Thursday, January 6, 2022

Jom kita selawat di hari jumaat penuh barakah

 





Assalamualaikum,

Di pagi jumaat yang penuh barakah ni jom lah kita selawat banyak-banyak. Banyak fadilat nya ni jika diamalkan selalu. Rindu pula bumi Madinah bila mendengar selawat tafriyah ni. Mudah-mudahan terhapuslah virus Omicron dari bumi Mekah dan Madinah. Amin.

Baru baru ni kan timbul isu sekatan untuk mengerjakan umrah oleh pihak KKM disebabkan kes yang meningkat daripada jemaah Umrah yang balik dari sana. Masalahnya virus Omicron yang katanya gejalanya lagi teruk dari Virus Delta. emmm kesian aku tenguk yang dah mendaftar tapi tidak dapat pergi. AllahuAkbar...sian pulak bila tenguk kat berita di  tv menangis makcik tersebut kerana dah bersedia tapi tidak boleh nak pergi.

Dan baru-baru ni opismate aku kena kerja kat KLIA sebab nama naik sebagai volunter di CPRC .  Dia kata banyak kes yang baru balik umrah mesti ada kes yang positif. Yang kesian tu warga emas kebanyakkannya. Walaupun kena kurantine tapi tu lah bayangkan warga emas di jangkiti covid 19. Walau pun kes semakin berkurangan tapi virus yang ada semakin ganas pulak tu. 

Ya Allah di pagi Jumaat yang penuh mulia ini KAU angkatlah kuman virus Covid 19 ini dari muka bumi ini. Ampunkan  kami Ya ALLAH mungkin disebabkan dosa kami KAU datangkan musibah di muka bumi ini. Hanya ENGKAU yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-hamba MU ini.


AAMIIN YA RABUL ALAMIIN 



Tuesday, January 4, 2022

Melaraskan tulang dan melembutkan otot dengan Attalaqqi Group

 



Assalamualaikum,

Baru-baru ni masa balik kampung kami cuba lah berubat konon-kononnya nak laraskan tulang lah nak lembutkan otot le. Selalu nampak kat Fb berubat ala-ala letupkan tulang gitu. Jadi bila Merina anak buah aku kat batu pahat beritahu ada buat di muar hah apa lagi kami bertiga pun cepat-cepat daftar dan ambil 1 slot. 

Attalaqqi Group ni HQnya di JB. Tapi dia ada buat tour ke muar selama 3 hari di sebuah homestay di Batu 3 berhampiran dengan simpang Jeram Bakri pada 31hb Dis sehingga 2 Januari 2022. .. Kita orang booking hari jumaat pukul 11.30 pagi.

Hari kejadian aku, Kak Ambah dan Kak Jal dengan julie sebagai pilot mencari lokasi homestay tersebut. Bila jumpa laaaaa ada homestay rupanya di taman tersebut. Masa kami sampai dalam pukul 11.15 pagi dan ada orang lain sedang menerima rawatan. Bagusnya selepas setiap sessi rawatan tempat tersebut di sanitise sebelum orang lain pula mendapatkan rawatan.

Kak Jal yang buat dulu. Selepas ada seorang makcik yang bertongkat dengan anaknya balik Tukang rawat kata dia nak sanitise dulu. Selesai dia suruh aku masuk. Bila masuk....dia interview dulu. emm macam-macam soalannya. Apa lagi bila aku kata aku kerja kat KKM hah lagi banyak cerita.

