyang perut kan makan Nasi Dagang so  misi seterusnya ialah menawan Bukit Mat Chincang. Apa lagi pi lah ke Oriental Village. Kat sini ada Duck Tour, Kereta kabel, Muzium 3D terbesar. Tiket Duck Tour dan Muzium 3D ada diskaun jika beli tiket combo.  Tenguk cuaca dah mendung kita orang naik Duck Tour dululah. Dan semasa sampai sudah menunggu Duck tour. Duck Tour ni ada masa-masa tertentu mengikut tiket yang di jual. Masa ni Eijay pergi beli tiket Kereta Kabel. Oleh kerana kaunter tiket kereta kabel jauh, jadi bila Duck Tour dah nak bergerak, kita orang suruh driver tunggu iejay. Jadi sampai je Iejay, terus Duck Tour pun memulakan perjalanan. Iejay beli tiket Cabel Tour dulu sebab line orang yang naik ramai, jadi daripada menunggu baik naik Duck Tour dulu.


Geng Ub pi Langkawi - Day 1 Buffalo Farm dan rumah Mak Yasmin Ahmad



Assalamualaikum,

Selesai mengisi kantung perut, kita orang nak pi naik kereta kabel. Tapi semasa dalam perjalanan Iejay tanya tentang Buffalo Farm. Rupanya ladang kerbau tu dekat je, apa lagi Zan pun bawa kita orang pi. Ni tiba-tiba kita orang seriau, masuk jalan entah mana Zan bawa ,tiba-tiba kena seberang jambatan ni... eh air naik atas jambatan. Rupanya macam saliran air dan bukannya anak sungai dan air tu pun tak dalam , ada dalam 3 inci kut. 

Thursday, December 3, 2015

Geng UB pi Langkawi - Day 1 Kedai Pak Malau

     
     Assalamualaikum semua. Seronok cuti sekolahkan. Mesti semua dah ada agenda jalan jalan carik pasal. Tak kiralah luar negeri ke dalam negeri. Agenda kami pula pi Langkawi. Mula citernya tak terfikir pun nak pi langkawi. Dok gebang pasal jenjalan tiba-tiba ada pulak yang bagitau MAS ada offer ke langkawi. Godeh sana godeh sini tanya sana tanya sini tiba-tiba ada 9 orang nak join pi langkawi. Pilih tarikh, semak sana sini cuma sesuai lepas Deepavali. Jadi bila dah on je nama terus lah beli tiket. Dan sekarang tada.... tiba masa nak berjimba bersama geng Ulat Buku.  


Tuesday, December 1, 2015

Adegan sebabak Geng UB pi Langkawi

Assalamualaikum semua,

Ada 2 N3 lagi cerita surabaya yang aku pending sebelum tutup buku cerita surabaya yang ambil masa sampai 2 tahun nak habis. Ya lah pergi tahun 2014 hah ni dah nak masuk tahun 2016 ko. Tak habis-habis episodnya. Dah macam cerita cinetron Indon lah pulak. hahaha aduhaiiii. Sikit punya lama cerita beb.

Tapi tak leh tahan tu tenguk Nohas buat teaser pi HCM,  aku pun nak buat lah tapi kita letak sikit gambar  lah ya. Tarikh Nohas pergi hampir sama dengan tarikh aku dan geng pi Langkawi. Tapi cerita dia pi Vietnam tu dah berkodi-kodi keluar aku punya huh hampagas ado lah. hehehehe

Kita orang pergi pada 11 sehingga 14 November 2015. Selepas cuti Deepavali. Ingatkan orang tak ramai sebab belum cuti sekolah, sekali  hah ko golap jo alam sekeliling, rupanya ramai orang India dalam flight kami. Terlupa kalau orang India pun dah pandai cuti berjalan selepas raya. Ingatkan orang melayu je yang raya pi bercuti.

  Orang lain tetap pi obersea tapi kali ini kita ambil peluang pi obersea juga tapi obersea dalam malaysia je lah. hahahaha ya lah nak pi Langkawi tu seberang laut juga tu. Kalau seberang Tasik tak sampai-sampai le.



Sarapan Nasi Dagang di Kedai Pak Malau