Wednesday, February 15, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari ke 3 Bhg 1

  Salam semua. Ok kita sambung hari ke 3 pula ya setelah malam ke 2 girang menyambut besday in advance bagi setahun, sambung berjalan lagi ya. Tapi hari ni best sebab setelah penat berjalan kami akan pergi Spa. Lagi pun Hari last sebab besoknya dah nak balik Malaysia pula.  Kira hari last perabih Rupiah lah ye. Apa lagi yang tak cukup atau ada duit lebeh lagi boleh ler perabih lagi kat Jalan milioboro pula.


    Sarapan pagi ni Buk Artik sediakan bubur. Manakala Bunga dan Buk Artik pergi mengunjungi pusara kedua ibu dan ayah serta mengunjungi keponakan Bunga. Kesian Bunga dek kerana kami semua sampaikan tidak sempat mengunjungi keponakan dan saudara-maranya di Jogja. Walau pun begitu sambil menemani kami berjalan dan bershopping sempat lagi membeli oleh-oleh buat keponakannya. Kampung Bunga sebenarnya adalah di Jogjakarta. Tetapi kerana bekerja dan kemudiannya telah membeli rumah di Jakarta jadi Bunga sudah jarang balik Ke Jogjakarta. Kiranya kunjungan kami ke Jogja membuatkan Bunga dapat balik ke kampung halamannya. Kak noor rajin menyelidik susur galur keturunan Bunga sekeluarga sebab dia tenguk Bunga begitu sopan santun. Hasilnya rupanya Bunga mempunyai darah Keturunan Kraton Jogjakarta. Malahan pusara bonda dan ayahanda Bunga berasingan daripada pusara orang lain. Sebab itu Bunga begitu ayu dan berlainan daripada keturunan Indonesia yang lain kerana darah keturunan Diraja yang di warisinya. Walaupun kata Bunga Bondanya meninggal semasa dia masih kecil lagi tapi kalau sudah  berdarah Keturunan Diraja ianya diwarisi turun temurun dan terpamer dari raut muka dan keperibadiannya.  

Agenda pagi kami ialah mengunjungi Pantai  Parangtritis. Kat sini terdapat kereta kuda atau di panggil Bendi. Kerana ada 8 orang jadi kita orang booking Bendi 4.

Ni harga menaiki Bendi. Kita orang naik sampai ke Parang Endog. Jadi oleh kerana berdua bayaran sebanyak 20,000RP iaitu Rm7. Aku naik dengan kaknoor. Nasib baik kaknoor kecik sikit, kalau dua-dua besar huh sian Bendi nak bawa kitaorang. hehehe 

Bendi siap sedia menjalankan tugas.

Wan naik bersama dengan Nawwir

Larilah oh kudaku ... Kudaku gagah berani. Kaksu kata kudanya bernama Aminah. hahahaha ada nama rupanya. Kita orang tak sempat tanya nama kuda yang kami naiki pun.

Kami berhenti di sini dimana terdapat air terjun. Cantik sekali. Selepas berposing bagai kami pun balik semula ke tempat permulaan tadi.

Pantainya berpasir hitam dan ombaknya begitu kuat menghentam pantai. Pengunjung yang datang tidak dibenarkan mandi-manda sebab ombak kuat maklumlah dari Lautan Hindi tetapi ada juga yang cuba-cuba nak berenang. Tak tahulah kalau ada yang mati lemas. Tapi memang ngeri juga lah tenguk ombaknya yang begitu kuat.

    Selesai menaiki Bendi kami pun pulang semula ke Bandar Jogja. Kali ni singgah pula ke kedai menjual Abon. Abon ni sebenarnya di malaysia kita panggil serunding. Tapi Wader, Bakpia dan yangko tu aku tak tahu apa kebendanya. Lupa nak tanya Bunga.Kita orang nak beli sebab masa sarapan Buk Artik ada sediakan. Bila dah makan masing-masing suka dan nak beli buat oleh-oleh. Aku cuma beli Abon manis dan Abon pedas. Abon pedas berharga 18,000Rp manakala abon manis 17,000Rp. Selain daripada tu aku beli sictra berharga 6,000Rp. Sictra tu rasanya macam jeruk kulit buah manis gitu. Buah apa tak pasti pulak. Sebab dok rasa tak dapat agak dibuat dari kulit buah apa.