Masa mula-mula telungkup muka atas meja dia yang berlubang di hujungnya. Umpama kereta tak pernah servis...dia rawat aduhaiiiii rasa semua sendi aku berkarat. hehehehehe tu pun bila dia start rawatan je hah apa lagi aku pun erk ark erk ark....orang kata angin tapi dia kata toxic dalam badan aku berlumba-lumba keluar. Perghhhh 

Mula-mula kaki belah kiri. Lepas tu naik ke atas. Bila di kaki kanan emmm memang rasa sakit sebab belah kanan lah dari atas sampai bawah kiranya tidak lancar perjalanan darah. Apa lagi bila kita kerjanya duduk je dengan tangan kanan pegang mouse....boleh jem tangan tu kalau tak di jaga. Pernah dengar tringger finger. Hah kalau otot tangan tu jem kena buat operation tau. Mudahan dijauhkan lah hendaknya. Aku kalau selalu rasa kebas tangan selalu  guna alat buat exercise tangan supaya jangan sampai cramp otot tangan. Bahaya tau kalau kerja kita hanya guna pc je. 

Masa mula-mula rawatan macam-macam lah si perawat yang namanya Asraff berbual. Dia ajak aku bercakap tapi mula-mula je aku layan bila dah masuk gear 3 huh menahan kesakitan sampai tak terlayan dia cakap. Memang macam kena uli tepung gitu dibuatnya. 

Mula-mula kita akan rasa yang otot badan kita semuanya macam tak berservis atau kata lain berkarat tak bergris atau tak lancar. Memang rasa ketat sana ketat sini otot tu. Tapi bila dia dah mula tarik tulang perghhhh aduhaiiiii sakit tapi bila meletup tulang tu kena sentap Ya Allah sakit tapi rasa lega gitu.
Terasa macam darah lancar je perjalanannya.  

Bagusnya sambil merawat tu mulut tak lekang selawat dan istifar. Mula-mula kena lenyek badan huh memang rasa semuanya ketat tapi bila dah banyak kali di genyeh dengan tangan dia baru rasa lembut.

Tapi yang aku tak tahan tu bila dia betulkan tulang belakang puh berbunyi tulang. Lepas tu yang last dia buat kat tengkuk....perghhhh best. Tang tengkuk tu ngeri sikit tapi bila berbunyi tulang hah memang rasa lega.

Lama juga rawatan hampir 1 jam lebih . Yang last kat tengkuk setelah jari tangan dan jari kaki  di tariknya untuk selaraskan tulang. Apa pun memang best lah. Rasa macam tak cukup 1 jam. Setelah rawatan selesai dia ada bagi test barang ubat yang lain. Benda tu bila di sapu-sapu pada tapak tangan lepas tu hidu bau minyak tersebut emmm rasa sampai ke kepala kesejukan baunya. Kalau kita stress atau sakit boleh lah gunakan untuk melegakan kesakitan. Ada satu ubat lagi dah ruqyah ayat Al quran pun bagus kalau ada gangguan lain. 

Kak ambah yang last sebab dia mula lambat. Selesai je kami pun di suruh ambil gambar untuk promosi malahan siap aku di suruh bagi review setelah selesai mendapatkan rawatan. Mungkin dia nak war-warkan kat Fb kut.


Siapa yang kat JB boleh lah kalau nak cuba. 


Ni perawat aku namanya Asraff....datang dari Terengganu sebab katanya Ustaz perlukan bantuan sebab tak cukup orang. Satu slot memang khas untuk 3 orang sekali buat rawatan.  


Aku bersama kak Jal



Kak Jal masa rawatan. 

Balik je oleh kerana dah tengahari masing-masing baru rasa lapar. Kak ambah belanja  Posperity burger dan burger MC D. Lepas makan apa lagi kat luar masih hujan merenyeh dari pagi, sekejap lebat sekejap renyai.....emmm apa lagi terus le kami bertiga tidur nyenyak tak sedar diri. Sedap punya rawatan. hehehehe

Sunday, January 2, 2022

Selamat tinggal 2021 selamat datang 2022

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih memberikan nafas kehidupan buat diri ku. Melangkah ke tahun baru 2022 semuga Allah melimpahkan rezeki buat warga Malaysia pada tahun ini. Lama sungguh tak masuk rumah aku ni. Menghabiskan cuti tahun dengan balik ke Muar emmm rasa nak cuti lagi je. hehehehe Ni pun baru je naik kerja. 

