Assalamualaikum,
Selamat Hari raya semua. Wah seronoknya berhari raya kan. Sana sini cerita pasal raya. Aku pun suka je sebab cuti panjang tapi yang tak best tu domam lah pulak. Apa pun kene redho. Kan sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa.
Amacam best kan berpiknik macam ni. Sebenornya pada tahun ini entah macamana opis aku kene jadi organizer jamuan raya bahagian. Jadi ini sebenarnya AJK deko sedang merancang nak deko untuk gerai makanan. Jamuan akan di adakan pada Hari Rabu depan. Jadi dah kena standby lah apa deko nak buat. Jadi kadbod besar yang Dr Shae ambil digunakan buat pelapik. Agaknya dah last minit tiba-tiba termuncul idea potluck raya. Oleh kerana unit kita orang kena jadi tukang organise jadi tiadalah jamuan raya di pejabat. Ni kiranya idea spontan.
Aku pulak baru semalam naik kerja setelah cuti raya sakan seminggu lebih. Jadi bila tenguk depa berpiknik ala..... napa tak cakap. Kalau tak boleh le bawa lauk sikit untuk makan bersama. Ni pun sebab dah kenyang join saje-saje je. Tapi seronok lah pulak kan duduk bersantai macam ni. Sambil makan sambil gossip berjemaah. Nasib baik big boss tak ada kalau tak emmmm memang takdenya kita orang dok bersantai macamni waktu lunch hari jumaat. Apa pun yang penting enjoy. Yehhhh*angkat tangan gaya Nora Danish cakap enjoy*