Ni pelbagai jenis makanan dan kuih muih yang ada di kedai Abon tersebut. Bermacam-macam jenis kuih, kerepek dan kudapan lain.

Selepas tu kami singgah di kedai silver. Kak su yang teringin nak beli cincin. Aku tak minat sangat hanya jenjalan dan memandang sahaja.

Pelbagai anting-anting silver.

Selepas tu singgah di Universiti Gajahmada yang merupakan Universiti yang femes di Jogja. Ala janji dapat posing walaupun hanya mengelilingi fakulti yang ada didalamnya.

  Selepas Universiti gajah mada terus menuju ke Gunung Merapi. melihat kesan-kesan meletusnya Gunung Berapi tersebut sehingga mengorbankan Penjaganya Mbah Marjan. Tenguk lah motor yang membawa makanan Minang, macam rumah minang gitu. Ni agaknya orde hantar ke rumah kut cam Piza Hut gitu.  

  Kalau tenguk pada history meletusnya Gunung merapi ialah pada 20 sept 2010. Maknanya dah setahun lebeh ianya berlaku. Dan kawasan atau kesan-kesannya masih ada walaupun pokok-pokok dan tumbuhan dah mula menghijau. Kiranya tempat kunjungan yang dijadikan tempat tour yang kami pergi ni pun turut sama kena musibah, namun mereka dah bersihkan dan bina rumah baru. Malahan ada tour pula ke makam Mbah Marijan penjaga kunci gunung Merapi. kalau tenguk pada gambar yang terdapat di Hotel Buk Artik memang lah kesian terutamanya yang tidak dapat menyelamatkan diri dengan abu gunung merapi dan suasana diselubungi asap dan debu Gunung merapi. Entah berapa kilometer agaknya ya malahan sehingga sampai ke Bandar Jogja juga.

Tak nampak puncak Gunung merapi sebab sedang ditengelami oleh kepulan awan yang tebal.

Tenguk lesung yang dibuat dari batu gunung macam ni rasa macam nak beli bawa balik je tapi mengenangkan beratnya terus tak jadi. Susah lagi nak jumpa lesung macam ni. 

Ni merupakan senduk kayu yang diperbuat oleh kayu. 3 keping berharga10,000Rp. Aku beli 3 ja. Tapi si yah huh borong sakan. Rasanya hampir seperuh dia beli buat buah tangan. Kiranya senduk kayu ni kiranya oleh-oleh di bawah kaki gunung Merapi lah.  

Wan ada cakap bunga apa tapi susah nak sebut dan tak tahu apa namanya. malahan jadi tajuk novel rasanya tapi novel Indonesia le sebab wan suka baca novel Indonesia.

Warna warni 

Buah salak berwarna kuning dan hitam. Yang warna kuning tu jarang dan tak pernah lagi jumpa di malaysia tapi kalau yang kulit hitam tu banyakle. Kaknoor yang suka terus je beli. Aku tak minat tapi minta juga sebiji sebab nak rasa sedap ke tidak. Lebeh kurang sama je rasanya.
Melayan buah salak hasil belian kaknoor.

Sambung ke bahagian 2 ya.

Friday, February 10, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari Kedua Bhg 3

  Salam semua. Kali ni sambung lagi acara Hari kedua ya. Hish banyak bebenor sampai dah 3 bahagian ni. Almaklum ler gambar menjadi intipati cerita. Jadi kenalah tepek gambar untuk mengambarkan keadaan yang berlaku. Tapi kalau tepek gambar ja tanpa penerangan pun tak best juga kan. Tu belum lagi citer korea yang  aku pergi sebelum ni. Rasanya lagi banyak gambar yang diambil. Kamera baru tu boleh ambil 1000 lebeh juga gambarnya setelah dikurangkan sixe picture yang diambil.

