Wednesday, January 29, 2014

Restoren Baim Wong di Jakarta


Assalamualaikum,

   Tahun lepas aku n gang telah jenjalan pi Bandong dan Jakarta. Kali ni kami naik KLM. Dan setelah beberapa hari di Bandong, kami pergi ke Jakarta pula dan tidur 2 malam di teratak Bunga. Bunga ni orang Indonesia, berjumpa di blog dan akhirnya menjadi kawan. Sebelum balik sempatlah kami menjengah ke Restoren Baim di Jalan Kemang. Sebelum datang jakarta, sempatlah juga bermessage dengan Liza Aimluvs. Pengerusi Fan Baim di malaysia. kami nak tahu samada masa kami kat jakarta Baim sibuk ke atau free. Kata liza nanti dia akan bagitau. Nasib baik dia bagi alamat Restoren dan cafe Baim. Rupanya ada 2. Satu namanya Publo dan satu lagi Petromak. Oleh kerana tiada jawapan dari Liza kita orang dengan di temani Bunga berpandukan alamat yang aku dapat terus je terjah Jalan kemang. Mula-mula kami jumpa Publo. Publo ni kiranya cafe Baim yang pertama. Tapi masa kami pergi tu cafenya belum dibuka. Petang agaknya. Masa kami sampai tu kiranya dah tengahari gitu. Lepas tu tanya pengurus di Publo tu restoren yang lagi satu. Rupanya ianya tak jauh.Sebab bila kedepan sikit jumpa lah Petromak. Pelik je nama dia kan? Yang Petromak ni baru nampak macam restoren dan bila masuk walaupun macam tak ada orang ataupun kami yang tercepat  ataupun mungkin Restoren tu baru mula operasi, kami dah terjah. Tapi pengurus kat situ baik. layan kami yang macam orang teruja bila kata Restoren Baim, lepas tu frust bila kata tak tau baim free ke tidak. hahahaha sadis sungguh. Ya lah jauh-jauh jalan ni datang dari malaysia bila jumpa restorennya tapi ngak ada tuannya rasa frust juga dong. Tapi kita orang duduk lah juga sambil order makan tengahari. makan piza beb. Sambil menunggu order sampai, apa lagi semuanya posing. Deko dia cantik, style lama gitu. 

                                       
                                                   Yang bertudung biru tu lah Bunga Erna.



                                    Latar belakang yang stylo ala-ala zaman dolu-dolu.

    Sambil duduk melihat pemandangan Restoren tersebut, ambil gambar dan posing macam-macam gaya, tiba-tiba pengurusnya datang dekat kami bawa berita gembira. Rupanya dia dah call Baim Wong dan tanya Baim samada dia free atau tidak sebab ada peminat dari Malaysia datang. Dan kata Baim boleh saja bawa kita orang jumpa dia. Bila pengurus Petromak kata begitu huh apa lagi semua seronok apa lagi Eila dan Bunga begitu ingin berjumpa dengan Baim. Aku dan nacha dah jumpa dulu semasa Baim Wong datang berlakon drama terbitan penerbit malaysia. Kami dibawa berjalan panas terik menyelusuri jalan kemang ke tempat berhampiran. Nampaklah Baim sedang menjadi mandur pekerjanya membersihkan longkang. Kawasan tu macam tempat parking dan agak luas juga kalau nak buat satu tempat lagi restoren dia.

    Lucu sekali Baim dengan eksperesi muka begitu. Siap jelir lidah tu. Eila lagilah seronok. Tapi kita orang tak lama kat situ, dapat bergambar beramai-ramai lepas tu seorang demi seorang posing bersama. Lepas tu Baim kata sibuk tak dapatlah nak menyembang lama sikit. Apa lagi di panas rembang yang begitu terik juga.

Maniskan senyumannya. 