Tahun 2021 merupakan tahun yang serba mencabar dengan pandemik yang melanda. Apalagi dengan cara kehidupan yang berubah dengan SOP kehidupan yang terpaksa kita tempuhi malahan dah jadi perkara wajib pula bila ke sana ke sini pergerakan kita. Ayat ke sana ke sini pun boleh jadi viral. Mask dan sanitise jangan di tinggalkan.  Dan yang penting kena updat My Sejahtera ya. Itu yang penting. kalau takde emm tak boleh masuk kedai dan amcam-macam tempat semuanya tak boleh kecuali kita dah scan My sejahtera dan scan suhu badan. 

Pandemik melanda juga dengan politik Malaysia. Menyaksikan PM silih berganti. Aduhaiiiii depa ni time rakyat tengah susah time tu pulak berebut jawatan. Duit berkepuk-kepuk pun bukannya nak sedekah pada rakyat yang sedang sengsara kena buang kerja dan tidak boleh bekerja. Kalaulah menteri yang kaya-raya duit berkepuk-kepuk tu buat kutipan dan sedekah serta menolong rakyat miskin yang terkesan dek pandemik ni kan bagus. emmm dalam mimpi sajelah ya.  

Apa lagi dengan macam-macam istilah PKP perintah kawalan Pergerakan, PKPB perintah kawalan pergerakan bersyarat, PKPD perintah kawalan pergerakan di perketatkan, PKPP perintah kawalan pergerakan pemulihan.  Aduhaiiii apa lagi semua kena berkurung dalam rumah malahan raya pun ada Sop dia.

Tahun 2021 menyaksikan kita tidak dapat balik kampung pulang berhariraya bersama keluarga. Tapi yang pasti yang jauh kita dekatkan. Hanya guna google meet atau zoom semua keluarga boleh disatukan. Sedih sungguh bila melihat wajah-wajah kesayangan yang tidak dapat bertentang mata. Apa pun hidup kena di teruskan.

Dan yang paling teruk aku di jangkiti virus covid 19. Walaupun telah di vaksin lengkap fobia juga bila dikatakan anda positif Covid 19. Menyaksikan kematian mereka-mereka yang telah di jangkiti aduhaiiii sungguh menyedihkan. Ada anak-anak dengan sekelip mata menjadi yatim piatu. Sedih sungguh melihatkan wall Fb insan-insan yang tewas dengan serangan virus Covid 19 ni. Kiranya tahun 2021 merupakan tahun yang begitu banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku. Semuga semua rakyat Malaysia tabah menghadapi ujian yang melanda bukan hanya di malaysia malahan se,uruh dunia.

Apa lagi penghujung tahun pula bencana banjir melanda bandar Shah Alam dan juga Hulu Langat. Banyak orang yang kehilangan segala-galanya bila banjir melanda. Harta benda di rumah habis rosak malahan terdapat kenderaan yang tenggelam disebabkan banjir. Allahuakbar. Terdapat paras air sampai ke bumbung. Dan sekarang pula masih lagi musibah banjir melanda di Johor, Muar, Batu Pahat. Banyak negeri yang sedang berjaga-jaga disebabkan kemungkinan banjir akan melanda semula.



Ramalan cuaca memberikan amaran hujan akan berterusan dengan fenomena air pasang besar di laut . 

Apa pun semuga tahun 2022 negara Malaysia dijauhkan dari segala bencana dan musibah. Semuga virus Covid 19 juga nyah dari muka bumi ini. Versi Omicron pula sekarang ni sedang mula nak merebak. Marilah kita doa banyak-banyak semuga virus Omicron ini tidak melarat satu Malaysia. Tak larat lagi lah nak berkurung dalam rumah lagi apa bila kes semakin banyak seperti tahun lepas. 

Semuga Allah melindungi Malaysia dari apa juga musibah dan bencana. Semuga Malaysia dapat bangkit dari segala kemusnahan yang disebabkan Virus Covid 19. Semuga Malaysia maju jaya aman  damai bahgia hendaknya. Aamiin.