  Setelah pergi ke Toko Gramedia, pergi pula ke Jalan Molioboro lagi. Kali ni masuk kedai CD nak cari citer Di bawah Lindungan Kaabah oleh Bung Hamka tetapi semuanya sudah habis. Kak Su sempat lagi tu beli tshirt untuk Arjuna hatinya di malaysia. Lepas tu kami cari kedai kek nak beli besday kek untuk celebrate bulan Jan. Tapi akhirnya di cadangkan celebrate in advance untuk setahun. Selesai booking dan bayar kek apa lagi terus menuju kedai kaki lima pula. Semalam pergi ke kedai beli kain Batik kali ni beli sovenir pula. Sepanjang kaki lima jalan kami berjalan malahan sampai kehilangan kawan. Nasib baik tak jauh antara satu sama lain. Ada yang masuk kedai Kain Danur Hadi lagi, ada yang masuk kedai kain pasang sebelum ni. Ikut kepentingan masing-masing ler apa nak beli lagi mana yang tak cukup.

   Keychain pelbagai jenis. Akhirnya beli purse berbaju batik sepuluh keping  mana 1 kpg harga 10,000 Rp dan 3 paket keychain kasut batik 10 keping 1paket  dan coin punch batik 2 paket yang harganya sama setiap satu 10,000RP. Ok setel dah untuk sovenir. Cari beg kecil batik pula.

Cantik kasut bercorak batik. Tapi kenapalah aku tak teragak nak beli ya. Kalau tak ok juga boleh guna bawa jalan. Hish hish.

Pelbagai jenis gelang yang dengan pelbagai jenis corak. Cantik.

    Kami jumpa satu kedai menjual beg bunjot batik tapi member dah borong habis untuk kengkawan. Sampaikan habis semuanya di borong. Lepas tu cuba cari kedai lain pula. Mula-mula tu eksyen. Panggillah Bunga minta tolong tawarkan. Hah dapat. 12,000Rp untuk 2 beg sedang. Mula-mula 20,000Rp rasanya. Beg kecil dah habis carik beg besar beli 2 setiap satu 20,000RP. Ada nama jogja ya. Habis dah beg bonjut semua dah di borong kita orang pun balik cari makan malam pula

   Tempat makan yang ada di tepi jalan berhampiran jalan Molioboro. Didalamnya ada meja kecil dan didepannya pelbagai jenis lauk yang di jual. Macam makan nasi campur ja tapi makan di belakang di meja kecil tu. Duduk atas lantai sambil menjamu selera. Banyak kedai makanan style macam tu.

   Bunga bawa kami makan di sebuah gerai yang dikatakan murah. Teringin nak makan benda bergoreng tapi cuma ada Bakmi goreng dan Bakmi Godog. Bakmi tu mcm mee juga macam maggi mee. Oleh kerana tak cukup kerusi ada yang duduk bahagian belakang manakala aku dan kaksu serta Bunga dan nacha dok bahagian depan. Tempat makannya gelap sikit dan sunyi. Lepas tu ada anjing pulaknya. Apa lagi sesekali dengar lah anjing tu menyalak bila ada orang datang. Hush seram juga. Lambat sungguh menunggu makanan. Mana taknya lambat. Sekuali di goreng untuk seorang jadi jenuh le kami menunggu. Geng belakang dah dapat malahan dah habis makan tapi aku dan kaksu punya lambat. Malahan aku punya yang akhir sampaikan dah nak masuk angin perut apa lagi bila aku minta air teh halia. Tukar dengan kaksu airnya sebab tak tahan angin sikit2 nak keluar bila di minum teh halia tu.   

Ni Bakmi godog iaitu rebus atau sup.

Ni Bakmi goreng pula.