Dapat ambil 2 kali dengan Baim sampaikan Nacha jeles. Masa sampai tempat tu sekali dan bila dah nak balik ambil lagi sekali. Gambar-gambarnya ada lebeh lagi tapi aku frust sangat masa pi jakarta ni sebab setting gambar rosak. Bila dah upload dalam pc bila nak letak kat FB dia jadi tak betul. Dengan tarikh yang dah berpusing kelain. Gambar pun jadi tunggang-langgang.. huhuhu sedih sungguh. Nak hantar repair huh jauh sungguh tempatnya nun kat Subang tu. Alahaiiii sayang sungguh bila tenguk camera Canon 130 dah menggong. Lepas selesai jumpa Baim, kami pun balik semula ke Restoren untuk makan. Sampai je hidangan pun sudah siap. Apa lagi walap lah. Lapar dek berjalan , panas lagi, gigih sungguh semuanya pasal Baim Wong. Dapat nikmati air sejuk dan makan piza panas-panas memang sedap sekali.emmm enak piza dia. Apa pun misi berjumpa Baim Wong di Jakarta tertunai sudah. Yehaaaa.


Ok siapa nak alamat Restoren Baim Wong angkat tangan dia? Nah orang dah tepek alamatnya kat bawah nun. Sesiapa yang singgah Jakarta carilah, mana tahu tiba-tiba Baim Wong muncul di Restorennya baru asyik makan di Restorennya. Kalau dapat jumpa Marshandah pun bestkan. Masa fanclub Baim iaitu Aimluvs datang Jakarta celebrate birthday dia, Marshandah ada juga, siap bawa pergi panti asuhan kepunyaan Baim.Baguslah Baim Wong ni, tak kedekut berbagi rezeki yang Allah limpahkan untuk dinikmati bersama-sama dengan anak-anak yatim di panti asuhan tu. Semuga rezeki Baim dalam lakonan bertambah-tambah murah.

1.Publo, Jalan Kemang Raya 1, No 1, Jakarta Selatan.

2. Petromak, Lantai Dasar, La Codefin Mall, Kemang, Jakarta Selatan.


Monday, January 27, 2014

Resam Orang Malaysia


Assalamualaikum,

  Pernah kena soal macam-macam tak? Ala kalau orang perempuan mesti kena punyalah. Apa lagi kalau pergi kenduri kat kampung. Kena terjah macam-macam soalan dengan orang kampung. Terutamanya bila bab kahwin. Huhuhu seriau je perasaan bila kena soal macam-macam. Macam perumpamaan kata atas tulah. Baru kerja dah kena tanya dah ada boyfren. Nampak je kita jalan dengan lelaki lain, mesti kena tanya boyfren ke? Bila nak kahwin? Dah kahwin kena tanya bila nak ada anak? Hish hish banyak sungguh minah kepochi kan?

 Adalah jiran akak aku eh bukan bekas jiran sebab dia dah pindah dah. Dia selalu sibuk pasal anak dara orang lain. Anak buah aku semuanya dah besar-besar dan ramai yang lelaki dan ada sekali tu baru dapat kerja kat KL. Jadi rumah akak aku kat Ampang ni lah yang jadi tempat menumpang almaklumlah datang dari kampungkan. Jadi bila dia nampak orang lelaki tiap-tiap petang naik motor,  balik rumah akak aku, panjang kepalanya meneropong maklumlah selang 1 rumah. Sibuk dok tanya jiran depan rumah dia tu iaitu Kak Nora siapalah lelaki yang dok hari-hari keluar pagi balik petang dok rumah akak aku. Sekali kata Kak Nora, anak saudara Akak akulah. Nasib baik akak aku dah cerita dengan jiran depan rumah yang baik dengan dia kisah anak buah kita orang dapat offer kerja KL. Ok lah senyap Makcik kepochi tu.

  Lepas tu anak buah aku yang lain pulak iaitu anak Kak Jal yang kat Tangkak dapat kerja kat KL. Yang tadi aku cerita tu anak Kak Nong yang kat melaka. Dia kerja 2 bulan je lepas tu minta tukar melaka dan kebetulan ada kosong kat Melaka dapatlah balik melaka. Ok yang ni pulak anak buah aku Emi anak Kakak yang kat Tangkak pula. Dia menumpang sekejap je sementara dapat rumah sewa. Macam tu juga lah Ex jiran akak aku tu meneropong dan panjang je kepalanya. Sibuk menanya jiran-jiran akak aku. Kalau nampak anak dara kak Nora tumpang kereta kawannya yang lelaki pergi kuliah, sibuk je menanya padahal orang tu tumpang nak ke kelas je.

 Tapi bila bab diri Ex-jiran akak aku tu huh lagi teruk. Dia ada 3 orang anak iaitu yang tua lelaki dan yang dua lagi perempuan. Masa anak dia yang sulung baru bergirl fren, rajin girfren dia datang rumah jiran tu. Aku namakan dia kak N. Sampaikan bertunggu bertangga kat rumah Kak N tu sampaikan cuti semester sanggup tak balik rumah mak ayah dia malahan tidur rumah Kak N tu sampai habis cuti. Sanggup jadi tukang basuh baju tukang masak kat rumah orang lain. Tu pun kadang terdengar juga boyfren dia marah budak perempuan tu kalau silap sikit. Nasib baik lah mereka berkahwin bila dah budak perempuan tu dah habis belajar dan menyewa sebelah rumah akak aku sebelah kanan rumah. Rumah Kak N tu sebelah kiri selang sebuah rumah orang lain baru rumah Kak N. Ya allah pekak telinga kita orang yang kat dalam rumah ni bila dengar Mak Mertua memanggil menantu kesayangannya. Dah makan ke belum dah masak ke belum. Kalau belum masak mak mertua ajak makan. Kita orang yang tengah-tengah rumah ni emmmm kena sabar banyak-banyak dengan kerenah mak mertua baik sangat terlampau. hahahaha

 Ok tu hal anak lelaki. Lepas tu anak perempuan dia yang no 2 tu kiranya pandai lah sikit dari abang dan adiknya sebab dapat masuk UITM Segamat. Siap belikan kereta Kembara hadiah sebab cemerlang. Kesian bapa dia kena cari duit nak belikan anak kereta. Pukul canang satu taman anak dapat belajar kat Universiti padahal anak-anak Kak Ros tu lagi pandai daripada anaknya sebab belajar kat Sekolah Asrama Penuh bukan seorang malahan 4 orang anak dia. Tapi kak Ros cool je. Tak pernah pukul canang satu taman.

 Kali ni yang perempuan tu lagi teruk bila mula dah ada boyfren. Macam yang pertama juga bila declare bercouple je si boyfren pun mula bertunggu-tangga kat rumah Kak N. Yang kita orang heran tu kenapalah suami Kak N dan Kak N biar je anak-anaknya bebas keluar masuk dan tinggal serumah. Nasib baik juga kahwin. Kalau bocor sebelum berkahwin hah mana nak letak muka. Yang Bungsu pun sama walaupun tak berapa pandai sikit bila ada boyfren je mula bertunggu tangga si lelakinya kat rumah Kak N. Yang kita orang pelik tu kedua mak dan bapa buat macam benda tu biasa je. Padahal masa time akak aku, anak saudara tumpang tinggal pun dah bising padahal kalau nak tangkap khalwat pun bukannya akak aku boleh kahwin. Mahram kan? Tu pun anak saudara aku tu petang je balik rumah dan hari minggu balik kampung. Kiranya tumpang untuk tidur je. Satu lorong jalan 17 hanya memandang je perilaku anak-anak Kak N tanpa dapat menegur kerana kalau di tegur huh gegar  satu Taman sebab suaranya kuat. hahahaha. Bayangkan melalui pagar rumah yang selang 2 pintu je dia boleh bersembang dengan menantunya bagaikan dekat sebelah rumah je. Tak ke kuatnya suara dia. Kita orang kalau dengar je suara dia huh terus pening kepala. hahahaha. Nasib baik dah pindah Bangi ikut anak yang no 2 bila dia jual rumahnya semasa nak kahwinkan anak dia yang bungsu.