   Bila geng belakang dah habis dan tempat kami ,orang yang makan tu dah balik depa pun tukar ke tempat kami sambil menyembang. Entah apa yang kaksu cerita sampaikan kaknoor serta yang lain terbahak-bahak ketawa. Masa aku dan kaksu makan aku terdengar bunyi tapi bila tanya kaksu dia ingatkan bunyi musik yang sedang berkumandang berhampiran. Rupanya kak noor pun kena juga. Bila dah balik malaysia dia citer kakinya ada lebam. Malahan Yah pun ada juga tapi perasan masa dah balik rumah. Kaknoor pulak selepas balik hotel baru perasan paginya. Hish seram pulak tempat makan yang kami pergi ni. Dah le tempatnya menyeramkan dengan cahaya yang gelap rupanya ada benda lain pulak.

Tenguk tu dia masak guna dapur arang patut ler lain rasanya dan memang sedap. Semuanya licin. Sedap dan memang semuanya dah lapar. hahahaha


Belakang tu tempat makan yang kami duduk. Gelap dan sunyi. Tapi pelajar ramai yang datang makan sebab ianya murah. Sekali lagi Bunga belanja kami. Segan pulak asyik Bunga belanja ja.

Hasil belanja memborong hari kedua. Ada lagi sebenarnya tapi ada yang dah masuk bilik. Masa mula-mula memang penuh melambak beg hasil borongan.

Ni lah kek untuk kita orang celebrate besday in advance di Jogjakarta.

Yang kelakor tu siap ada background sound efek lagi yang didatangi khas kumpulan Rock dari Malaysia. hahaha Nilah ruang tamu yang menjadi tempat kami makan dan lepak. Kiri dan kanan bilik hotel.

Besday gurl bulan 8

Besday gurl bulan 7

Lepas tu kami makan beramai-ramai sambil bergelak tak sudah-sudah. Ada je yang di gelakkan. Acara hari kedua berlangsung dengan gembiranya. Hari ke3 lagi best selepas selesai semua nak pergi ke Spa pulak.Ok kita sambung hari ke 3 pulak ya. 

Thursday, February 9, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari Kedua Bhg 2


Salam semua. Ok kita sambung lagi cerita setelah sepagian menjelajahi Taman Sari, acara seterusnya ialah ke Pasar Pagi. Pasar Pagi juga merupakan satu tempat penduduk Jogja menjual pelbagai barangan seperti juga macam Pasar Payang di Terengganu juga seperti suasana pasar di Malaysia. Di tepian pejalan kaki penjual makanan tradisional Jogja rancak menjual makanannya. Kami singgah di gerai menjual air kelapa.

  Satu cawan 3,000 Rp. Lebeh kurang dalam Rm 1. Cuaca yang panas sungguh nyaman minum air kelapa yang sejuk. Dia jadi lebeh sedap sebab air gula menggunakan gula melaka. Memang sedap. Kaksu belanja kita orang. Jadi bila orang belanja jadi lebeh sedap lah. hahahaha

Dek kerana sedap nya sampaikan enak mengorek kelapa muda didalam gelas. Tapi memang sedap lah.

  Ni jualan makanan tradisionalnya. Aku nampak macam satay tapi tak pasti bendanya apa. Lepas tu nampak macam urap daun-daun. Wah kalau ada kuah kacang sedap tu digaul dengan daun pucuk ubi. Ada yang menjual kuih tradisionalnya.

  Lorong didalam kedai memang lah sempit dengan deretan kedai yang pelbagai jenis. Kami singgah di satu kedai. Dia jual pelbagai jenis kain batik, Batik samarinda, alas meja, cadar katil semuanya kain batik. Seronok pulak. Tapi tu lah dek kerana semua tuju satu kedai dia jadi eksyen pulak tak nak turunkan harga. Lastly dari banyak aku nak beli alas meja makan terus beli 2 je. Jadilah, satu kasi kak ambah, satu aku punya. Untuk akak-akak aku bagi alas meja batik je. Sehelai 20,000 RP baru RM7  je.  Nak beli cadar batik tapi terfikir beratnya terus tak jadi. Tshirt belum beli lagi ni. Sovenir lain belum tenguk lagi.