 Kesimpulannya biasanya orang kepochi ni kalau hal orang lain memang kecoh satu dunia  tapi kalau kena diri sendiri yang buat semuanya betul walaupun ianya salah tetap dia kata betul. Kalau terjebak pun dia tetap kata orang lain yang buat pedajal diri dan keluarga dia padahal setiap yang berlaku adalah akibat dari perbuatan dia. Jadi orang macam ni jangan di layan biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Asalkan kita bahagia dengan kehidupan kita teruskan lah jangan di layan manusia seperti itu.

  Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang remeh temeh seperti itu. Lagi pun kita kena faham qadha dan qadar  kehidupan. Setiap yang berlaku kadang sudah tertulis kehidupan kita begitu. Biarlah jalan kehidupan kita yang seterusnya sentiasa mencari Redha Allah dan semuga segala amalan kita Allah berkati dan rahmatiNYA. Yang penting siapa kita di mata Allah bukannya siapa kita di mata manusia.

Wednesday, January 22, 2014

Salah siapa? Kedua ibu dan bapa atau anak?




Assalamualaikum,

 Ni nak mencecer sikit lah pada pagi ini. Pasal anak-anak zaman sekarang yang suka menyusahkan kedua ibu dan bapa. Sepatutnya setelah dewasa, walaupun kedua ibu bapa tak mengharap jasanya dibalas sekurang-kurangnya kenanglah jasa mereka yang telah bersusah payah menyekolahkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya besar nanti menjadi orang yang berguna. Tapi adakah anak-anak terfikir tentang jasa kedua ibu dan bapa. Kalau mereka ingat jasa mak dan ayah, alhamdulillah sejuk ibu yang mengandung dan bangga ayah mempunyai anak yang mengenang jasa. Kalau nan ado.... sian mak bapa merintih sedih melihat gelagat anak-anak mereka.

 Ok kenapa aku timbulkan isu pasal anak zaman sekarang. Begini ceritanya, setiap pagi pukul 6.30pagi aku dah keluar rumah untuk bertugas di Putrajaya. Dan ada seorang amoi yang akan menumpang kereta dan akan turun di Puteri Park. Semasa menunggu aku, amoi tu terjumpa satu Aso yang dah berumur 60 lebeh, yang sempat bercerita tentang hal anak-anaknya yang macam tak ada semangat nak sambut Tahun Baru Cina. Aso tu ada 4 orang anak, tapi seorang pun tidak seperti yang diharapkan. Dah lah laki Aso tu dah berumur 62 tahun masih lagi bekerja. Ini kerana walaupun dah tua kalau tak bekerja mereka berdua nak makan apa. Anak yang ada bukannya nak memberi duit malahan minta duit lagi. Kesiannya aku dengar.

 Yang dah kahwin hanya seorang anak perempuannya. Yang lagi seorang perempuan tak mahu kahwin tapi berboyfriend dengan perempuan tomboy. Yang anak lelaki malas mahu kerja. Seorang pinjam duit dengan Along, manakala seorang lagi malas mahu kerja minta duit kat mak dan bapa sahaja. Pening Aso tu memikirkan anaknya yang pinjam duit dengan Along. Kalau tak bayar nanti rumah mereka pulak yang Along cari. Patutnya nak raya Cina ni bagi duit nak sambut raya ke apa ke ni tak minta duit lagi. Yang dah kahwin kata halau je adik dia yang malas. Patut ke adik beradik kata macam tu. Pening Aso tu memikirkan hal keluarganya.


 Aku yang mendengar pun rasa kesian. Bayangkan ada anak pun hidup tak senang hati, apa lagi lah kalau tak ada anak, siapa nak jaga bila dah tua nanti. Rupanya bukan sahaja keluarga Melayu macam tu malahan keluarga Cina dan India pun sama.

 Yang India pula ceritanya aku selalu kalau balik petang pukul 5 lebeh terserempak dengan Achi ni yang kerja nurse di hospital swasta kat jalan Ampang. Dia dah pencen lama dari hospital kerajaan malahan masa aku baru duduk Ampang tahun 1999 pun dia dah pencen dan mula kerja di hospital swasta. Kena tinggal suami sebab suami asyik nak pukul dan peras duit. Punya seorang anak lelaki. Anak lelakinya di jaga bagai minyak yang penuh. Nak sekolah swasta disekolahkan. Sanggup bayar berapa pun yang penting anak belajar tinggi. Tapi akhirnya anak lelakinya hanya kerja kat kedai biasa ja kat shopping kompleks tu. Nak motor, mak dia belikan tapi mak dia balik dan pergi kerja terpaksa berjalan kaki dari Bukit Saga nun ke bawah bukit di Puteri Park tu untuk naik bas ke Ampang. La ni baru-baru ni aku jumpa dia dah pencen dah dari hospital swasta tu dan setiap minggu pergi treatment kakinya yang sakit. Masih lagi berjalan kaki ke sana ke sini. Laaa ni jalan dah bertongkat pula.Yang aku kesian tu ada sekali tu dia kata siap berdoa kalau aku dan akak lalu, terserempak dengan dia semasa kita orang nak balik rumah. Sebab kalau kami terserempak memang kami akan tumpangkan dia. Nak naik bukit dari Taman Melur ke Taman Saga memang menongek juga kalau berjalan kaki sebab dulu kami dah rasa bagaimana penatnya nak mendaki bukit balik rumah. Tu pun aku dengar dari mulutnya, anak lelaki dia kadang tak peduli kat dia, dah makan ke apa ke, kalau susah nak duit minta kat dia hah baru nampak muka. Bayangkan lah ibu tunggal, harapkan duit pencen seberapa lah yang ada. Lepas tu kena pergi hospital pula setiap minggu untuk rawatan kaki. Sian kan.

 Yang keluarga melayu pula lagi best, siap jual rumah lagi hanya kerana nak kahwinkan anak perempuan bungsunya. Yang ini aku tak salahkan anak-anak sebab mak dan bapanya memang memanjakan anak sampaikan nak kawin pun sanggup berhabis harta janji dapat kahwinkan anak dengan meriahnya sebab anak yang last.Dahlah Bapa dia dah pencen dan rumah tu satu-satunya harta yang tinggal tup-tup bila nak kahwinkan anak yang bungsu habis majlis kahwin je dah nak pindah sebab dah jual rumah tersebut dan sekarang dengarnya menumpang di rumah anak yang kedua. Tapi yang aku heran tu pasal apa lah bapa dia asyik dengar kata isterinya biar berhabis sampai jual rumah lepas tu mengharap belas ihsan anak-anak membela mereka. Kalau anak kedua tu suaminya tak bagi duduk bersama, kan ke naya je kena sewa rumah lain lah pulak padahal rumah sendiri ada sebelum ni. Tu pun sebab boleh tolong jagakan anaknya tak payah hantar kat rumah orang lain. Hah ya lah tu sementara mak dia masih sihat kalau dah sakit nanti hah macamana agaknya ya.          

 Entah lah ya. Nasib masing-masing kita tak tahu di kemudian hari nanti. Adakah mak dan bapa salah mendidik anak ataupun anak-anak sekarang tak pandai hidup susah hanya tahu nak senang je. Zaman sekarang semuanya nak duit, serba-serbi bergerak semuanya duit tapi kadang duit tidak dapat membeli kebahagiaan, tidak dapat membeli ketenangan, tidak dapat membeli kasih dan sayang sesama insan.  