   Kain-kain yang berwarna-warni. Aku suka sebab warnanya biru. Hahahaha biasakle mata ku tetap terpaku memandang warna biru. Hish gila warna biru sungguh aku ni. Tapi ni untuk jelingan manja mata je. Hari pertama dah beli kain pasang 2 helai. Jadilah. Takan nak beli lagi.

Batik yang dijadikan pelbagai cenderahati

     Baju batik yang dijadikan blouse. Cantik juga. Bunga macam dah berkenan je tu. Kalau ada size besar rasa nak rembat juga tapi bila tenguk semuanya kecil huh terus dalam hati nak beli kain pasang je lah. Merata juga kami menjelajah. Naik ke atas nak cari telekung. Nampak ada telekung yang kainnya gunakan kain batik. Tapi bila di acu alahai kecil lah. Kalau duduk terus prak koyak. huhuhu frust tak boleh nak beli. 

   Telekung yang lain biasa ja macam di Bukit Tinggi bersulam.  Kata Kaknoor kalau nak kena upah lah kain buat sendiri. Ala tak best le. Kaksu ada telekung guna kain batik yang di beri oleh kawannya di Bandung. Kainnya di jahit sendiri sebab tu dapat besar. Setelah puas mengelilingi pasar sampai ke tingkat atas kami pun turun untuk balik. Dengan orang yang begitu ramai masing-masing berhati-hati supaya tidak terlepas daripada kawan yang lain. Boleh jadi sesat nanti. Akhirnya kami singgah disebuah kedai yang menjual kain pasang. Warnanya cantik-cantik. Apa lagi kaksu memborong entah berapa pasang corak yang sama tapi warna yang lain. Katanya untuk adik-adik perempuannya.  Kita orang pun berkenan juga. Aku pun ikut tergoda sama rembat juga sepasang warna coklat. Dia jadi cantik sebab coraknya yg timbul kuning keemasan. Nacha pun  ambil sepasang. Jadi seronoklah tukang kedai tu memotong. Congak-congak harga dalam Rm 50. Ok lah tu sebab kainnya tebal dan lembut. Rupanya kedai sebelah sudah jeles bila melihat kami memborong begitu banyak kain hanya di satu kedai sahaja. Yang jadi mangsa Nawwir lah sebab kena tolak  dek cina kedai sebelah. Dia tak bagi Nawwir menempel di kedainya sebab tak beli dikedainya.  Selesai di Pasar Pagi hari dah tengahari perut dah bergendang minta di isi.   
  
Kami singgah di kedai Minang untuk menjamu selera waktu tengahari.

Tahu sahaja lah kalau kedai masakan Padang kan lauknya pelbagai jenis. Jadi kami pilih yang kami nak makan je. Yang tak di makan kami ketepikan. Jadi dia kira yang dimakan je. Jadi yang di pilih kena perabiskan lah. 

Seronok menjamu selera. Sekejap ada.

         Toing sekejap tak ada. hahahaha sudah licin lah kami perabiskan. Lapor. Sedap makan reramai ni.


   Air aku orde air jeruk. Ya allah sedapnya sampai tak cukup 1 gelas orde lagi satu. Rasanya macam air limau kulit nipis di malaysia tapi di blend menjadi juice. Tu yang rasa sedap je. Masa kat Bukit Tinggi dulu ada satu kedai tu sediakan air timun. Hush rasa nyaman je. memang cool rasanya. Cammana lah dia orang buat ek. Air jeruk ni aku kena bayar 16,000 RP jadi segelas harganya lebeh kurang Rm 2.45 sen. Makan pulak sorang kena bayar 52,000 RP. Lebeh kurang Rm18. Ok lah tu sebab banyak lauknya tu.

Lukisan di kedai. Cantik.