  Apa pun yang terjadi kemudian hari aku hanya dapat berdoa semuga Allah limpahkan kurnia, eratkan silaturahim aku dan adik beradik aku serta keluarga, semuga apa jua rintangan di masa hadapan ikatan tersebut tetap tersimpul mati. Ikatan kasih sayang sesama keluarga tetap utuh sampai bila-bila walau badai melanda. Walaupun kami hidup sederhana dan tidak kaya namun biarlah kami sekeluarga kaya dengan kasih sayang, saling menyayangi sesama keluarga, bersusah senang bersama-sama. Amin. Yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing.

  Al fatihah buat kedua Bapa dan mak atas didikan mereka kepada kami selama ini yang telah menjadikan kami seperti hari ini. Biar miskin harta namun kaya dengan kasih dan sayang.

Tuesday, January 21, 2014

Korea 2011 Day 5 Bhg 3



Asalamualaikum semua,

Lokasi 21( Parlimen Korea)

Setelah selesai kat lokasi KBS, kami singgah sebentar di  Parlimen Korea. Walaupun hanya jenguk kat depan pintu pagar je tapi sempat lah juga bergambar dengan polis korea yang sedang berkawal di pintu pagar tu. Mana boleh sembarangan nak masuk ke dalam. Polis tu pun macam suka je posing dengan pelancong luar. Tak pasal-pasal glemer jap depa. hahaha.


                                                       Terblur lah pulak gambarnya.


                                       Ni dah menyeberang jalan berlatarbelakangkan parlimen korea.


Lokasi 22 ( Yeouido park)

  Lepas tu baru terus ke taman Yeouido... Sambil menikmati pemandangan taman yang cantik dengan daun-daun berguguran berbagai warna memang indah. Taman ni luas sebenarnya tapi kita orang cuma menyelusuri sebahagian je. Apa lagi dengan cuaca yang beransur nak malam dan tiupan angin sesekali membelai menambahkan kesejukan pula. Kat korea ni persekitarannya memang best cuma tak tahan bila angin bertiup huhuhu daging yang berlemak berketul-ketul pun boleh rasa dingin. Hahaha


                Berjalan santai menikmati pemandangan. Daun-daun dah banyak berguguran.




                Bunga masih ada lagi yang berbunga tapi taklah sebanyak musim  bunga kan

                                                     Suasana malam semakin menghampiri

 
                              Di tengah padang terpacak bendera begitu megah berkibar.


 Ni nacha dan anak daranya berposing. Orang pun ada posing juga ala-ala meniarap atas tanah tapi malu sih mahu di pamerkan. Ala gaya golek-golek bollywood gitu sebab daun yang gugur tu dah macam permaidani. Mana tak syioknya nak bergolek. hehehe
               
                                           Pokok ni memang comei tu yang tak menahan tu.

  Hamparan daunan nan berguguran. Best golek-golek bollywood ni. oo meree bubaaa. Huh tersampuk bollywood lah pulak.

Lokasi 23 ( 63 Building)

 Selesai berjalan santai di Yeouido park kami pun di bawa ke Bangunan tertinggi ataupun 63 Square. Bangunan ni femes sebab ada lokasi cerita dalam My girl. Oppa Gong Chan menunggu heroin datang.


 Kat bawah ada macam-macam tempat nak pergi juga tapi kita orang terus je naik lif untuk ke atas melihat pemandangan bandar korea.

               Ni dalam lif berasak-asak dengan nazmi, kita orang punya ketua agent jenjalan.

Kat atas selain daripada dapat melihat pemandangan seoul terdapat juga pameran.


                                               Sky tunnel ni bertukar-tukar warna tau.



 Dah puas melayan pemandangan kat atas, terus turun untuk pi dinner. Sambil berjalan keluar pintu sempat lagi tu skodeng kedai roti, tenguk roti macam-macam jenis. Hahahaha dah penat, dinner belum makan lagi tu yang dah rasa  lapor le tu. Terus ke Itaewon untuk mangan.


Ni dinner kitaorang. Dah kesejukan berjalan,  layan lauk berkuah panas-panas macam ni memang sedap. Nama opss minta maaf targeliat nak cakap. hahahaha. dah kebulur hentam saje labuuu.

Ok sambung hari esoknya ke Everland 1 hari dari pagi sampai petang. Oooo yeee  

Korea 2011 Day 5 bhg 2

Day 5 Lokasi 20 (Studio KBS)

 Assalamualaikum,

Aduhaiii dah masuk 2 tahun N3 Autumn seoul tak habis2 lagi, apasal lah liat bebenor nak habiskan cerita pi jenjalan laaa ni.. Tenguk orang lain berdesup-desap buat N3 copek jo siap. Aku ni huh memang naik beca roda 3 sungguh, terkemut-kemut dok nak mengarang cerita. Sampaikan dah banyak lupa. Ok lah jom asyik melalut je entah bila nak siap. Jom kita pi seoul lagi..... jom jom jom 

Lokasi sebelum ni iaitu setelah melawat Pulau Nami dan seterusnya dah siap makan serta solat semua kat Itaewon, ialah KBS studio. Pencinta Kdrama memang teruja, apalagi semua geng peminat fanatik Kdrama, sampaikan akak aku yang tak minat cerita korea, balik je terus tersampuk minat nak tenguk cerita korea pulak da.... hahahaha adiknya dah perayat akaknya, sampaikan pi bawak ke lokasi drama lagi. Adik Yana satu-satunya member lelaki dalam group selain dari agent travel iaitu Nazmi, kitaorang tenguk dia pun dah macam lelaki korea lah pulaknya. Fesyen baju serta rambut pun dah stylo macam kpop.   


 Ni lah studio KBS, yang mengeluarkan berbagai-bagai drama korea. Winter sonata adalah salah satu dramanya. Masa kali pertama kami pi korea tahun 2008 dulu, kita orang pi tempat drama terbitan MBC iaitu Jangeum atau Jewel of the palace. Best tempatnya sebab ia adalah cerita drama zaman dahulu jadi penempatan lokasi itu merupakan perkampungan korea zaman dahulu. Cerita dia pun best walaupun lama tapi seronok menonton dan tak jemu. Bagusnya cerita tu sebab daripada situ kita boleh tenguk bagaimana penyediaan makanan zaman dahulu yang penuh dengan tradisi korea. Malahan bumbunya yang disimpan beberapa tahun didalam tempayan nampak begitu enak bila ianya digunakan mengikut jangkamasa yang sepatutnya ia digunakan.Tapi betullah cara penyediaan makan tradisi korea begitu berseni. Cewah dah melalut lah pulak aku ni. Ok kita jalan dulu



 Ni ada disediakan set untuk posing dan terus masuk dalam tv.... yeahhh kunun- kunun artis kanak-kanak ribena gitu, tak nampak ke backgroundnya cerita kanak-kanak. tu posing ala-ala manja dengan kak uda gitu


Lepas tu kita orang di bawa ke sebuah bilik melihat drama 3D ke 4D aku dah lupa tapi kena pakai spek khas untuk menontonnya... penuh bilik yang comel ni dengan geng kitaorang... dengan riuh tak cukup mulut bercakap lagi, menonton tapi riuh rendah mulut masing-masing bercakap, nasib lah depa tak sound marah-marah... yang penting riuh rendah enjoy the show

Lepas tu kami di bawa ke sebuah studio rakaman bagaimana suasana pembaca berita bertugas.. hehehe kononnya nak jadi pengacara tapi hualaaaa kaku mak aiiii.... almaklumle masuk tv uuuu hehehehe
                     Kaku kooooo emmm memang tak ado gaya jadi pemberita la weii keras kejung


   Winter Sonata yang menyebabkan Kdrama meledak-ledak kat Malaysia dolu. Kiranya pencetus Kdrama kat malaysia. Dia yang best tu sebab iringan muzik dia memang sedap di dengar. Tenguk cerita dia walaupun kita tak faham kecuali ada sarikata dibawahnya tetapi hanya dengan ayat-ayat sedih serta iringan muzik yang mendayu-dayu sedih membuatkan kita sebagai penonton merembes-rembes ayaq mata gugur. Tak payah lah pelakonnya melalak-lalak mennagis hanya dengan ayat-ayat sedih je penonton pun turut sama menangis. huhuhu. Drama queen sungguh. Lepas tu lokasi pengambarannya yang cantik serta indah. Korea pandai memperdagangkan lokasi drama mereka yang terkenal menjadi ikon pelancongan.