  Selesai makan kami pergi ke kedai berhampiran mencari alat make up wanita. Mula-mula Bunga kata nak bawa ke kedai Martha Tilar emmm betul ke ejaannya. Tapi akhirnya nampak ada kedai alat solek terus je kami tuju. Memang murah lah kata nacha sebab bedak Pixy yang dia beli di malaysia kat kedai tu dapat murah. Mula-mula aku hanya tenguk-tenguk je. Selain tu banyak bahan lulur di jual. Si Yah siap beli untuk Ali supaya kasi cantik anaknya. Hehehehe.   Masa Kak Su testing lipstick aku pun jadi tertarik. Nampak warna merah yang Bunga test cantik pulak. Sekali hah ko tak cukup 1 sekali 2 aku beli. Yalah dapat diskaun 1 lipstik 20,000 Rp berharga RM7. Hah mana taknya aku rembat 2 sebab dapat warna yang aku sesuai. Warna merah hati. Lipstik paling koman pun Rm 10 tau. Kat malaysia entah berapa harganya.

    Acara seterusnya kami pergi ke Kota Buku. Ya allah seronoknya melihat satu tempat kedai yang merupakan toko buku semuanya. Almaklumle Geng Ulat Buku jadi salah satu agenda mesti singgah ke kedai Buku. Di indonesia yang femes toko Buku ialah Toko Gramedia. Tapi yang ni memang kompleks Toko Buku. Oleh karana hari Ahad jadi memang ramai orang lah yang datang terutamanya pelajar-pelajar yang mencari buku.

   Tenguk Obral 7,000 Rp baru RM2.45 satu. Yang Obral 15,000 Rp tu baru RM5.25. Murah tu. Kalau kat malaysia dapat harga camtu huh cepat je stor buku aku penuh. Tapi sebab toko buku Indonesia dan aku tak minat sangat nak baca buku dia jadi tukang tenguk ja lah. Seronok memang seronok tapi ngenangkan nanti tak paham sangat bila di baca aku tak beli pun. Tapi macam Kak su dan Wan yang minat buku Indonesia dia orang borong ler apa yang berkenan. Malahan Kak su jadi penterjemah buku cerita Indonesia lagi.  Aku cuma minat nak cari Kabut Sutra Ungu novel zaman 70an yang telah dijadikan filem. Selain daripada tu aku teringin nak baca novel tentang Angerani. Tajuknya aku lupa tapi bila bercerita dengan kaksu tentang citer tersebut kak su ingat. Sebab novel tu di siarkan dalam akhbar setiap hari dan masa tu aku masih di asrama mengikuti cerita tersebut setiap hari.    


Entah apa yang di bincang tu ye

Macam-macam toko

 Suka tenguk buku yang banyak ni

Penuh sesak dengan motor dan orang ramai yang berkunjung.

Selesai di Kota Buku kami menuju ke Rumah Mode iaitu Factory Outlet. Diskaun 50 persen lepas tu 50 persen lagi tu. Kata nacha masa dia pergi dulu seluar Jean perempuan murah. Cubalah cari tapi tak ada size alahai frust ler aku.

Macam-macam diskaun nya

Kerusi kayu yang besar ni memang seronok dok menempel sambil berborak. Akhirnya kakNoor tunjukan tshirt size besar yang murah. Kain dia tebal. Rembat 2 dalam harga 79,000Rp iaitu berharga lebeh kurang Rm 27 ringit untuk 2 pasang tau. Kain tebal dan lembut lepas tu sizenya big size tau. Kalau ada lengan panjang lagi best tapi takde pulak.

  Lepas tu singgah ke Toko Gramedia cari buku lagi. Ada buku yang kak su cari tak jumpa di Kota Buku cari pulak di Toko Gramedia. Eh bukan cari CD dibawah Lindungan Bulan tulisan Bung Hamka lah. Tengah hangat filemnya di tayangkan. Masa kat sini tanya juga dah habis. Hujan pulak masa ni.

  Alahaiii dah penat ler nak bercerita lagi kita sambung Bhg 3 ya. Capek dong.