Dulu-dulu mana lah ramai rakyat malaysia yang suka melancong ke sana tetapi bila meledak drama serta Kpop menjadi kegilaan remaja Malaysia, maka berduyun-duyun rakyat malaysia melancong termasuklah aku. Lepas tu kalau nak rasa musim sejuk dengan salji dan berski, korealah yang rasanya murah dibandingkan kita nak pergi eropah ke, Banjaran Alps ke,London ke. Semua tempat  tu mahal walaupun memang mengoda bila time musim Winter. Jepun pun ok juga tapi dengan perbezaan duit yang tinggi memang mahal dibandingkan dengan korea walaupun duit won korea masih mahal tapi masih mampu lagi lah kalau nak layan winter di korea. Kalau backpackers lagi jimat kut.  


                       Autumn in my heart juga best selain dari drama zaman dahulu kala korea


 Ni drama masa kini dengan pelakon utama heroinnya merupakan pelakon kanak-kanak semasa drama Autumn in my heart yang kat atas tu.


Merata juga lah dalam KBS ni kita dibawa berkunjung. Ada macam studio dan kebetulan masa tu ada rakaman sebab terdengar bunyi lagu berkumandang. Tak boleh masuk tapi nampak melalui cermin je.


 Selesai melawat dalam bangunan KBS akhirnya kitaorang sampai kat lobby. Best lobby dia sebab banyak tv dan tempat berehat. Ada yang berposing sakan dan ada yang hanya lepak-lepak je kat loby tu. Hah tenguk lah tu kat wall berderet-deret tv dengan canel yang berlainan. Lepak kat sofa dia pun best. Cantik kan sofa dia.




 Akhir sekali kita orang posing dekat logo KBS. Walaupun tak dapat berjumpa artis, dapat singgah KBS pun dah rasa macam jumpa artis gitu. MBC pun ada juga di tempat yang berhampiran tapi sebab sebelum datang kita orang request kat Nazmi nak pergi KBS jadi nazmi kena buat oppoitment dengan KBS dahulu kalau nak datang. Bukan leh main terjah je ya tempatnya banyak yang privasi gitu dong. Oleh kerana tak buat appoitment dengan MBC takdelah kita orang pi MBC.  Sambung bahagian ke 3

Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang 2014



Assalamualaikum,

Hari ni dah 2 januari 2014. Tahun 2013 telah pun ditinggalkan dengan kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Mengimbau semula kenangan lalu 2013 masih terbayang-bayang lagi Aruah mak yang terlantar di hospital, rumah kak Limah, rumah Kak Jal dan akhirnya semasa menghembuskan nafas terakhir dirumah mak kat Bakri. Masih terbayang-bayang suaranya, kelibatnya dalam pemikiran ku ini. Apa pun aku dan adik beradik redho dengan pemergian aruah mak. Semuga aruah mak dan aruah bapak di cucuri rahmat dan tergolong dalam orang yang beriman.

 "Ya Allah kau ampunkan lah dosa kedua orang tuaku. Masukan lah kedua orang tua ku didalam syurga dan haramkan lah keduanya dari api neraka. Al fatihah"


Pss.... huhuhu maaf bila menyentuh pasal aruah mak aku terus tak boleh nak cerita apa dah. Air mata kan berlinangan. Apa pun maaf jika ada kata-kata yang menyinggung sesiapa jua yang membaca di blog aku ni. Semuga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan buat semua.